Thursday, February 09, 2012

Tujuan dalam hidup

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Alhamdulillah kerana hari ini masih dipinjamkan segala kenikmatan dan nafas untuk meneruskan kehidupan. Hidup masih belum berakhir bermakna perjuangan masih lagi berlangsung. APakah perjuangan anda dalam hidup ini? Jika dulu, setiap kali masuk tahun baru saya menyenaraikan azam untuk ditunaikan tapi tahun ini berbeza sedikit. Menurut beberapa pakar motivasi, dalam hidup kita perlu ada matlamat barulah ada semangat berkobar-kobar untuk mencapai matlamat tersebut. Apabila teringat kepada matlamat itu, hati kita akan berdebar-debar. Itulah matlamat. Contohnya dalam kita mendidik anak-anak kita mesti ada matlamat. Contoh matlamat yang kita letakkan terhadap anak kita ialah mahu mereka berjaya di dunia dan akhirat. Jadi kita melakukan usaha-usaha supaya mereka berjaya bukan saja di dunia bahkan juga diakhirat. Kita akan bersungguh-sungguh bagi merealisasikan matlamat tersebut. Hidup lebih fokus dan terarah insyaAllah.


Hari ini rasa lapang hati membaca status-status Fb Prof Dr Muhaya. Yang terkini;

Orang yg tiada tujuan dan fokus hidup akan cepat kecil hati dan sgt sibuk lihat orang lain dan fikir apa orang kata. Jika kita ada sifat ini, cuba tanya apa tujuan hidup kemana kita akan pergi dan dah cukup ke amalan untuk jumpa Allah dan akan dapat atau tidak syafaat Nabi Muhammad saw di padang mahsyar nanti. Bila ingat akhirat dunia nampak kecil dan sia sia dan nampak berapa ramai manusia tertipu dan di perbodoh dan dihina oleh dunia. Jom kejar akhirat dunia akan kejar kita


Memang masalah kita suka sangat fikir apa orang lain kata. Ingatan untuk diri saya sendiri. AKibatnya kita dikawal oleh emosi bukannya berfikir secara waras.

Orang berjaya mencipta suasana . Orang tidak berjaya dicipta suasana-Pf.Dr. Muhaya.

No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.