Friday, September 04, 2009
TV
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Televisyen merupakan antara senjata utama musuh-musuh islam. TV itu tidak salah, tapi para musuh islam menggunakan media elektronik untuk meracun minda dan jiwa umat islam secara halus melalui iklan, drama bersiri serta filem yg terutamanya diimport dari barat.
Melalui iklan, para wanita dieksploitasi secara meluas bagi melariskan produk2 mereka. Contohnya iklan kereta. Kereta tidak ada kena mengena dengan wanita, tapi setiap kali pelancaran kereta diadakan, ada wanita seksi yang menempel di tepi kereta tersebut. Apa perlunya wanita seksi itu? lakonan Iklan di kaca tv juga berlaku percampuran bebas antara lelaki dan wanita. Ini tentunya bahaya bagi anak-anak yang baru ingin mengenal erti kehidupan dunia, bimbang kalau mereka terpengaruh dengan pergaulan bebas antara lelaki dgn perempuan. Iklan2 di tv juga adakalanya memaparkan wanita2 yang seksi yang tidak sepatutnya dilihat oleh para suami, abang dan ayah kita. Sungguh memalukan. Kita seolah2 menjadi "tidak apa" dengan tayangan iklan. Betul lah kata orang, mula2 rasa malu, lama2 jadi tak apa dan tak rasa berdosa bila tengok.
ITu belum masuk bab filem lagi. Cerita kartun pun, kalau sudah namanya dari barat, kelucahan pasti ada. Contohnya cerita spongebob yang membayangkan wanita bila sebut pasal seluar dalam. Apa yang spongebob itu ajar kepada anak2 kita? Cerita kartun dari barat juga penuh dengan aksi bercium hero dan heroin, itu mengajar anak kita apa? Kartun sekrang pun dilakar dengan seksi macam cerita ikan duyung tu, maaf tajuknya tak ingat.
Filem dari barat pula, yang wajib ada ialah pendamping hero tu, iaitu heroin yang seksi. Spiderman, superman, batman, dan entah apa2 man lagi. Unsur2 true love antara hero n heroin ini meracun jiwa pemudi dan pemuda islam untuk bercouple, untuk melakukan maksiat mata dan hati. Memang adakalanya banyak unsur baik dari jalan cerita nya, namun yang adegan selit menyelit itulah yang merbahaya dan menjadi agenda sebenarnya musuh2 islam yang ingin melihat pemuda pemudi islam hancur secara tidak kita sedari.
Jadi kesimpulannya, bukan saya mengatakan tv itu haram, tapi tidak dinafikan ia boleh membawa kepada kehancuran jika ibubapa tidak mengawal rancangan tv yang sepatutnya dilihat oleh anak2. Bukan semua cerita kartun itu baik, sebagai alternatif, ada baiknya kita mencari cd2 yg tiada unsur negatif untuk hiburan anak2. Jiwa anak2 itu suci murni, jangan kita hitamkan hati mereka yang putih bersih itu. Peringatan untuk diri ini juga..
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
testing
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletenak testing jugak la..hehe..
ok..alhamdulillah da boleh..=)
apa2 pun,ana setuju dengan apa yang ummu jelaskan..tv memang merupakan satu medium yang melalaikan..Allah tidak melarang kita untuk berhibur. Selagi hiburan itu tidak mendatangkan kelalaian dalam kehidupan kita, maka, hiburan itu perlu. Kalau ditanya mana-mana ustaz di dalam dunia ini, Apa hukumnya berhibur? Pasti akan keluar jawapan seakan-akan begini, "Berhibur? Dalam Islam berhibur itu boleh selagi tidak melanggar syariat, tidak melalaikan dan tidak menjerumus kepada kemaksiatan"
Tapi zaman sekarang terlalu banyak pendedahan..program realiti tv misalnya yg diceduk dari Barat secara tidak langsung menarik generasi muda terutamanya anak2 kecil,terikut-ikut dengan budaya yg tidak sihat..banyak negatif dari positif..media khususnya TV berlomba-lomba menampilkan sesuatu yang berlebihan..
wallahualam..
Emm, ukhti Niesa', betul tu, semakin canggih dunia ni, semakin mencabar keimanan. Tentera2 musuh islam tak pernah berhenti bekerja untuk melalaikan umat islam, jadi tentera2 islam harus turut bekerja keras juga untuk menegakkan kalimatullah..
ReplyDelete