Thursday, March 29, 2012

Terapi di rumah


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Semalam selipar anak-anak hilang. Saya cari merata-rata tapi tak jumpa. Cuba intai dalam longkang rumah sebelah, sah ada kat situ. Dah tahu ini kerja siapa. Senyum sorang diri..

Gambar kereta di atas dilukis oleh ummi dan diwarna oleh Nashrul. Lukisan abstrak (contengan hitam) itu pula dihasilkan oleh pelukis yang tidak asing lagi iaitu Fathul..kekeke. Minggu lepas saya membeli krayon baru memandangkan si kembar sukar memegang pensel warna dengan baik. Krayon lebih bebas. Selain itu stamp berbentuk binatang, penebuk lubang corak bunga dan puzzle gambar binatang. Semua ini atas idea sendiri untuk latihan motor halus si kembar dan melatih konsentrasi mereka agar lebih memusat. Hasilnya, okeylah walaupun Nashrul hanya main sekejap lepas tu sibuk dengan kereta mainannya. Jika tiada kereta mainannya, Nashrul akan tertidur. Fathul pula masih dengan masalah kurang sabar dan perlukan latihan yang lebih lagi untuk mendidik sikap sabar dia tu. Untuk anak-anak yang kurang tumpuan, jangan sesekali buat aktiviti di depan tv. Lakukan dalam bilik yang tiada gangguan bunyi. Untuk speech therapy Fathul pula, sangatlah sukar kerana saya cuba mengasingkan Fathul daripada abangnya namun mana mungkin. Satu masalah ketara Fathul ialah cemas dan mengikut gerak hati tanpa berfikir dahulu. Untuk masalah ini, saya masih berfikir dan mencari therapy yang sesuai. Semoga Allah membantu insyaAllah.

No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.