Monday, March 19, 2012
Dulu Vs Sekarang
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Alhamdulillah, anak-anak sudah lena dibuai mimpi. Suami keluar rumah. Sekarang ibu boleh buat acara bebas :) Dalam pada memerah keringat dan akal mengasuh anak-anak, saya merenung begitu banyaknya perbezaan zaman saya kecil dulu dengan zaman kecil anak saya sekarang. Semasa saya kecil-kecil dulu, permainan saya adalah apa-apa yang ada di sekitar rumah. Mak dan ayah tidak pernah membelikan mainan kepada kami. Saya sempat menonton tv hitam putih sebelum bertukar kepada tv warna. Mainan pada waktu itu hanya mampu dibeli oleh orang yang berada. Saya banyak bermain masak-masak. Daun-daun dikutip untuk dijadikan duit olok-olok. Buah kelapa sawit yang gugur di belakang rumah dikutip dan dibakar lalu kami makan. Habis gatal mulut kerana buah sawit tidak masak betul. Pokok-pokok di sekeliling rumah habis dipanjat. Kami kreatif mencari bahan-bahan untuk dijadikan permainan seperti laga buah getah, tudung botol, senapang batang pisang dan banyak lagilah.
Anak saya sekarang hidup dalam pagar, terkurung. Jadi kenalah beli mainan. Kereta mainan, pedang mainan dan lain-lain yang seumpama dengannya. Main basikal pun dalam rumah. Hiburan selain tv ada youtube. Alhamdulillah masih belum terjebak dengan video games, games internet dan apa-apa jenis games yang tidak mengeluarkan peluh. Saya dulu, umur 6 tahun baru mak saya hantar masuk tadika. Anak saya umur 4 tahun, dah sibuk-sibuk saya hantar masuk tadika. Itupun ada yang kata lambat. Siapakah yang beruntung agaknya? Saya atau anak saya? hehe sekadar membuat perbandingan. Yang beruntung tentu saja orang-orang yang beriman dan bertaqwa tidak kira di zaman mana pun.
"Didiklah anakmu sesuai dengan zamannya"- Saidina Ali karramallahu wajhah
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Begitulah dunia sekarang.....jadi sebagai ibu dan bapa kenalah menyediakan kemudahan2 di dalam rumah.
ReplyDeleteAnak dah sekolah sibuk pula dengan internet...dengan youtube dan fb...kalau parents takde kat rumah tu kena buat janji dengan anak2...alhamdulillah sekarang dah pencen...
Apa2 semua depan mata blh tengok...lama sikit duk depan internet kena jenguk...kena berceramah sikit ttg apa yang tak elok dilihat...
Aduh...zaman teknologi ini, ibu bapa pun kena berteknologi juga.....
Alhamdulillah, seronok dapat pantau anak setiap masa. Tambah2 remaja zaman sekarang banyak pengaruh luar yg xsihat. Smg anak2 kita terpelihara ameen. Syukur mak ndak kita berpeluang untuk berteknologi ^^;
ReplyDeleteterima kasih di atas post ini ..bila anak makin besar terasa sungguh2 nak jadi suri rumah uruskan anak2 shj..bagaimana ye ibu2 yg bekerja pantau anak2 di rumah -nur
ReplyDeletePn.Nur,
ReplyDeleteSama-sama. Saya sekadar berkongsi :). Saya jadi suri rumah kerana suami tidak izinkan saya bekerja. Dengan adanya kelulusan ijazah mengundang tidak senang dgn status saya yang duduk rumah jaga rumahtangga saja. Namun begitu, jika kita fikirkan zaman sekarang ini pengaruh media dan rakan sebaya boleh merosakkan fikiran dan akhlak anak, memang sepatutnya seorang ibu memastikan yg terbaik untuk anak, didik anak di rumah dan tapis yg mana buruk untuk tidak masuk ke dalam fikiran anak. Maklumlah kalau dirumah ada tv dan internet mudah saja pengaruh negatif dapat diakses. Jika ibu yg bekerja saya tak tahu bagaimana mereka memantaunya, mungkin anak2 tidak berada di rumah tetapi dihantar ke pusat jagaan atau ke tempat tusyen. Jika anak saudara saya, bersekolah dari pagi sampai ke petang. Sebagai seorang hamba, marilah kita mohon perlindungan selalu kepada Allah, kerana kadang-kadang kita tak dapat 'me-mata-i' anak-anak setiap masa. Sampai masa tertentu, mungkin anak nanti akan masuk ke asrama. Kat situ rakan-rakan pula banyak mempengaruhi mereka. Sebagai seorang ibu, sejak anak kecik ni lah mulut kena rajin berbunyi selalu memesan dan mengajar anak untuk berakhlak mulia. Mudah-mudahan anak-anak akan ingat selalu. Haih panjang pula..saya ni pun Pn.Nur dalam proses belajar menjadi ibu yang mithali. Terima kasih kerana sudi beri komen ^^;.