۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Masa saya ke seminar keibubapaan anjuran sekolah anak beberapa bulan lepas, saya mengutip banyak mutiara ilmu. Antaranya ibubapa perlu mengajar anak untuk berdikari sejak dari awal lagi. Sejak dari baby lagi. Ibu boleh mula mengajar anak untuk tidak memakai diaper ketika anak berusia 6 bulan lagi. InsyaAllah, saya akan cuba praktikkan kepada qayyum. Nashrul dan Fathul lambat sangat nak putus diaper huhuhu. Padahal masa train fathul diaperless waktu malam mudah saja. Mana tak mudahnyer..Fathul dah BESAR GEDABAKKK!! Cuma manja je lebih, nak kena berhati kering sikit.
Umur 5 tahun pun makan nak kena bersuap lagi..punyalah manja anak ummi ni. Tak mahu makan nasi sendiri. Kalau tak suap, tak makan. Kadang-kadang tu geram juga. Tengok anak kawan dua hari lepas, umur dua tahun dah pandai makan nasi sendiri. Hopefully anak ummi lebih berdikari lepas ni, takde manja2 dah..ameeennn.
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.