Abdul Qayyum dah 43 hari |
Alhamdulillah, bangun pagi ni cepat-cepat minum kopi collagen cappuccino. Hehehe, tak sabar2 tunggu waktu pagi sebab nak merasai kesedapan kopi yang baru beli semalam. Pastu kena minum air masak banyak2 sebab takut qayyum panas. Bila panas, habis badan dia naik ruam. Sian budak tecik tu.
Menjadi ibu, best betul baca pengalaman waktu preggy, bersalin dan sekarang baca tentang masalah2 yang timbul lepas bersalin. Tak jemu2 saya baca kisah pengalaman bersalin orang lain. Pengalaman sendiri malas nak tulis hheehe coz saya masih fobia teringat masa kat labor room tempoh hari. Ramai yang merasai kesakitan bersalin dan kesakitan kena jahit lepas tu. Tapi saya rasa sakit contraction kat labor room tu je. Sakit yang amat macam kena belasah teruk2. Lepas baby selamat keluar, saya tak sedarkan diri semasa doctor kham jahit sebab nurse terus drip ubat tidur. Syukur Alhamdulillah saya tak kena czer second time walaupun di saat getir waktu nk bersalin tu, muka Abdul qayyum mendongak ke atas sampai doctor pun stress sangat. Doktor Kham akhirnya vacuum, dia pun seboleh2nya nak saya bersalin normal. Syukur, itu semua kuasa Allah. Jika Allah berkehendakkan sesuatu itu terjadi, tiada daya kita sebagai makhluk-Nya untuk merubah kehendak Allah.
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.