Monday, February 13, 2012

Ekspo Buku Islam 2 Putrajaya

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Best ni kalau dapat pegi ekspo buku. Nak beli buku Prof.Dr.Muhaya. Seorang wanita yang menjadi sumber inspirasi saya pada zaman kini :)).

Saturday, February 11, 2012

Ke mana nak lari dari gangguan suami dan anak?


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Anita seorang wanita bekerjaya hebat yang amat sibuk. Dia juga amat bertanggungjawab terhadap tugas-tugas isteri dan ibu yang disandangnya di rumah. Ada masanya dia merasakan penderaan atas emosi dan fizikal jika terlalu letih, tertekan dan terdera oleh keadaan. Bukankah bagus jika duduk di rumah, menikmati harta suami dan cukup menjaga anak saja daripada hidup dengan beban tanggungjawab pekerjaan yang meletihkan.

Tetapi, bukankah sifat-sifat wanita yang sempurna itu ada pada mereka yang mandiri, kuat bekerja, berilmu dan bermuamalah dengan masyarakatnya? Kalau hanya duduk di rumah dan tidak berfungsi sebagai insan kamil pun tak guna juga bukan? Pasti timbul juga rasa bosan, jemu dan malas akibat persekitaran yang tak sihat.

Wanita bekerja dituntut bersikap cekap, cepat, cerdas dan cemerlang mengharungi rintangan kehidupan. Alahai kasihannya mereka yang kadang-kadang tidak dihargai oleh suami dan anak-anak. Hanya iman di dada yang mampu membangkitkan semangat mereka untuk terus berjuang sampai nafas yang terakhir. Oleh itu tidak salah apabila isteri mempunyai tempat-tempat rehat yang baik untuk menenangkan fikiran dan perasaannya. Di situlah dia mendaparkan kebebasan sebagai seorang insan secara bersendirian. Bukankah kita semua datang ke dunia ini sendirian dan akan pergi ke alam kubur pun sendiriab, dibangkitkan di akhirat sendirian dan disoal di hadapan Rabbul Jalil Allah sendirian?

Jadi tidaklah salah kalau kita berfikir tentang diri sendiri untuk meyelamatkan hidup di dunia dan di akhirat.

Bukankah ramai isteri dan ibu melalaikan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah kerana gangguan suami dan anak? Mereka terlalu sibuk dengn rumahtangga dan kerjaya sehingga tidak mampu beribadah kerana keletihan. Kalau dahulu sebelum berkahwin boleh salat dengan sempurna dan membaca Al-Quran menurut rutin, tetapi kini tak mampu lagi mengamalkan semua itu kerana sibuk menguruskan suami dan anak-anak. Tapi anehnya mengapa shopping pula sempat? Bercuti setiap tahun dan melabur duit untuk kecantikan pun sentiasa ada masa. Jika dibiarkan keadaan sebegini kita akan berasa kering rohani, hilang daya kawalan iman dan akhirnya tenggelam dalam arus dunia yang melalaikan. Kebahagiaan yang dirasa pun tidak lagi nikmat dan berkat, kerana Allah pasti akan mencabut rasa tenteram dari hati orang yang lalai.

Kepada isteri-isteri yang mengeluh tak bahagia, didera anak dan suami marilah kembali ke jalan Allah. Carilah tempat-tempat untuk anda melepaskan diri dari kongkongan suami, anak dan kerjaya yang menekan perasaan anda.
Tempat-tempat yang tenang itu adalah:

1. Di atas sajadah.

Ramai yang berdisiplin untuk dunia tetapi tidak untuk akhiratnya. Mengapa anda boleh menjaga diet atau menghadiri kelas-kelas senaman dengan disiplin sedangkan salat selalu tertinggal? Anda boleh berjaga semalaman untuk melayan suami tetapi tak ingat malam pertama di dalam kubur. Anda boleh mengikut apa saja kehendak anak tetapi tidak mahu ikut suruhan Allah. Bukankah anda seolah-olah hamba kepada suami dan anak-anak jika terlalu cintakan mereka melebihi diri sendiri? Bukankah diri andapun berhak mendapatkan kebebasan dan tidak boleh diperhamba oleh manusia lain? Jika anda rasa susah hati kerana suami dan anak sesungguhnya itu adalah balasan yang sangat berbaloi bagi sesiapa yang lupakan Allah. Lepaskanlah segala ikatan yang menghalang kita dari rahmat Allah. Bukan bermakna terus melupakan anak dan suami tetapi jadikanlah mereka sebagai pembangkit semangat untuk lebih mendekati Tuhan.

Di atas sajadah, di situlah ketenangan. Kerana hanya dengan melepaskan segala ikatan dunia kita boleh melupakan rasa sedih, kecewa, benci, takut dan risau yang diwariskan oleh dunia kepada kita. Berhentilah berfikir tentang dunia yang suka mendera kita, alihkan tumpuan kepada alam akhirat dan janji-janji Allah kepada hamba-Nya yang beriman. Berfikirlah tentang kemanisan syurga dan kasih sayang Allah yang melimpah dalam kehidupan kita.

2. Di rumah yang terdapat anak-anak yatim, orang sakit yang terlantar dan orang yang mengalami sakaratulmaut.

Ketenangan hanya hadir di hati yang insaf. Betapa beruntungnya kita yang masih diberi peluang dan kekuatan untuk merasai kehidupan sebagai hamba yang diberi cukup nikmat. Jika anda seorang isteri yang memiliki rumah, kerjaya, suami dan anak-anak yang sihat, maka apalagi nikmat yang belum anda rasai, apakah ada lagi nikmat Allah yang tidak cukup untuk anda? Tidak cukupkah Allah menyayangi anda? Tidak cukupkah Allah memaafkan dan berlembut kepada anda? Mengapa anda membalas kenikmatan dan kasih sayang Allah dengan kelalaian dan maksiat? Bukankah suami dan anak, harta dan pangkat itu datangnya dari Allah, mengapa anda membalas jasa-jasa Allah dengan melupakan-Nya? Lihatlah mereka yang miskin, sakit dan terlantar. Tidak cukupkah tayangan kisah benar sebegini menyedarkan hati kita?

3. Di atas Kubur

Kubur merupakan tempat yang tenang dan boleh memberikan kesedaran pada jiwa manusia. Di situ manusia ingat dari mana dia datang dan ke mana dia akan pergi. Kita melalui alam rahim, alam dunia, alam kubur dan alam akhirat. Dunia menjadi tempat penentuan adakah kita akan selamat untuk perjalanan ke destinasi seterusnya. Anak dan suami adalah dunia anda, adakah mereka boleh menyelamatkan anda dari siksa kubur atau mungkin merekalah sebenarnya yang menjadi penyebab anda mendapat seksa kubur dan akhirat yang abadi?

sorce: http://drjuanda.com/?p=834

Lemas Dikongkong Suami


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Anda mesti rasa tersiksa jika hidup asyik mengikut kehendak orang lain yang bertentangan dengan kemahuan anda. Walaupun dia adalah suami yang anda cintai, bukan bererti segala sesuatu mesti mengikut katanya dan mengorbankan perasaan anda. Perkahwinan dalam Islam tiada sistem manipulasi sama sekali. Suami dan isteri dituntut untuk mengambil jalan tengah dan adil dalam setiap masalah yang dihadapi. Perkara ini pernah dinyatakan dalam hadis sahih riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim.

Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab beliau berkata: “Demi Allah, ketika zaman jahiliyah kami tidak pedulikan hak wanita sedikitpun, sehingga Allah menurunkan ketentuan tentang mereka dan hak mereka. Ketika aku memikirkan suatu urusan yang sulit, isteriku berkata: Apa pandanganmu jika kamu melakukan begini dan begini? Aku berkata: Mengapa kamu mencampuri urusanku? Dia menjawab: Betapa peliknya engkau wahai Ibnul Khattab! Kamu tidak mahu saya memberi pandangan! Padahal puterimu (Ummul Mukminin Hafsah binti Umar) pernah memberi pandangan kepada suaminya (Rasulullah SAW).”

Betapa indahnya syariat Islam. Suami dan isteri saling berbagi, namun tak semua mimpi indah menjadi realiti. Tak kira lelaki muslim atau bukan muslim, ramai di kalangan suami menganggap isteri mesti ikut, tunduk dan taat arahan suami tanpa kompromi. Dari manakah datangnya ajaran ini? Yang jelas ia bukan dari ajaran Islam. Mungkin disebabkan pengaruh faktor budaya sebagai orang timur yang membentuk perilaku sebegitu.

Padahal Rasulullah SAW adalah selembut-lembut lelaki yang bergelar suami. Hal ini dapat kita sandarkan pada hadis baginda SAW yang suatu ketika berbicara untuk kaum wanita, yang bermaksud; “Janganlah kamu melarang para wanita mendatangi masjid-masjid Allah.” (Riwayat Al-Bukhari). Apakah wujud kongkongan terhadap wanita dalam ajaran Islam setelah kita mendengar hadis sebegini?

Kemudian hadis Rasulullah SAW yang memberikan kelonggaran untuk wanita keluar bekerja. Ummul Mukminin Aisyah RA berkata: “Wanita yang paling pemurah tangannya antara kami ialah Zainab, kerana dia bekerja dengan tangannya sendiri dan bersedekah.” (Hadis riwayat Muslim)

Isu kongkong mengongkong ini turut dialami oleh lelaki. Mereka yang memiliki isteri bersifat queen control! Suami takut isteri atau isteri takut suami, apa bezanya? Kedua-dua keadaan ini adalah salah menurut ajaran Islam. Biarlah perkahwinan itu ditegakkan dengan prinsip keadilan, kesaksamaan, tahu dan melaksanakan hak dan kewajipan masing-masing. Komunikasi dibina dengan telus dan cerdas. Suami dan isteri mesti memiliki kemahiran seni pengurusan hati dan perasaan untuk menjamin komunikasi itu berkesan.

Ada tiga petua untuk mengatasi tabiat suka mengongkong.

1. Percaya kepada pasangan anda.
Anda boleh menguasai isteri dari sisi zahirnya sahaja namun hatinya tidak, akal fikirannya apatah lagi. Jadi jangan terkejut bila di depan anda dia OK, namun di belakang lain. Di sinilah perlunya sikap saling percaya mempercayai. Percaya bahawa baik buruk datang dari Allah Taala. Siapalah kita yang mahu ‘menguasai’ isteri atau suami. Itu kerja Allah Taala, Yang Maha Berkuasa atas setiap makhluk. Suami hanya boleh memberi pandangan dan nasihat yang membina bukan dengan memaksakan kehendaknya. Jadilah seperti seorang dokter yang mengubat bukan sebagai hakim yang mengadili. Sifat saling mempercayai dibina dengan kejujuran, keterbukaan dan mahu menerima pasangan dengan segala kelebihan dan kekurangannya.

2. Hormati pandangannya.
Sepertimana anda suka dihormati orang lain, begitu juga isteri yang mahukan pengiktirafan daripada suami. Manusia dilahirkan membawa sifat dan cara yang berbeza, namun demikian perbezaan itu tidak membuktikan bahawa mereka tidak boleh bersatu. Dengan perbezaan pendapat dan cara berfikir sebenarnya membuka ruang kepada suami dan isteri untuk berinteraksi secara intim. Seandainya isteri takut dan tutup mulut, kemudian ikut saja kehendak suami maka keadaan ini akan memberi impak negatif dalam perhubungan mereka dalam jangka masa panjang. Tak akan ada rasa intim jika asyik mengalah dan memendam perasaan yang berhujung dengan virus dendam. Hormatilah isteri sebagai seorang manusia yang boleh memilih, menimbang, mengkaji dan meneliti. Sepatutnya, suami pintar, isteri pula bijak.

3. Ubati emosi anda.
Suami yang suka mengongkong isteri atau sebaliknya, memiliki emosi yang tidak stabil. Bayang-bayang ketakutan, cemburu dan ego bercampur menjadi satu, lantas melahirkan rasa tidak selamat dan gelisah apabila isteri tidak berada di depan mata. Latarbelakang keluarga yang mengamalkan disiplin yang terlalu mengongkong juga mempengaruhi watak dan karakter suami pengongkong. Terlalu idealis dan perfectionis juga menyumbang kepada sikap mahu menguasai orang lain agar mengikut di bawah telunjuknya. Semua itu adalah penyakit mental yang mesti diubati. Di sinilah peranan orang di sekeliling khasnya isteri amat penting untuk membuka mata suami bahawa dia mesti berubah, sebelum segalanya akan berakhir dengan kehancuran rumahtangga.

source:http://drjuanda.com/?p=353

Thursday, February 09, 2012

Tujuan dalam hidup

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Alhamdulillah kerana hari ini masih dipinjamkan segala kenikmatan dan nafas untuk meneruskan kehidupan. Hidup masih belum berakhir bermakna perjuangan masih lagi berlangsung. APakah perjuangan anda dalam hidup ini? Jika dulu, setiap kali masuk tahun baru saya menyenaraikan azam untuk ditunaikan tapi tahun ini berbeza sedikit. Menurut beberapa pakar motivasi, dalam hidup kita perlu ada matlamat barulah ada semangat berkobar-kobar untuk mencapai matlamat tersebut. Apabila teringat kepada matlamat itu, hati kita akan berdebar-debar. Itulah matlamat. Contohnya dalam kita mendidik anak-anak kita mesti ada matlamat. Contoh matlamat yang kita letakkan terhadap anak kita ialah mahu mereka berjaya di dunia dan akhirat. Jadi kita melakukan usaha-usaha supaya mereka berjaya bukan saja di dunia bahkan juga diakhirat. Kita akan bersungguh-sungguh bagi merealisasikan matlamat tersebut. Hidup lebih fokus dan terarah insyaAllah.


Hari ini rasa lapang hati membaca status-status Fb Prof Dr Muhaya. Yang terkini;

Orang yg tiada tujuan dan fokus hidup akan cepat kecil hati dan sgt sibuk lihat orang lain dan fikir apa orang kata. Jika kita ada sifat ini, cuba tanya apa tujuan hidup kemana kita akan pergi dan dah cukup ke amalan untuk jumpa Allah dan akan dapat atau tidak syafaat Nabi Muhammad saw di padang mahsyar nanti. Bila ingat akhirat dunia nampak kecil dan sia sia dan nampak berapa ramai manusia tertipu dan di perbodoh dan dihina oleh dunia. Jom kejar akhirat dunia akan kejar kita


Memang masalah kita suka sangat fikir apa orang lain kata. Ingatan untuk diri saya sendiri. AKibatnya kita dikawal oleh emosi bukannya berfikir secara waras.

Orang berjaya mencipta suasana . Orang tidak berjaya dicipta suasana-Pf.Dr. Muhaya.

Tuesday, January 31, 2012

Motivasi Pagi - Prof Muhaya - Celik Mata dan Jiwa Seorang Isteri

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Mari dengar motivasi dari Prof Muhaya :).

"Isteri yang solehah, bahagia dan membahagiakan"

Monday, January 30, 2012

Sabar itu indah


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."- Surah Ali-Imran:200

Pada suatu pagi kira-kira jam 7.30 am, saya memandu ke sebuah hospital. Dalam perjalanan, sempat mendengar motivasi pagi Prof.Muhaya tapi masa tu dah tengah-tengah. Tak dengar dari awal. Alhamdulillah, dapatlah sikit point yang boleh dikongsikan mengenai 'sabar'. Kita sebagai seorang ibu mesti selalui teruji dengan karenah anak masing-masing terutamanya ibu muda yang mempunyai anak yang masih kecil. Kata Prof. Muhaya, ibu-ibu muda janganlah selalu mengeluh sebab mempunyai anak-anak yang aktif. Sepatutnya kita bersyukur kerana anak kita aktif dan sihat. Sentiasalah doakan mereka agar menjadi anak yang soleh dan boleh memberi manfaat kepada orang lain. Anak-anak ialah pencen kubur kita. Alhamdulillah bagi yang mempunyai anak ramai, banyak pencen kubur :).

Kita bersabar bukan untuk tunjuk kepada orang lain. Kita bersabar untuk tunjuk kepada Allah. Ujian yang Allah berikan kepada kita, sejauh mana kita mampu bersabar dan redha, hanya Allah yang boleh mengukur tahap kesabaran kita. Jika kita renungkan ujian yang Allah timpakan kepada kita, masih ada lagi ujian yang lebih berat orang timpakan kepada orang lain. Jadi di situ, lahir pula syukur. Sabar, redha, syukur..maka lahirlah cas-cas positif dalam diri kita dan kita pun merasa tenang. Nikmat yang hilang kita redha insyaAlla, Allah akan gantikan dengan nikmat bentuk lain pula. Jika kita tidak sabar, tidak redha, kita sukar untuk rasa syukur lalu merasa sesak dada dan tidak tenang kerana cas-cas negatif menguasai diri dan minda. Jadi ibu-ibu, minda yang tenang dan positif sentiasa perlu ada pada diri kita untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Anak-anak akan copy paste sifat kita. Jika kita kurang sabar, macam mana nak bentuk anak supaya sabar? Ingatlah, anak-anak ialah pencen kubur kita insyaAllah :).

Mohon sahabat pembaca doakan saudara kita (seorang rakan di FB) yang kini dalam keadaan kritikal di ICU. Beliau selamat melahirkan seorang anak yang sihat pada 23 Jan lepas tetapi mengalami tumpah darah yang kritikal. Sebanyak 20 peket darah telah dimasukkan dan 4 kali ubat pembekuan darah telah dimasukkan. Semoga Allah melimpahkan kesabaran kepada suami dan keluarga beliau ameen..

Friday, January 27, 2012

Conventional VS Islamic Banking


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Islamic Finance: Islamic Banking tak Islamik! (?)

Dari dulu sehinggalah sekarang, selalu sangat dengar kata-kata seperti

“Ala, Islamic Banking pun sebenarnya bukannya ‘Islamic’ sangat pun, tak betul je gak, main putar-putar belit situ je, hasilnya sama je dengan riba’ kat bank biasa”



Itu, hanyalah kata-kata yang akan dikeluarkan daripada orang-orang tua (yang melalui pengalaman Islamic Banking yang dulu-dulu) ataupun orang yang memang langsung tak tahu apa-apa berkaitan Islamic Banking, ataupun orang yang syok sendiri dengan idea-idea ideal, tidak memahami dakwah secara berfasa



Conventional Banking (bank biasa, yang mengamalkan interest/faedah/bunga/riba’) ni boleh dikatakan sebagai ‘pusat simpan dan dapatkan duit’. Di mana kat situlah kalau kita nk pg dan simpan duit kita, kat situ gak kita boleh pergi dan dapatkan duit dengan buat pinjaman, dan kat situ gak kita boleh kalau kita nak buat investment, beli insurans dan lain-lain melalui apa-apa pakej yang ada dikeluarkan oleh bank tersebut…

Di mana memang sumber kewangan utama (bukan semua) untuk conventional banking adalah riba’, melalui pinjaman yang diorang bagi, dan scheme-scheme seperti insurans dan lain-lain yang diorang keluarkan – senang kata Conventional Banking ni pusat ‘duit beranakkan duit’



Sebaliknya, Islamic Banking boleh dilihat sebagai ‘pusat simpan duit dan pusat kewangan perniagaan’… How do they differ?



Apabila saya mengatakan Conventional Banking ni adalah pusat dapatkan duit, urusan kita dengan dia hanyalah urusan antara orang yang nak dapatkan duit (peminjam), dan orang yang bagi pinjam duit (the bank)…. Selagi mana dia tengok kau punya financial status mampu bayar pinjaman-pinjaman tersebut, dia tak peduli dah…. Sebab yang penting dia dapat balik duit tu bersama-sama dengan riba’… Business ko untung ke rugi, yg penting aku (bank) untung

Tapi sebaliknya, Islamic Banking ni macam boleh kata pusat buat business…. Kalau kita nak beli rumah, dia bukannya bagi pinjaman duit kepada kita, tapi dia akan beli rumah tu dulu, dan jual kat kita (well, ada banyak jenis, tapi this is the simplest way of explaining it kepada golongan bukan financial background)

Kalau kita nak duit untuk bukak business, maka Islamic Banking akan menjadi partner kita, di mana dia akan provide modal yang tak cukup untuk kita buat business tu, dan keuntungan daripada business tersebut akan sama-sama ditanggung kedua-dua pihak mengikut ratio yang dah ditetapkan



Jadi, simply said Conventional Banking ni akan ‘menyedut’ duit daripada peminjam, tanpa peduli samada peminjam tu akhirnya mampu bayar ke tidak, malahan kalau tak mampu bayar pada masa yang ditetapkan, denda yang akan dikenakan sangat-sangatlah mahal – ianya akan menjadikan orang yang berada dalam kesusahan financially, menjadi semakin susah dan sengsara



Tapi Islamic Banking, on the other hand, dia akan bersama-sama di dalam susah dan senang business tersebut, dia akan menjadi penyumbang kepada ekonomi apabila dia memberi modal kepada business dan bersama-sama di dalam turun naik business tersebut



(Seksyen selepas ini akan lebih difahami golongan economist, kalau rasa malas nak baca, boleh lompat terus ke seksyen seterusnya)

………………………………………………………………………………………………………………..



Kepada para economist, ketahuilah jika golongan economist dunia duk memperjuangkan “Free Market” – where the market price is solely based on the demand and supply rule, hakikatnya itu adalah ‘asas’ kepada Islamic Economics…. Ini berdasarkan satu hadis bila mana ada sahabat yang meminta kepada Rasulullah untuk meletakkan ‘price ceiling’ (harga maksimum) untuk harga-harga barang supaya tidak berlaku kezaliman, Rasulullah menolak dengan bersabda:

بل الله يخفض ويرفع , وإني لأرجو أن ألقى الله وليس أحد منكم يطالبني بمظلمة في دم أو مال

“Sungguh, Allah SWT lah yang menaik dan menurunkan harga, dan sesungguhnya aku berharap bertemu dengan Allah dan tiada seorang pun dari kalangan kamu menuntut dariku akibat sebarang kezaliman ( yang aku lakukan) samada berkaitan darah atau harta”
( Riwayat Abu Daud ; hlm 385 ; Al-Bayhaqi, 6/29 ; Sohih menurut Albani)





Atas disebabkan faktor ‘free market’ inilah yang menjadikan Conventional Banking/Economics ‘tak baik’, sebab dia banyak menetapkan harga pada masa bukan dia beli barang tersebut, of course, the derivatives…. Sebab hakikatnya ianya konfim akan melanggar the Free Market rule….

Dan Islam juga sangat strict di dalam urusan transaction duit, dia perlu dilakukan pada masa yang sama dan pada nilai yang sama, tapi zaman sekarang punya transaction duit konfim nilai tak sama dan selalu gak ada masalah masa pun tak sama

(ketahuilah beli gold/silver online, pastu dapat emas tu kat tangan kita beberapa hari/minggu lepas tu pun, hakikatnya adalah haram hohoho – tapi kalau dah xde cara lain nk buat camne kan, tapi kalo mampu pg pusat dia dan beli on the spot is much better)



Tapi, konflik ‘Free Market’ ni bukan saja isu dalam Conventional Banking, tapi gak isu di dalam Islamic Banking… Especially apabila zaman sekarang ini duit yang digunakan adalah fiat currency, yang mana federal reserve boleh inject sesuka hati mengikut kadar yang diorang nak

Sistem ni menjadikan nilai duit itu jatuh dengan sangat cepat, sebab the quantity of money in the economy tu cam sentiasa meningkat, and of course apabila quantity of money tu meningkat, ianya tidak menjadikan orang semakin kaya, tapi sebaliknya menjadikan harga barang meningkat dan purchasing power utk setiap ringgit tu akan jatuh

Jadi, macam mana kita nak set harga rumah pada masa sekarang, tapi yang akan dibayar dalam tempoh 25-60 tahun? Sedangkan inflation utk fiat currency ni almost impossible utk predict kalau dalam tempoh masa yang sangat lama??



Maka para economist Islam banyak mengeluarkan kaedah itu dan ini untuk memenuhi syariah, tapi pada masa yang sama logik dan praktikal untuk diamalkan zaman sekarang, maka ada antara kaedah-kaedah yang pernah keluar tu memang ‘pelik’ (first time tahu aku sendiri cam… apakah?), sebab tu lah ramai orang mula duk cakap “owh Islamic Banking ni sebenarnya bukan Islamic pun”





Tapi ketahuilah sekarang ni kalau nak beli rumah, dah ada satu kaedah yang insyaAllah 100% islamic, diapprove oleh ulama dunia dan aku sendiri hohoho

iaitu kaedah ‘Musyarakah Mutanaqisah’ (diminishing partnership) – sila google sendiri kalau nak tahu lebih, Maybank ada provide utk beli rumah cara ni – well at least the idea is 100% approved, menyelesaikan isu syariah dan isu free market, tetapi, bagaimana dilaksanakan tu is another issue arr… ianya bukan masalah Islamic Banking, tapi masalah sistem tu yg kena macam tu, tapi in a way ianya masih tak salah sangat….



and I have my own ideas on a few new policies… tapi nak kena jadi orang yang berkuasa dulu arr…


p/s: dan kepada Bankers yang menggunakan title ‘Islamic Banking’ pula…. I really do hope that one day you can throw away all of the syubhah concepts in banking that is still applied today…. No matter how you twist it, a fixed retun (fixed ‘profit’/additional payment) on money transaction between two party is still riba’ (ah ye tapi ini bkn akn menjadikan Islamic Banking ‘tak Islamic’, sebab alhamdulillah diorg masih ada byk transaction yg insyaAllah mmg ‘islamic’)

………………………………………………………………………………………………………………..

Perlu tahu, Islamic Finance ni ‘bidang’ yang sangat baru, seriously sangat baru, especially dunia economics yang ‘sekarang’ ini hanya bermula pada tahun 1971 dulu, jadi sangat banyak isu-isu dan masalah yang timbul disebabkan dunia economics yang ‘bermasalah’ ini (ianya bermasalah sbb sistem ekonomi tu sendiri dah mengamalkan riba’)

Jadi apabila di bawah sistem ekonomi yang bermasalah, macam mana nak mengamalkan Islamic Finance secara Islam, sebab asasnya dah bermasalah, maka di situlah byk ‘konflik’ dan clash antara ‘realiti’ dan ‘ideal’

Apatah lagi pada tahun 2008, ulama’ dalam dunia finance hanya lebih kurang 30 orang… Serius, sebab dunia finance lain daripada dunia syariah yang biasa, dia perlukan kefahaman dan pengetahuan berkaitan dunia ekonomi sekarang…. Seriously, bukanlah senang nak mengamalkan Syariah yang ideal di dalam sistem ekonomi sekarang

Semakin bermasalah pula apabila Banking system yang menceburi Islamic Banking adalah orang-orang yang dahulu terlibat di dalam Conventional Banking, susah sebenarnya untuk berfikir urusan banking dari sudut yang ‘baru’ – sebab Conventional Banking base everything on rates (especially interest rates) – jadi nak keluar daripada menguruskan Banking dengan kaedah bukan rates tu cam sangat susah…. cam tak munasabah…. tak belajar di university mahupun daripada pengalaman-pengalaman berkerja

Namun alhamdulillah, pengalaman demi pengalaman, ijtihad demi ijtihad, I can happily, and proudly say that, Islamic Banking is really getting more and more ‘Islamic’

Walaupun benar, bahawa Islamic Banking di Malaysia masih tak 100% Islamic, tapi bagi aku ianya lebih kepada sebab keadaan dan sistem ekonomi Malaysia sekarang macam tu (malahan dunia pun macam tu), Bank Negara Malaysia set rule macam tu, Islamic Banking punya aset tak sampai pun lagi 20% daripada Malaysia punya banking assets

Jadi kalau tak sampai pun 20%, macam mana nak memberi pengaruh yang cukup untuk betul-betul 100% mengikut syariah? Tidak logik tuan dan puan…. (apatah lagi government sendiri pun masih duk keluarkan skim-skim kewangan yang memang terang-terang haram)

Maka… kalau ada duit-duit lebih tu, pergilah invest di dalam Islamic Investment yang diprovide oleh Islamic Banking, insyaAllah, anda sedang membantu untuk mengembalikan kembali ekonomi kepada sistem ekonomi yang berpandukan Quran dan Sunnah sepenuhnya – sistem ekonomi yang tidak ada penindasan, dan tidak ada penyelewengan

InsyaAllah, kami pula, para economist/banker Islam, akan berusaha untuk mengubah Islamic-Islamic Banking di Malaysia khususnya dan di dunia amnya, untuk menjadi 100% Syariah Compliant



Help us, to help you, create a better Economics System



and please note that Islamic Banking is not a charity group, they’re a business, they have their employees to pay, and they have their shareholders to pay



also, please spread the word, semoga tiada lagi suara-suara mengatakan ‘Islamic Banking’ ni riba’ pintu belakang je, kerana kata-kata sebegitu tidak akan membantu, malah merosakkan



Izzuddin Yussof
Economics and Actuarial Science
University of Southampton
http://www.izzuddinyussof.com/

source: http://dakwat.org/?p=583

Thursday, January 26, 2012

KEUPAYAAN KULIT: DERIA RASA



۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

KEUPAYAAN KULIT: DERIA RASA

Dr. Tagata Tejasen: Laa Ilaaha Illallah Muhammad Rasool Allah!

Orang ini sedang melafazkan kalimah syahadah, sekaligus mengesahkan bahawa dia seorang Muslim. Perkara ini berlaku ketika Persidangan Perubatan Saudi ke-8 yang diadakan di Riyadh. Orang yang dimaksudkan ialah Profesor Tejatat Tejasen, Pengerusi Jabatan Kajian Tubuh-manusia (‘Anatomy’) di Universiti Chiang Mai, Thailand. Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai Dekan Fakulti Perubatan di universiti yang sama.

Kami bentangkan kepada Profesor Tejasen beberapa ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang ada kaitan dengan fakta-fakta kajian tubuh-manusia. Beliau memaklumkan bahawa di dalam kitab ugama Buddha juga ada penerangan terperinci mengenai perkembangan embrio. Kami menyatakan kepadanya minat kami untuk melihat penerangan tersebut dan mengenali kitab berkenaan. Setahun kemudian, Profesor Tejasen kembali ke Universiti Raja Abdul Aziz untuk satu tugasan sebagai pemeriksa luar. Kami mengingatkan beliau mengenai kenyataannya setahun yang lalu. Beliau meminta maaf dan menjelaskan bahawa beliau membuat kenyataan tesebut tanpa satu kepastian. Setelah memeriksa kitab-kitab agama Buddha, beliau tidak terjumpa sebarang keterangan mengenai perkembangan embrio itu.

Kemudian kami berikan kepadanya artikel ceramah yang ditulis oleh Profesor Keith Moore mengenai keserasian di antara fakta-fakta kajian embrio moden dan kenyataan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis. Kami bertanya jika beliau mengenali Profesor Keith Moore. Beliau menjawab sudah tentu beliau mengenalinya oleh kerana Profesor Moore ialah salah seorang daripada ahli sains terkemuka di bidang itu.

Selepas mengkaji artikel itu, Profesor Tejasen merasa begitu takjub sekali. Kami bertanya kepadanya beberapa soalan yang berkaitan dengan bidang yang dipakarinya. Satu daripadanya ialah mengenai penemuan mutakhir di dalam kajian kulit (‘dermatology’)- mengenai deria mengesan/merasa yang dimiliki oleh kulit.

Beliau menjawab; Ya, jika kebakaran kulit terlalu parah.

Kami beritahu Dr. Tejasen: Tuan tentu berminat untuk mengetahui bahawa di dalam kitab ini, kitab suci Al-Quran, terdapat rujukan sejak 1400 tahun dahulu yang membicarakan tentang hukuman keatas orang-orang yang tidak beriman di dalam api neraka; dan ayat itu mengatakan selepas kulit mereka telah musnah sama sekali, Allah subhanahuwata’ala akan menciptakan untuk mereka kulit yang baru supaya mereka boleh terus merasai azab api neraka, menandakan pengetahuan bahawa saraf di dalam kulit ada penghujungnya. Ayat itu berbunyi (maksud):

“ Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, Lagi Maha Bijaksana.” (Surah An-Nisaa’, 4: Ayat 56)

Kami bertanya: Adakah tuan setuju bahawa sejak 1400 tahun dahulu ayat ini merujuk kepada keujudan penghujung saraf di dalam kulit? Dr. Tejasen menjawab: Benar, saya setuju.

Pengethuan mengenai ciri deria-merasa ini sudah diketahui sejak lama dahulu, seperti yang dinyatakan ayat itu bahawa jika seseorang itu membuat dosa, dia akan diazabkan dengan dibakar kulitnya, kemudian Allah subhanahuwata’ala akan menggantikan kulit yang baru untuknya supaya dia boleh terus merasai keazaban itu. Ini bermakna mereka tahu sejak lama dahulu bahawa penerima deria rasa sakit berada di dalam kulit, justeru, mereka menggantikan kulit yang baru.

Kulit (rujuk gambarajah 8.1) ialah pusat kepada deria merasai bahang kebakaran. Justeru, jika kulit telah hangus terbakar secara keseluruhanntya, ia akan kehilangan deria rasanya. Oleh kerana itulah, Allah subhanahuwata’ala akan menyiksa mereka yang tidak beriman di Hari Pembalasan dengan memberikan kulit yang baru kepada mereka setiap kali kulit sebelumnya telah habis hangus, sebagaimana firmanNya Yang Maha Kuasa bermaksud:

“ Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, Lagi Maha Bijaksana.” (Surah An-Nisaa’, 4: Ayat 56)

Kami menyoal Profesor Tejasen: “Adakah munasabah ayat-ayat ini datang kepada nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam bersumberkan seorang manusia? Profesor Tejasen bersetuju bahawa ayat-ayat tersebut tidak mungkin bersumberkan manusia. Jadi beliau bertanya sumber ayat tersebut dan daripada mana Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam menerimanya? Kami menjawab, “Daripada Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Kuasa.” Beliau lantas bertanya lagi: “Siapa Allah itu”

Kami menegaskan: Dia ialah Pencipta kesemua makhluk-makhluk. Jika tuan menemui satu ciri kebijaksanaan, ianya kerana ianya datang daripadaNya Yang Maha Bijaksana. Jikab tuan menemui pengetahuan mengenai kejadian cakrawala ini, ianya kerana cakrawala ini dicipta olehNya yang memiliki segala ilmu-ilmu. Jika tuan nampak kesempurnaan makhluk ciptaanNya, itu membuktikan Dia Pencipta Yang Maha Mengetahui, dan jika tuan bertemu sifat pemurah, ini membuktikan bahawa makhluk ini ialah ciptaanNya Yang Maha Pemurah. Selain itu, jika tuan melihat alam ini sebagai suatu yang teratur rapi, itu membuktikan bahawa alam ini dicipta oleh Dia satu-satunya Pencipta Yang Maha Pencipta, Yang Maha Terpuji Lagi Maha Kuasa.


Gambarajah 8.1

Profesor Tejasen bersetuju dengan penjelasan kami. Beliau kembali ke negaranya dan memberikan beberapa ceramah tentang pengetahuan dan penemuan barunya itu. Kami dimaklumkan bahawa lima daripada pelajar-pelajarnya telah memeluk Islam disebabkan ceramah-ceramah beliau. Di Persidangan Perubatan Saudi ke-8 yang diadakan di Riyadh, Profesor Tejasen menghadiri beberapa ceramah berkenaan tanda-tanda kajian perubatan di dalam Al-Quran dan hadis.

Profesor Tejasen menghabiskan empat hari bersama-sama beberapa ahli ilmu, Muslim dan bukan-Muslim, berbincang mengenai fenomena sains di dalam Al-Quran dan Hadis. Di akhir perbincangan-perbincangan itu, Profesor Tejasen bangun dan berkata:

Sejak tiga tahun lalu saya telah mulai berminat mengenai Al-Quran yang telah diberikan oleh Sheikh AbdulMajeed Az-Zindani. Tahun lepas saya telah memperolehi artikel oleh Profesor Keith Moore yang diberikan oleh Sheik ini. Beliau meminta agar saya terjemahkannya ke Bahasa Thai dan memberikan beberapa ceramah kepada umat Islam di Thailand. Saya telah menyempurnakan permintaan beliau. Tuan-puan boleh lihat buktinya di dalam video yang telah saya hadiahkan kepada Sheik. Daripada kajian dan daripada apa yang saya pelajari sepanjang persidangan ini, saya yakin bahawa kesemua yang dicatatkan di dalam Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu adalah suatu kebenaran yang boleh dibuktikan secara saintifik. Oleh kerana Muhammad (sallallahu’alaihiwasallam-pent) tidak boleh membaca mahupun menulis, maka Muhammad (sallallahu’alaihiwasallam-pent) mestilah seorang rasul yang menyampaikan kebenaran sebagaimana diwahyukan kepadanya oleh Dia Yang Maha Pencipta. Pencipta ini mestilah Allah, atau Tuhan. Justeru, saya fikir sudah sampai masanya untuk saya melafazkan ‘Laa ilaaha illallah’, bahawa tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah, ‘Muhammad Rasool Allah’, Muhammad ialah seorang Rasul Allah

Daripada persidangan ini, saya bukan hanya dapat belajar tentang ilmu-ilmu sains, tetapi juga saya dapat bertemu ramai ahli-ahli sains baru dan menemui ramai kawan-kawan baru. Perkara yang paling berharga yang saya dapat daripada persidangan ini ialah ‘La ilaaha illallah, Muhammad Rasool Allah’ dan kesempatan menjadi seorang Muslim.

Kebenaran sememangnya dating daripada Allah subhanahuwata’ala sebagaimana firmannya bermaksud:

“Dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan, mengetahui (dengan yakin, bahawa keterangan-keterangan) yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu (mengenai hari kiamat dan lain-lainnya) itulah yang benar serta memimpin ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, Lagi Maha Terpuji” (Surah Saba’, 34: Ayat 6)

sumber: http://permai1.tripod.com/7.html

Wednesday, January 25, 2012

Awas! Jika anda sering memukul anak

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Awas! Jika anda sering memukul anak


SEBAGAI ibu bapa apakah sikap yang anda mahu ada pada anak, pembengis atau penyayang? Sebenarnya kedua-dua sikap ini bergantung kepada sikap ibu bapa itu sendiri pada anak.

Ini kerana kajian menunjukkan kanak-kanak berumur setahun yang sering dipukul (pukulan atau tamparan seperti menepuk punggung, kaki atau tangan ketika melakukan kesalahan) oleh ibu atau bapa mereka akan menjadikan anak tersebut agresif dan tidak mencapai tahap yang baik ketika menjalani ujian kognitif.

Keadaan tersebut sama sekali berbeza pada kanak-kanak seusia yang hanya dinasihati atau dimarahi secara lisan oleh ibu atau bapa apabila mereka melakukan kesalahan.

Walaupun ibu bapa menganggap 'pukulan kecil' itu tidak mendatangkan mudarat kepada anak-anak, namun kajian mengesahkan pukulan kepada anak sekecil usia setahun mendatangkan kesan negatif kepada pembesaran tubuh dan minda mereka.

"Usia setahun adalah tempoh yang paling penting dalam mewujudkan kualiti hubungan antara ibu bapa dan anak-anak," jelas Lisa J. Berlin, seorang saintis penyelidik di Pusat Kanak-kanak dan Polisi Keluarga di Universiti Duke, Amerika Syarikat.

Tambah Berlin, pukulan kepada anak-anak sekecil usia setahun akan menjadikan mereka kanak-kanak yang agresif seiring penambahan usia mereka.

Hasil kajian Berlin telah diterbitkan pada sebuah jurnal Pembangunan Kanak-Kanak keluaran September/Oktober tahun ini.

Berlin dan kumpulan penyelidiknya merujuk kepada data yang diperoleh dari 2,500 responden yang terdiri daripada bangsa kulit putih dan hitam yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah.

Menghukum dengan pukulan

Kaji selidik terbabit turut melaporkan tanggapan ibu bapa tentang kerenah anak-anak mereka dan mengapa mereka memilih untuk menghukum anak dengan pukulan.

Berlin juga memilih beberapa pemerhati terlatih untuk melakukan lawatan di rumah responden terbabit bagi merekodkan cara interaksi antara ibu bapa dengan anak-anak yang berusia 1, 2 dan 3 tahun.

Kira-kira satu pertiga ibu kepada anak berusia setahun memberitahu, dalam seminggu mereka pasti akan memukul anak mereka sekurang-kurangnya sekali kerana kesalahan kecil yang dilakukan anak tersebut.

Setelah data dikumpul, Berlin mendapat keputusan bahawa kanak-kanak berusia setahun pasti akan dipukul sebanyak 2.6 kali seminggu, manakala kanak-kanak berusia dua tahun pula tiga kali seminggu.

Kajian tersebut turut menunjukkan kanak-kanak yang dipukul seawal usia setahun menjadi semakin nakal pada usia dua tahun dan apabila menjelang usia tiga tahun mereka tidak menunjukkan perkembangan yang baik terhadap daya pemikiran mereka.

Berlin dan rakan-rakan penyelidiknya juga melihat kepada impak hukuman seperti menengking, menjerit atau membebel dengan bahasa yang kurang sopan terhadap anak-anak.

Dan hasil kajian menunjukkan hukuman 'secara lisan' itu tidak bersangkut paut dengan impak negatif jika ibu tersebut sering memberikan perhatian, kasih sayang dan sokongan kepada anak-anak mereka.

Kajian terdahulu juga melaporkan tabiat memukul anak sering berlaku kepada keluarga berpendapatan rendah.

Kajian tersebut turut menunjukkan bahawa ibu-ibu yang mengadu mereka memiliki anak-anak yang amat cerewet akan terus menghukum anak dengan pukulan sejak anak berusia setahun hinggalah tiga tahun. Tetapi apabila anak yang berusia dua tahun bertindak agresif, si ibu lazimnya mula kurang memukul anak tersebut.

"Mungkin anak-anak yang berusia dua tahun sudah menjadi semakin agresif jadi ibu semakin sukar mengawal sekali gus mereka kurang memukul anak tersebut, tapi itu bukanlah fakta yang kami temui sebenarnya.

"Adat memukul anak ketika mereka buat salah memang telah lama dilakukan oleh generasi terdahulu, tetapi keadaan tersebut semakin berkurangan seiring perubahan zaman.

"Begitu pun memang masih wujud golongan yang mempercayai bahawa pukulan adalah cara yang terbaik mendidik anak kerana mereka juga melalui fasa yang sama ketika kecil, maka sebab itulah tiada salahnya mereka meneruskan tradisi tersebut," ujar Berlin.

Sering dipukul akan menjadi pemukul

Sementara itu, Professor Madya di Jabatan Pembangunan Manusia dan Sains Keluarga di Universiti Texas di Austin, Elizabeth T. Gershoff, berkata, kajian menunjukkan tubuh kanak-kanak yang sedang membesar memang tidak sesuai menerima hukuman pukulan.

"Boleh dikatakan semua kajian berkaitan amalan memukul anak kecil memberikan impak negatif terhadap tumbesaran anak-anak tersebut, ia hanya membuatkan anak-anak tersebut berhadapan dengan masalah kepada kesihatan mental mereka," jelas beliau.

Tambah Gershoff, lebih kerap anak kecil itu dipukul semakin berisiko untuk didera oleh ibu bapa.

"Saya tidak mengatakan setiap ibu bapa yang memukul anak-anak itu mendera namun risikonya tetap ada," ujar Gershoff.

Kanak-kanak secara semula jadinya akan belajar menerusi apa yang mereka alami dan lihat pada persekitaran, jadi mereka juga akan membesar menjadi seorang yang pembengis - HealthDay News.

sumber: http://www.jpw.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=98%3Aawas-jika-anda-sering-memukul-anak&catid=42%3Aberita-zon-utara&lang=bm