Thursday, March 29, 2012
Terapi di rumah
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Semalam selipar anak-anak hilang. Saya cari merata-rata tapi tak jumpa. Cuba intai dalam longkang rumah sebelah, sah ada kat situ. Dah tahu ini kerja siapa. Senyum sorang diri..
Gambar kereta di atas dilukis oleh ummi dan diwarna oleh Nashrul. Lukisan abstrak (contengan hitam) itu pula dihasilkan oleh pelukis yang tidak asing lagi iaitu Fathul..kekeke. Minggu lepas saya membeli krayon baru memandangkan si kembar sukar memegang pensel warna dengan baik. Krayon lebih bebas. Selain itu stamp berbentuk binatang, penebuk lubang corak bunga dan puzzle gambar binatang. Semua ini atas idea sendiri untuk latihan motor halus si kembar dan melatih konsentrasi mereka agar lebih memusat. Hasilnya, okeylah walaupun Nashrul hanya main sekejap lepas tu sibuk dengan kereta mainannya. Jika tiada kereta mainannya, Nashrul akan tertidur. Fathul pula masih dengan masalah kurang sabar dan perlukan latihan yang lebih lagi untuk mendidik sikap sabar dia tu. Untuk anak-anak yang kurang tumpuan, jangan sesekali buat aktiviti di depan tv. Lakukan dalam bilik yang tiada gangguan bunyi. Untuk speech therapy Fathul pula, sangatlah sukar kerana saya cuba mengasingkan Fathul daripada abangnya namun mana mungkin. Satu masalah ketara Fathul ialah cemas dan mengikut gerak hati tanpa berfikir dahulu. Untuk masalah ini, saya masih berfikir dan mencari therapy yang sesuai. Semoga Allah membantu insyaAllah.
Tuesday, March 27, 2012
Jadilah wanita yang bahagia
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
JAUHI LIMA YANG MEROSAKKAN PERIBADI MUSLIMAH
Oleh : Dr Juanda Bin Jaya (Mufti Perlis)
Dr ‘Aidh al-Qarni dalam sebuah coretan penanya yang menyentuh perasaan dan dipersembahkan khusus untuk muslimah bertajuk As’ad al-Mar’ah fil Alam (Tips Menjadi Wanita Paling Bahagia Di Dunia) berkata: “Jangan biarkan hatimu dihancurkan oleh tanganmu sendiri.”
Benarkah hati boleh menjadi sakit, retak dan hancur oleh perbuatan diri sendiri? Selama ini kita percaya bahawa faktor gangguan manusia di persekitaran boleh menjejaskan kesihatan hati. Perkataan pedas dan panas membuat hati sakit, sikap yang melahirkan perasaan marah dan geram juga punca hati kita tidak sihat. Sebenarnya Rasulullah SAW telah memberi signal penting kepada kita agar tidak merosakkan diri daripada lima perbuatan.
Baginda SAW mengajarkan doa yang boleh menghindarkan diri kita dari kelima-lima penyakit yang merosakkan peribadi itu. ”Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari resah dan gelisah, dari sedih dan derita, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat kedekut dan pengecut dan dari lilitan hutang dan tekanan orang.”
Doa sebenarnya mengandungi falsafah dan obsesi tertentu yang membangkitkan semangat kita untuk merealisasikannya dengan perbuatan. Kita dapati intipati doa di atas menyuruh kita untuk menghindarkan diri dari lima perbuatan negatif yang merosakkan.
1. Jangan resah dan gelisah.
Bukankah masih ramai manusia yang miskin, lapar dan sakit? Mengapa kesihatan dan kecantikan anda kini belum cukup untuk anda bersyukur dan reda kepada takdir Allah? Janganlah selalu mengeluh sebab duit yang diberi suami tak cukup untuk make-over penampilan anda kerana sesungguhnya tangisan Muslimah di Iraq yang kelaparan dan kehilangan suami lebih berat siksanya ditanggung badan.
2. Jangan sedih dan merasa menderita.
Hapuskan keduanya dengan istighfar. Anda masih ada tempat bergantung, mengadu dan memohon pertolongan yang abadi. Di sisi Allah segala kesulitan itu pasti ada penghujungnya. Dalam kesusahan ada kemudahan. Optimis dan berani menghadapi kenyataan adalah ubat bagi hati yang kesedihan. Kerana sesungguhnya masih ramai orang lain di sekeliling anda yang lebih berat lagi ujiannya dibandingkan dengan anda. Lihatlah kepada yang di bawah sana, anda boleh bersyukur. Jangan lihat ke atas, nanti anda banyak berkhayal dan menangisi nasib sendiri.
3. Jangan lemah dan malas.
Penyakit bagi diri yang sama bahayanya adalah malas. Duduk di depan kaca televisyen atau mendengar radio, muzik dan segala jenis hiburan selama berjam-jam boleh melalaikan anda. Terlalu banyak makan melemahkan badan, manakala banyak bergosip merosakkan hati dan pemikiran. Isilah masa anda dengan sesuatu yang bermanfaat. Berhiaslah, jagalah rumah dan anak-anak. Sebagai remaja aktifkan diri dengan sukan, ilmu dan ibadat. Berjanjilah pada diri anda setiap saat untuk satu zikir, setiap minit untuk satu idea dan setiap jam untuk satu tindakan.
4. Jangan kedekut dan pengecut.
Rezeki yang Allah beri bukan hak milik peribadi. Padanya ada hak orang miskin dan anak yatim. Jasa orang tua wajib dibalas dengan menolong bukan hanya dari segi kewangan saja, perhatian dan penjagaan ke atas mereka adalah tanggungjawab anda. Sebagai wanita yang salihah anda harus yakin bahawa keredaan Allah bergantung dengan keredaan kedua orang tua dan kemarahan Allah juga bergantung kepada mereka. Sifat pengecut adalah sifat tidak mahu bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan. Isteri adalah pemegang amanah suami. Kerjaya, rumahtangga dan anak-anak adalah urusan besar yang akan menentukan, selamatkah anda pada hari perhitungan nanti.
5. Jangan banyak berhutang.
Nafsu apabila dituruti segala kemahuannya tidak akan pernah puas. Selagi mulut manusia belum makan sekepal tanah (mati), ia tidak berhenti memuaskan nafsunya. Rumah, kereta, perhiasan, bercuti, shopping, semuanya dengan kad kredit. Bahkan khidmat along digunakan! Akhirnya kepuasan yang sementara itu bertukar menjadi bencana. Akibat kurang bijak menguruskan kewangan keluarga akhirnya hidup anda jadi tidak tenteram.
Jadikanlah hidup anda selamat, tenang dan bahagia dengan mengamalkan tips di atas. Ilmu itu berkat jika anda mampu merealisasikannya dalam kehidupan ini.
sumber: http://drjuanda.com/?p=155
Fish oil more effective than ritalin
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Tempoh hari doktor prescribed nootropil untuk si kembar makan. Setelah buat research, saya buat keputusan untuk tidak memberikan drug ini untuk anak-anak. Lagipun anak-anak bukannya SAKIT. Sebagai alternatif ialah kami memberi si kembar minyak ikan. Kena kurangkan makan ayam dan banyakkan makan ikan seperti ikan tenggiri, ikan merah, ikan jenahak, ikan kembong,ikan tuna, ikan salmon dan ikan keli. Selain tu banyakkan makan kuning telur dan kekacang. Pendek kata jaga diet anak. InsyaAllah jika diamalkan, akan berkuranglah hiperaktif anak. Sebagai seorang ibu, doa kita insyaAllah mustajab untuk anak-anak. Selepas berusaha segala-galanya, akhir sekali jangan lupa disusuli dengan tawakkal kepada Allah. Berikut merupakan artikel berkenaan minyak ikan. Jadi kepada ibubapa yang beri anak-anak ritalin untuk kurangkan hiperactive anak, baca artikel kat bawah. Nak baca artikel penuh kat SINI.
Fish Oil can be more Effective than Ritalin
Additional studies are ongoing to see if fish oil supplements can also improve the behaviour of children with ADHD. Currently, there is increasing thought that Omega 3 fatty acids are safer and more effective than current medications like Ritalin. Parents who have a child diagnosed with ADHD should discuss the benefits to fish oil with their doctor and give it a try before relying on the often dangerous drugs.
In one ADHD study, a group of children aged seven to twelve were taken off their ';.;'.'.normal medications and given fish oil supplements instead. By the end of the third month, all of the children were less hyper, doing exceptionally well in school, and able to concentrate for far longer than in the past. Those on placebos showed no signs of improvement until they were switched to fish oil supplements and then they improved drastically as well.
For this reason, many world health organizations suggest parents feed their child fish at least once a week. Nevertheless, mercury poisoning is a potential threat in today's world. This is where it becomes safer to give a child fish oil supplements. Most countries hold fish oil manufacturers to high standards. Fish oil must be filtered to remove all mercury and other toxins. Parents wanting to give their child fish oil supplements should read the bottle and make sure it was produced in a country that requires all fish oil to be filtered before using in Omega 3 supplements.
Monday, March 26, 2012
Munajat seorang hamba
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Munajat Seorang Hamba
Artist: Hijjaz
Album: Cahya Ilahi
Dikala malam sunyi sepi
Bani insan tenggelam dalam mimpi
Musafir yang malangini pergi membasuh diri
Untuk mengadap-Mu oh Tuhan
Lemah lutut ku berdiri
Di hadapan mu tangisanku keharuan
Hamba yang lemah serta hina
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh dibawah duli kebesaran-Mu
Tuhan hamba belum pasti
Bagaimana penerimaan-Mu
Dikala mendengar pengaduanku
Ku yakin Kau tak mungkiri
Dalam wahyu yang Kau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku
Dan Kau berjanji sudi mengampunkan ku
Dari segala dosa yang ku lakukan
Ampunan-Mu Tuhan
Lebih besar dari kesalahan insan
Hamba yakin pada keampunan-Mu Tuhan
Bukan tidak redha dengan ujian
Cuma hendak mengadu pada-Mu
Tempat hamba kembali nanti di sana
Saturday, March 24, 2012
Friday, March 23, 2012
Salam Jumaat.
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Jumuah Mubarak everyone! Semalam kami suami isteri bawa si kembar jumpa pakar psychiatric kanak-kanak di KL. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kami redha dengan anak-anak kami. Harapan ummi ayah agar Nashrul dan Fathul cepat pulih dan tahun depan boleh mula sekolah insyaAllah. Doktor sarankan si kembar banyak makan kuning telur, ikan dan minyak ikan untuk perkembangan minda.
Erm..jalan-jalan jumpa satu blog taska, oh baru saya tahu rupanya menghantar anak ke tadika dalam usia 4 tahun adalah merupakan satu kesalahan. Akta Jabatan/Kementerian Pendidikan hanya mengiktiraf kanak-kanak 5-6 tahun di tadika. 4 tahun ke bawah pula di taska. Anda boleh baca artikel lanjut di SINI.
Jumuah Mubarak everyone! Semalam kami suami isteri bawa si kembar jumpa pakar psychiatric kanak-kanak di KL. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kami redha dengan anak-anak kami. Harapan ummi ayah agar Nashrul dan Fathul cepat pulih dan tahun depan boleh mula sekolah insyaAllah. Doktor sarankan si kembar banyak makan kuning telur, ikan dan minyak ikan untuk perkembangan minda.
Erm..jalan-jalan jumpa satu blog taska, oh baru saya tahu rupanya menghantar anak ke tadika dalam usia 4 tahun adalah merupakan satu kesalahan. Akta Jabatan/Kementerian Pendidikan hanya mengiktiraf kanak-kanak 5-6 tahun di tadika. 4 tahun ke bawah pula di taska. Anda boleh baca artikel lanjut di SINI.
Monday, March 19, 2012
Dulu Vs Sekarang
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Alhamdulillah, anak-anak sudah lena dibuai mimpi. Suami keluar rumah. Sekarang ibu boleh buat acara bebas :) Dalam pada memerah keringat dan akal mengasuh anak-anak, saya merenung begitu banyaknya perbezaan zaman saya kecil dulu dengan zaman kecil anak saya sekarang. Semasa saya kecil-kecil dulu, permainan saya adalah apa-apa yang ada di sekitar rumah. Mak dan ayah tidak pernah membelikan mainan kepada kami. Saya sempat menonton tv hitam putih sebelum bertukar kepada tv warna. Mainan pada waktu itu hanya mampu dibeli oleh orang yang berada. Saya banyak bermain masak-masak. Daun-daun dikutip untuk dijadikan duit olok-olok. Buah kelapa sawit yang gugur di belakang rumah dikutip dan dibakar lalu kami makan. Habis gatal mulut kerana buah sawit tidak masak betul. Pokok-pokok di sekeliling rumah habis dipanjat. Kami kreatif mencari bahan-bahan untuk dijadikan permainan seperti laga buah getah, tudung botol, senapang batang pisang dan banyak lagilah.
Anak saya sekarang hidup dalam pagar, terkurung. Jadi kenalah beli mainan. Kereta mainan, pedang mainan dan lain-lain yang seumpama dengannya. Main basikal pun dalam rumah. Hiburan selain tv ada youtube. Alhamdulillah masih belum terjebak dengan video games, games internet dan apa-apa jenis games yang tidak mengeluarkan peluh. Saya dulu, umur 6 tahun baru mak saya hantar masuk tadika. Anak saya umur 4 tahun, dah sibuk-sibuk saya hantar masuk tadika. Itupun ada yang kata lambat. Siapakah yang beruntung agaknya? Saya atau anak saya? hehe sekadar membuat perbandingan. Yang beruntung tentu saja orang-orang yang beriman dan bertaqwa tidak kira di zaman mana pun.
"Didiklah anakmu sesuai dengan zamannya"- Saidina Ali karramallahu wajhah
Pegi skolah ^^;
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Pagi ini merupakan hari pertama anak saya ke tadika. Belum sampai pun dua jam, mereka mahu pulang. Okeylah untuk permulaan, insyaAllah esok akan pergi lagi. Nampaknya anak-anak saya tidak sama dengan kanak-kanak di tadika, mereka boleh duduk diam lama-lama sambil mendengar ustazah berkata-kata. Tapi anak saya tidak boleh. Bukan suatu tindakan yang bijak untuk memaksa anak-anak jika mereka tidak suka. Anak-anak saya suka kebebasan, bermain dan terus bermain. Ustazah hanya bagi peluang 2 minggu saja untuk twins belajar di tadika, selepas itu terpaksa fikirkan plan lain. Dalam masa yang sama, twins akan direfer kepada psikitris kanak-kanak insyaAllah.
Kanak2 perlu banyak bermain!!!
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Berhenti ‘Belajar’. Bermainlah!
On 19/03/2012, in ATN4, by Abu Saif | 239 views | Print Print | Email Email |
“Saya tak suka dengan cara montessori. Banyak main. Belajarnya tidak!” kata seorang ibu.
Tentu sahaja seorang ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya.
Namun, amat rugi apabila seorang ibu tidak tahu apa yang terbaik untuk anaknya.
Kerana sayang dan mahukan yang terbaik, boleh sahaja seorang ibu ‘merosakkan’ si anak, atas nama kasih sayang seorang ibu.
Kita mahukan sistem pendidikan melahirkan manusia yang baik. Kita ada idea yang canggih tentang makna BAIK. Tetapi kita sering terperangkap dan keliru dengan makna MANUSIA. Akhirnya dek kerana BAIK yang canggih dan MANUSIA yang keliru, apa yang lahir daripada pendidikan kita adalah ROBOT BAIK.
Sejak tahun 1980′an, Small Wonder sudah secara halus memberi nasihat kepada ibu bapa agar jangan membesarkan anak-anak menjadi Vicki the Robot!
Di era pendidikan ala-ala ‘lebih banyak lebih tidak cukup’ ini, saya dan isteri sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan anak-anak saya bermain. Kami tidak kisah mereka lambat membaca, kami tidak kisah mereka perlahan mengira, kami juga tidak peduli anak-anak kami pada usia kecil tidak menghafal doa dan surah al-Quran yang panjang-panjang. Kami hanya mahu mereka bermain.
Bukan kerana apa.
Saya dan isteri percaya bermainlah cara yang penting untuk kanak-kanak belajar.
Di Brainy Bunch Islamic Montessori, sedikit sebanyak saya gembira dengan pendekatan yang digunakan untuk mencapai tujuan ini. Si anak diberitahu supaya datang ke sekolah membawa bunga raya (hingga baru saya tahu betapa susahnya hendak mencari bunga raya pada tahun 2012 ini), ada harinya kena ke sekolah dengan membawa apa-apa jenis rumput. Bukannya buku teks seberat 1kg di dalam beg ala-ala pramugari!
Mungkin bagi yang duduk di kampung, membawa rumput dan bunga raya ke sekolah itu mengarut.
Tetapi bagi anak kampung yang membesarkan anak-anak bandar, saya amat menghargai pendekatan belajar seperti ini. Menggunakan seluruh deria anak untuk menimbulkan rasa seronok mereka belajar. Mereka rasa mereka sedang bermain, lalu mereka gembira. Hakikatnya mereka sedang belajar. Dan pelajaran yang mereka belajar dalam permainan itu, tidak mampu diberikan biar pun oleh silibus krim paling krim, yang memisahkan bermain daripada anak-anak.
SUNNAH
Di dalam Sahih Ibn Hibban, Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu menceritakan bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjelirkan lidahnya kepada Al-Husain bin Ali radhiyallahu ‘anhuma supaya anak kecil itu dapat melihat merahnya lidah baginda lalu dia gembira ceria.
Kalau adalah ustaz atau ustazah di sekolah menjelirkan lidah bergurau dengan seorang budak, mungkin ibu robot akan membalas, “Huh, tak tsiqah!”
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
43000 Bandar Seri Putra
Miskin Vs Kaya
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Memilih Allah SWT daripada kenikmatan dunia
Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)
Hati siapa takkan tertarik melihat kemilau dunia berada di depan mata. Tangan pasti segera mengambil harta benda yang boleh mendatangkan kenikmatan. Perhiasan-perhiasan pula dipakai untuk menunjukkan darjat yang tinggi dan gelaran orang kaya akan jadi sebutan orang ramai. Indahnya dunia bagi si kaya.
Al-Qarni pernah menulis tentang perbezaan antara si kaya dan si miskin dengan menyatakan; “Orang kaya yang pendiam dipuji manusia sebagai orang yang warak dan tawaduk sedangkan orang miskin yang pendiam dikata bodoh dan lembab. Orang kaya yang banyak bercakap digelar cerdik dan pintar manakala orang miskin yang banyak cakap dikata sebagai kuat berangan, cakap tak serupa bikin. Orang kaya yang banyak memberi digelar sebagai dermawan, orang miskin yang memberi pula dikata tak sedar diri hendak menunjuk-nunjuk. Orang kaya yang bercakap lembut dan mesra dipuji sebagai berjiwa rakyat. Orang miskin yang mesra pergaulannya disangka suka mengambil kesempatan ke atas orang lain.” Jelas, kemenangan sentiasa berada di pihak si kaya.
Allah Taala telah menggariskan takdir setiap manusia ketika dia masih dalam perut ibunya. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tak semestinya yang kaya kurang iman dan yang miskin pula kuat imannya ataupun sebaliknya. Mungkin dulu saat tak ada duit banyak kita sering gelisah dan marah dengan takdir Allah, apabila duit banyak pula lupa daratan dan tak tahu bersyukur. Boleh jadi juga masa susah dekat dengan Tuhan tetapi dah hidup senang tak sempat pula menikmati ibadat sebab terlalu sibuk. Semua itu adalah pilihan masing-masing. Allah berhak menguji iman hamba-Nya dengan kekayaan atau kemiskinan.
Begitulah hakikat kehidupan, manusia digesa untuk berusaha ke arah mempertingkatkan taraf hidupnya. Supaya dunia digenggam dalam tangan dan ditadbir menurut iman dalam hati yang sentiasa meletakkan akhirat bertahta di sanubari. Rasulullah SAW bersabda ketika baginda menziarahi kubur kaum muslimin bersama sahabatnya yang mafhumnya: “Wahai Abu Muwaihibah, sesungguhnya aku telah ditawarkan dunia beserta seluruh isinya, lalu aku disuruh memilih antara dunia atau berjumpa dengan Allah Taala dan masuk ke syurga-Nya.” Abu Muwaihibah berkata: “Wahai Rasulullah ambillah dunia ini dahulu kemudian baru engkau meminta syurga.” Baginda bersabda: “Tidak, wahai Abu Muwaihibah, aku memilih berjumpa dengan Allah dan masuk ke syurga-Nya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Nyata betapa murahnya harga dunia ini dibandingkan dengan kenikmatan syurga Allah SWT. Maka tak hairan jika orang kaya yang beriman tidak sayang kepada hartanya ketika dia berbelanja di jalan Allah. Begitu pula si miskin yang kaya hati, tak berubah imannya ketika susah ataupun senang. Dia tetap berkorban di jalan-Nya. Kaya dan miskin hanya sekadar status yang tidak merisaukan sedikitpun bagi mereka yang beriman. Begitu juga ketika mereka dibangkitkan nanti di hari pembalasan.
Sebagaimana sabda baginda SAW yang bermaksud: “Pada hari kiamat kelak, akan dihadapkan seseorang yang paling kaya di dunia sedangkan dia adalah calon ahli neraka. Maka dicelupkan orang itu ke dalam api neraka sebentar kemudian dikeluarkan dan disoal: “Wahai anak Adam, pernahkah kamu (semasa di dunia dahulu) merasakan kesenangan dan kebahagiaan selama hidupmu? Ia menjawab: Tidak, wahai Tuhanku! Kemudian didatangkan seseorang yang sangat menderita hidupnya di dunia sedangkan dia adalah calon ahli syurga. Kemudian ditanya kepadanya: Wahai anak Adam, pernahkah kamu merasakan penderitaan dan kemalangan selama hidupmu? Ia menjawab: Tidak, wahai Tuhanku, aku tidak pernah menderita sama sekali. (Hadis riwayat Muslim)
Nikmat akhirat telah menghapus ingatan si miskin tentang penderitaannya dahulu di dunia, sedangkan si kaya pula terlupa bahawa dia pernah berada di puncak kenikmatan dunia saat merasai azab Tuhan di akhirat. Bagaimana pula dengan ingatan kita, adakah ia akan hilang seketika, kuasa apakah yang begitu hebat menghapus memori dunia dari akal fikiran kita? Betapa dahsyat dan ngerinya peristiwa hari kebangkitan. Tetapi begitu mudah pula manusia melupainya.
Peristiwa hari pembalasan terlalu segar dalam ingatan para sahabat baginda SAW sesegar ingatan kita tentang jumlah harta yang tersimpan hasil jerih payah sendiri. Mereka melihat akhirat dengan begitu terang seolah-olah menyaksikannya dengan imbasan gambaran yang hidup. Sedangkan hati mereka mengingati firman Allah Taala yang bermaksud: “Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani. Kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning, kemudian menjadi hancur dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Surah al-Hadid ayat 20)
Mereka yang pula miskin berbondong-bondong mencari keredaan Allah dengan sedaya-upaya mereka. Bahkan pernah ayat al-Quran turun disebabkan tangisan mereka yang tidak dapat bersedekah kerana tidak memiliki apa-apa. Sedangkan di kalangan sahabat yang kaya berlumba-lumba mengeluarkan bantuan untuk kemenangan Islam. Pernah suatu ketika penghulu orang-orang miskin mengadu kepada baginda Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, orang-orang kaya telah memborong semua pahala dan tingkat-tingkat yang tertinggi serta kesenangan yang abadi. Rasulullah bertanya: Mengapa demikian? Mereka berkata: Mereka solat sebagaimana kami, berpuasa sebagaimana kami dan mereka bersedekah sedangkan kami tidak dapat bersedekah, mereka memerdekakan hamba sedangkan kami tidak mampu. Rasulullah SAW bersabda: Sukakah kamu aku ajarkan kepada kamu amal perbuatan yang dapat mengejar mereka, dan tidak ada seorang yang lebih utama dari kamu melainkan yang berbuat seperti perbuatanmu? Mereka menjawab: Baiklah, Wahai Rasulullah. Rasulullah SAW bersabda: Bertasbih, bertakbir dan bertahmid selepas sembahyang 33 kali. Kemudian setelah itu mereka kembali lagi dan berkata: Wahai Rasulullah, saudara-saudara kami orang-orang kaya mendengar perbuatan kami, maka mereka melakukannya juga. Rasulullah bersabda: Itulah kurniaan Allah yang diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Hadis tersebut menegaskan betapa beruntunganya menjadi orang kaya yang beriman dibandingkan si miskin yang jauh ketinggalan dalam berbuat kebajikan. Namun tidak dinafikan ujian harta amat berat dibandingkan ujian kesusahan, kerana harta ramai orang terpedaya dan menggadai iman. Memang sepatutnya si kaya layak mendapatkan kelebihan dibandingankan yang miskin jika mereka beriman kerana harta itu bagaikan rantai besi di lehernya yang mengikat dengan keras dan terkadang menyakitkan.
Kaya dan miskin semua itu kurniaan Allah Taala, yang menyelamatkan hanya amal salih dan hati yang suci seraya tunduk kepada-Nya. Jika si miskin berangan-angan betapa indahnya hidup menjadi orang kaya, sesungguhnya si kaya juga tak pernah puas dengan apa yang dimiliki dan berangan alangkah mudahnya jika hidup miskin, tak payah fikir banyak dan cari hal yang susah-susah. Bukankah dunia ini sememangnya sekadar mainan?
Sumber : Drjuanda.com
Thursday, March 15, 2012
Selamat pagi
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
ALhamdulillah syukur kepada Allah swt di atas nikmat kesihatan pada hari ini. Pagi ini sudah sarapan kopi susu kambing dengan nasi goreng. Sementara anak-anak bermain dan memulakan latihan, cepat-cepat blogging :)).
Hari ni memulakan niat untuk 'kurangkan' marah kepada anak-anak. Nak terus zero tu payah :). Semalam saya sempat mendengar pengisian dari prof Muhaya dalam radio ikim. Kata prof, mengikut kajian, anak-anak yang selalu dimarahi akan lemah dan mudah jatuh sakit. Anak-anak yang jarang dimarahi dan sentiasa dibelai, diberi kasih sayang secukupnya akan kuat dan jarang sakit.
Bersambung insyaAllah
Tuesday, March 13, 2012
Makan petang
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Buat donut untuk makan petang for my little mujahid :). Syukur alhamdulillah..
Buat donut untuk makan petang for my little mujahid :). Syukur alhamdulillah..
Saturday, March 10, 2012
Friday, March 09, 2012
Cinta suami dan redha ilahi
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Letakkan cinta Allah di hati. Dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita.
Sewaktu dia dalam pandangan mata kita, layanilah dia dengan sesempurna mungkin.Tatkala dia berada jauh dari kita, lepaskanlah dia dalam jagaan Allah s.w.t. Barulah hati kita tenang. Tanpa sebarang syak wasangka.
Letakkan cinta Allah di hati dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita.
Kerana dengan yang demikian, kita akan sedar, se'professional' dan sehebat manapun kita, kita tetap seorang isteri bila berada di hadapan suami. Dan keredhaan Allah berada bersama suami kita. Laksanakanlah tanggungjawab dengan baik demi mengharapkan cinta Allah.
Letakkan cinta Allah di dalam hati, Sediakan bahagian hatimu hanya untukNya, yang Maha Pengasih, dan yang Maha Sempurna dan cinta suami hanya di genggaman tapak tangan kita kerana ketahuilah, bahawa cinta dan kasih suami, itu semua datang dari Allah.Itu adalah bukti kasih sayang Allah pada kita.
Letakkan cinta Allah di dalam hati. Dan cinta suami di genggaman tapak tanganmu. Kerana suami hanya seorang insan biasa, punya kelemahan tersendiri. Bila cinta Allah memenuhi hati kita, kita tidak akan sesekali melayan suami dengan buruk kerana mengharapkan cinta Allah.
Letakkan hanya cinta Allah di dalam hati, dan cinta suami di genggaman. Supaya andai kata dia pergi dulu, dia dapat kita lepaskan dengan mudah. kita redha dengan ketentuannya.
Ketahuilah Allah itu sesungguhnya kekal dan akan sentiasa bersama kita.
- Artikel iluvislam.com
Biodata Penulis
Nurul Ezzati Arifin Masih belajar,dan akan terus belajar di universiti kehidupan. Beliau berkongsi karya di Masih belajar,dan akan terus belajar di universiti kehidupan.
sumber:http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/4312-cinta-suami-dan-redha-ilahi.html
Thursday, March 08, 2012
Toilet training
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Hari ni masak ayam goreng radix hpa dan kari terung ikan merah untuk si comel. Minggu ni otak tak dapat berfikir perkara-perkara lain sebab terlalu letih dan fokus kepada dua superhero kat rumah ni. Hari ni hari ketiga dan siri ke 3 (lucunya ada siri) twins berlatih untuk buang air di tandas. Siang hari memang lansung tak pakai lampin. Jadi dari pagi sampai ke lewat petang kerja saya mengelap lantai!!
Alhamdulillah, Nashrul sudah 90% berjaya. Dah dapat kontrol sistem pembuangannya. Sebelah malam masih pakai lampin lagi. Fathul pula masih berlatih. Semoga Allah mempermudahkan semua urusan ameenn.
Hari ni masak ayam goreng radix hpa dan kari terung ikan merah untuk si comel. Minggu ni otak tak dapat berfikir perkara-perkara lain sebab terlalu letih dan fokus kepada dua superhero kat rumah ni. Hari ni hari ketiga dan siri ke 3 (lucunya ada siri) twins berlatih untuk buang air di tandas. Siang hari memang lansung tak pakai lampin. Jadi dari pagi sampai ke lewat petang kerja saya mengelap lantai!!
Alhamdulillah, Nashrul sudah 90% berjaya. Dah dapat kontrol sistem pembuangannya. Sebelah malam masih pakai lampin lagi. Fathul pula masih berlatih. Semoga Allah mempermudahkan semua urusan ameenn.
Tuesday, March 06, 2012
Selamat Hari Lahir Sayang!!
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Alhamdulillah, hari ni 6 Mac 2012 genaplah anak ummi 4 tahun. Nashrul keluar ke dunia pada pukul 9.31 am dan Fathul keluar seminit kemudian melalui caesarean. Nashrul dan Fathul merupakan fraternal twins yang sungguh ajaib!! :). Semoga anak-anak ummi membesar dengan sihat, bijak dan yang paling penting menjadi anak yang soleh ameen..ameen..ameen..ya Allah.
Alhamdulillah, hari ni 6 Mac 2012 genaplah anak ummi 4 tahun. Nashrul keluar ke dunia pada pukul 9.31 am dan Fathul keluar seminit kemudian melalui caesarean. Nashrul dan Fathul merupakan fraternal twins yang sungguh ajaib!! :). Semoga anak-anak ummi membesar dengan sihat, bijak dan yang paling penting menjadi anak yang soleh ameen..ameen..ameen..ya Allah.
Permata Ayah Bonda (Nyanyian Firdaus)
Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita
Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara
Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang
Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada
Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya
Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya
Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga
Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua
Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda
Engkaulah permata ayah bonda....
Lagu : Adnan Abu Hassan
Lirik : Ito Lara
Monday, March 05, 2012
Rezeki hari ini
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Rezeki kurniaan Allah untuk makan tengahari tadi. Untuk malam ni mungkin lauk sama. Untuk hari esok, belum tahu rezeki apa yang Allah nak bagi. Alhamdulillah, anak-anak berpeluang menikmati juadah dari air tangan ummi sendiri. Sedap walaupun ringkas dan no msg :).
Rezeki kurniaan Allah untuk makan tengahari tadi. Untuk malam ni mungkin lauk sama. Untuk hari esok, belum tahu rezeki apa yang Allah nak bagi. Alhamdulillah, anak-anak berpeluang menikmati juadah dari air tangan ummi sendiri. Sedap walaupun ringkas dan no msg :).
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)