۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
PRU13 sudah berlalu..kita buka cerita baru :). Tahniah kepada Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Walaupun PR tewas juga, namun Keputusan PRU13 masih mencerminkan gelombang kebangkitan rakyat pada saya. Hasil analisa keputusan, PR banyak menang di kawasan bandar. Tak boleh ulas panjang2 hehe masa singkat, kita tunggu generasi muda buat perubahan pada PRU14 pula insyaAllah.
Hari ni kali pertama saya drive selepas bersalin. Bawa qayyum jalan-jalan biasakan dia dengan carseat. Nampak carseat tu macam tak best sangat sebab qayyum tak betul2 baring dalam tu. Esok insyaAllah, bolehlah abang2 qayyum pegi sekolah selepas lama bercuti. Walaupun saya masih dalam pantang, terpaksa la juga drive ambik dorang balik sekolah. Mudah2an Allah sentiasa menganugerahkan kesihatan yang baik ameen.
Qayyum mula sensitive pada bunyi. Jerit pekik abang2nya mengejutkan qayyum dari tidur. Nak buat macam mana, sabar aje la. Pastu, qayyum kerap buang air besar. Nampaknya, tak tembam la anak ummi coz asyik membuang je walaupun kuat menyusu. Takpela asalkan qayyum sihat. Kalau qayyum tak besar macam abangnya Fathul..kecikla dia macam abangnya Nashrul :).
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.