Friday, May 11, 2012

Rezeki

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Jika sebut pasal rezeki ramai orang terbayang duit. Rezeki itu bukan duit saja. Sihat, ilmu, anak, makan, minum, rumah, sahabat, keluarga, suami, isteri, pakaian, dan banyak lagi itu semua rezeki pemberian Allah. Jika kita mahu menghitung rezeki yang Allah bagi sudah pasti kita tidak akan dapat menghitungnya kerana terlalu banyak. Kita ambil satu contoh nikmat yang Allah bagi iaitu gigi. Bila gigi sakit barulah kita rasa bernilainya gigi sewaktu gigi kita sihat. Boleh kunyah makanan dengan baik. Bila satu batang gigi kena cabut, cantik kah bila kita senyum? Silap haribulan kita takkan keluar rumah. Malu nak jumpa orang. Kena pergi jumpa doktor gigi dulu pasang gigi palsu. Harga satu batang gigi bukannya murah. Harga untuk rawatan pergigian di dunia ni tiada yang murah. Maka bersyukurlah dengan anugerah gigi yang tersusun cantik yang Allah jadikan dalam mulut kita.
Dan jika kamu mahu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak mampu menghitungnya. Sesungguhnnya Allah adalah al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani). Al-Nahl ayat 18.
Pada suatu hari, saya dapat rezeki untuk dengar pengisian dari seorang ustaz dalam radio ikim. Kata ustaz tersebut(jika tidak silap saya ialah Ustaz Pahrol), "Setiap rezeki kita telah dijamin oleh Allah. Begitu juga rezeki makhluk Allah yang lain. Tengok saja cicak. Cicak dijadikan oleh Allah tidak boleh terbang, tapi rezeki cicak ialah serangga yang boleh terbang. Begitu juga dengan pokok periuk kera. Pokok ini tidak boleh bergerak tetapi bahan makanannya ialah serangga. Pokok periuk kera mengandungi enzim yang akan menghancurkan serangga yang terperangkap dan menjadi sumber nutrien kepada pokok berkenaan." Maha Suci Allah yang menjadikan sesuatu dengan sempurna sifatnya mengikut kesesuaian gunanya :) Sama-sama kita mnesyukuri nikmat yang telah Allah kurniakan.

4 comments :

  1. alhamdulillah atas rezeki yang Engkau limpahkan kepada hambaMu ini......

    Tidak terhitung rezeki yang Engkau berikan kepada kami, umatMu...Ya Allah.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah mak ndak...kena belanja nanti hehe :)

    ReplyDelete
  3. Saya copy nutiara kata kat atas tu ye.

    ReplyDelete

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.