Wednesday, January 30, 2013

Ikan bakar ala sekinchan

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Semalam saya masak ikan puyu bakar guna resepi ikan bakar ala sekinchan. Umphh..memang sedap. Gambar tak sempat snap sebab semua dah kelaparan nak makan. Untuk tak lupa resepi ikan bakar ni, saya copy paste kat sini. Terima kasih kepada qasehhoney.blogspot.com.

IKAN BAKAR ALA SEKINCHAN


SAMBAL IKAN BAKAR
Bahan2
1 – 2 helai daun kunyit*
3 batang serai*
2inci kunyit hidup*
2 inci halia*
3 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
RM1.00 udang kering @ geragau* (*dikisar bersama)
20 – 25 biji lada kering – dikisar berasingan
Asam Jawa
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa


Caranya
Tumiskan bahan kisar sehingga garing dan wangi.
Masukkan pula cili yang telah dikisar dan tumis sehingga terbit minyak.
Masukkan air asam jawa dan kacau rata.
Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
Setelah mendidih, masukkan sedikit air dan tunggu sehingga masak.
Setelah masak bahagikan sambal kepada 2 bahagian.

CARA MEMBAKAR IKAN
Bahan2
Sambal ikan bakar
Daun pisang
Aluminium foil


Ambil separuh sambal ikan yang telah diasingkan tadi. Sediakan kuali leper dan panaskan kuali terlebih dahulu.
Sediakan aluminium foil dan daun pisang untuk membalut ikan.
Letakkan ikan di atas daun pisang dan siramkan sambal ikan tadi di atas ikan yang hendak dibakar dan balutkan dengan aluminium foil.
Kemudian letak di dalam kuali leper tadi.
Bakar dengan api perlahan sehingga masak.
Alihkan ikan bakar tadi ke atas pinggan hidangan, kemudian tuang baki sambal tadi ke atas ikan yang telah dibakar.

Tuesday, January 29, 2013

Januari bulan demam

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Hari ni ada sambutan maulidurrasul kat sekolah. Tapi Nashrul demam, so dua-dua abang dan adik tak pergi sekolah. Pagi tadi kali ke tiga dalam bulan Januari saja pergi hospital. Doktor cakap, biasala bila first time terdedah kepada komuniti luar, kanak-kanak akan mudah berjangkit. Bila selepas 6 bulan persekolahan biasanya akan ada gap yang lebih jauh untuk mendapat jangkitan yang seterusnya. So, doktor pun tak nak bagi antibiotik. Erm..kenalah banyak bersabar lepas ni anak akan kerap demam, batuk dan selsema. Selama ni dorang banyak tinggal kat rumah so jarang tak sihat. Lepas balik dari hospital, twins merengek nak melencong ke tempat lain. Tapi saya berkeras cakap tak boleh sebab saya tahu mereka perlukan rehat. Kalau ikutkan mereka, mahu main saja. Sampai rumah, saya bagi makan dan Nashrul terus tertidur. Rumah adalah tempat terbaik untuk R&R (rehat dan rawat). Di rumah, barulah Nashrul duduk diam kalau nak makan. Kalau pergi tempat lain, dia rela tak makan sebab nak main. Itulah budak-budak. Semoga Allah memberikan kesembuhan yang cepat untuk anak-anak dan esok boleh pergi sekolah insyaAllah.

Friday, January 25, 2013

Play outdoors

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Its very important for kids to play outside- always try to limit the amount of tv they watch and the time they spend using electronic gadgets such as ipads, ipods and computer games. There is so much in nature for kids to explore!

source: Jordan speech therapy

Thursday, January 24, 2013

Seorang yang hebat

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Hari ni sangat letih. Lepas anak-anak tido lepas maghrib tadi, letih tu tiba-tiba hilang hehe. Pergi dapur buat roti telur sebab tak ada selera makan nasi. Makin hari makin tak ada selera makan. Perjalanan masih jauh, masih berbaki 10 minggu.Semoga Allah memberi kekuatan dan kesihatan ameen.

Semalam, bawa anak-anak ke usrah. Murobbiyah bercerita mengenai Imam Hassan al-Banna. Biarpun sudah selalu mendengar cerita tentang beliau, saya selalu kagum setiap kali mendengar kisahnya. Keperibadian beliau sangat hebat. Bapanya sejak kecil lagi mendoakan Hassan al-Banna menjadi anak yang soleh. Imam Hassan al-Banna telah mengasaskan jemaah Ikhwan Muslimin ketika usianya baru 23 tahun. Muda lah sangat. Kita pada usia itu masih mentah. Masih mengharapkan keluarga. Bagaimana dengan anak-anak kita nanti? Harapan kita itu adalah doa kita sebenarnya.

Cerita yang terkesan di hati ialah mengenai ayah Hassan Al-Banna iaitu Sheikh Ahmed Abdul Rahman al-Banna. Beliau juga merupakan ilmuan islam. Semasa hayatnya, beliau menyaksikan kehidupan anaknya sejak ia dilahirkan hinggalah anaknya itu meninggal dunia. Imam Hassan al-Banna telah meninggal pada usia beliau 43 tahun dalam satu pembunuhan yang dirancang oleh pihak kerajaan. Pada malam beliau ditembak dengan 7 das tembakan, beliau masih boleh berjalan dan menghubungi hospital. Di hospital, beliau tidak dibenarkan menerima rawatan dan akibat tumpahan darah yang banyak, akhirnya beliau syahid.

Polis telah membawa jenazah as-syahid ke rumah bapanya dan meminta bapanya membuat pilihan samada memandikan jenazah anaknya tanpa sebarang perhimpunan atau polis sendiri yang menghantar anaknya ke perkuburan tanpa beliau melihat jenazah anaknya. Ayah asy-syahid memilih untuk memandikan sendiri jenazah anaknya. Beliau memandikannya seorang diri. Bolehkah anda bayangkan perasaan seorang ayah pada waktu itu? tak dapat saya bayangkan. Polis mengawal sekeliling rumah dan tiada siapa melihat jenazah di bawa masuk dan tiada siapa mengetahui bila jenazah dikebumikan. Pada ketika itu, usia ayah asy-syahid ialah 90 lebih. Beliau meminta polis mencari beberapa orang untuk mengusung jenazah tetapi polis menyuruh beberapa orang wanita yang ada di dalam rumah tersebut untuk mengusung jenazah. Jadi, ayah asy-syahid telah mengusung jenazah bersama dengan beberapa wanita yang ada ke masjid. Di masjid, ayah asy-syahid menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu seorang diri. Selepas itu, barulah jenazah diusung ke perkuburan untuk disemadikan.

Semua orang mahukan anak sendiri menjadi anak yang soleh, tetapi tidak ramai yang sanggup tahan melihat anak menderita kerana memperjuangkan agama. Sanggupkah kita melihat anak yang kita sayang ditatang dimanja hidupnya tidak seperti orang lain. Hidupnya penuh ujian kerana ummat seperti asy-syahid Imam Hassan Al-Banna. Pendek kata, asy-syahid Imam Hassan al-Banna hebat kerana beliau terbit dari sebuah keluarga yang juga hebat.

Monday, January 21, 2013

Keperluan makan sayur dan buah

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Petang tadi, Nashrul tidur lama sangat. Akibatnya, dia tak boleh tidur awal malam ni. Sambil-sambil tunggu si Nashrul tidur, wat satu entry dulu. Kira untuk mr.hubby berapa banyak dia perlu makan buah dan sayur dalam satu hari. Mudah-mudahan mr.hubby lebih bermotivasi ameen. Anda boleh kira jumlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang diperlukan dalam sehari di sini: How Many Fruits and Vegetables Do You Need?


Fruits and Vegetables Recommendations
*You should eat about:

2.5 cups of fruit and 4 cups of vegetables every day based on your age ( 31 ), sex ( male ), and level of physical activity ( more than 60 minutes ).

What Counts as a Cup?




Anak-anak buah

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Anak-anak buah baru 4 bulan tinggal di Cardiff. Sekarang kat sana musim winter. Inilah kali pertama mereka jumpa snow kat belakang rumah di sana. Budak Malaysia hok darat hehe. Sejak tinggal kat sana, anak-anak buah makin montel.






Friday, January 18, 2013

Mengurangkan kolesterol

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Hari ni masa pulang dari ambil anak di sekolah, saya beli buah betik sebiji harga RM4. Penjual tu bagi percuma sebiji buah betik yang kecik. Selain tu beli juga air nenas. Buah betik dan nenas adalah antara buah yang boleh reduce kolesterol. Tapi perlu istiqamah makan buah-buah selalu baru mujarab. Sayur dan buah boleh menyerap kolesterol yang tidak baik dalam darah. Sebab tu kita perlu amalkan pemakanan seimbang. Makanan yang sedap-sedap seperti seafood, ayam, daging, telur jika berlebihan menyebabkan kolesterol yang tidak baik meningkat dalam darah. Yang bagusnya makan ikan kerana ikan mengandungi omega 3.






Thursday, January 17, 2013

Keberkatan berpagi-pagi

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


"Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ."(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Berpagi-pagi
Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yg berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس '
Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan Oleh
Al-Baihaqi)


Oleh itu para fuqaha' menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar: 'Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal.'

Dan dalam hadith:
'اللهم بارك لأمتي في بكورها' (Ya Tuhanku, berkatilah umatku yg berpagi-pagi) [Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya]. Disebutkan ulama' bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yg berjaga malam utk qiyam dsb.


"Demi waktu fajar ( Al-Fajr : 1 )

باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح'
Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan.
Diriwayatkan Oleh At-Tabarani


Artikel asal: http://www.iluvislam.com/fotografi/lensa-hati/1797-fajar-di-angkasa.html

Wednesday, January 16, 2013

Lempeng oat

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Alhamdulillah, hari ini anak-anak pergi ke sekolah dengan senyuman yang manis. Siap babai ummi lagi. Lebih baik dari semalam. Sebelum tu saya sempat buat sarapan lempeng oat. Sebenarnya resepi ni dicipta khusus untuk incik suami hehe tapi Nashrul yang makan banyak. Fathul langsung tak nak cuba. Fathul lebih gemar makan nasi. Oat baik untuk kesihatan jantung dan untuk mengurangkan kolesterol dalam darah. Lempeng oat ni dimasak menggunakan minyak zaitun dan dicicah dengan madu mesir. Madu ni sangat best. Ia sudah siap dicampur dengan air zam zam dan habbatus sauda.




Tuesday, January 15, 2013

Upah aiskrim

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Hari ni anak-anak tak menangis masa ayah hantar kat sekolah. Balik rumah ummi bagi upah paddle pop satu sorang. Sebenarnya Nashrul yang mintak kekeke. Untuk meraikan mereka awal-awal ni, ummi belikan la. Semoga anak-anak makin rajin ke sekolah ameen.







Friday, January 11, 2013

Klinik lagi

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Malam tadi berjaga malam tengok-tengokkan si Nashrul yang demam. Suhu badannya tinggi sampai meracau-racau. Pagi ni bawa si Nashrul ke klinik semula, si adik pun sibuk nak mengikut sama. Tak pergi sekolah lagi lah hari ni. Bawa twins ke klinik ni kena sabar banyak-banyak. Kalau bawa dua-dua ke mana-mana tanpa ditemani suami, kena banyakkan doa agar Allah beri perlindungan dan kemudahan dalam urusan. Biasanya, anak-anak lebih behave kalau ayahnya takde. Doktor tukar antibiotik yang lebih kuat, kena makan sampai hari ahad. Kalau hari ahad masih demam, kena bawa Nashrul check darah.

Thursday, January 10, 2013

Klinik Keluarga (siri 6)

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Tajuk: Menyemai cinta anak-anak kepada Rasulullah
Tarikh: 26 Januari 2013
Tempat: Dewan Muktamar,Menara Pusat Islam KL
Masa: 8 am- 1 pm
Yuran: PERCUMA

Tidak dinafikan kanak-kanak islam sekarang walaupun tggal di negara yang majoritinya islam tapi mereka terlebih dahulu mengenali dan mencintai kartun seperti spongebob, lightning mcqueen, spiderman, batman, transformers, boboiboy, upin ipin dan banyak lagi. Hampir semuanya hasil ciptaan orang kafir dari barat. Semua tu boleh disaksikan depan mata. Buka cd, buka tv nampak. Anak-anak pun mudah jatuh cinta. Bagaimana kita nak memperkenalkan Rasulullah yang kita tak nampak depan mata kepada anak-anak? apatah lagi untuk menyemai rasa cinta anak-anak kepada Rasulullah. Sesuatu yang mencabar tapi kalau kita sebagai ibubapa tak berusaha bersungguh-sungguh, manakan mungkin ia menjadi. Ramai remaja yang kenal, tahu tapi cinta dan sayang tu belum tentu. Semoga kita lapangkan masa untuk hadiri majlis ilmu seperti ini.

Wednesday, January 09, 2013

Airmata anakanda

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Hari ni anak-anak pergi sekolah dengan hidung yang meleleh selsema dan batuk-batuk. Kesiannya anak ummi. Sampai di sekolah, wah hebat sungguh anak-anak menangis tak mahu masuk. Bergusti la cikgu dengan twins. Ummi keluar pagar cepat-cepat then balik. Kesian memang kesian. Tapi anak-anak tetap kena pegi sekolah. Huhu. Semoga Allah beri kelapangan pada hatimu nak, ameen.


Anda boleh baca lebih lanjut di http://www.excelqhalif.com/2012/10/02/4-tahap-mendidik-anak-cara-rasulullah-s-a-w/

Tuesday, January 08, 2013

Sayur tepi tingkap

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Bestnya kalau kat dapur rumah macam dalam gambar ni. Rasa nak masak asam pedas, buka tingkap je petik daun kesum. Nak masak nasi beriani, buka tingkap petik daun pudina. Kalau ada laman kat belakang pun best jugak. Tanam semua aneka jenis pokok rempah ratus. Kalau time hari makan nasi berlaukkan ikan panggang tawar dengan budu, buka pintu dapur petik pucuk putat atau pucuk tenggek burung. InsyaAllah, jika dimurahkan rezeki di masa akan datang.

Angin demam

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Pagi ni awal-awal pagi dah masak sarapan untuk Nashrul yang demam. Incik ayah juga demam, mc hari ni. Malam tadi incik ayah bawa Nashrul ke klinik after makan ubat yang sedia ada takde kesan. Ubat baru ada empat jenis. Pagi ni Nashrul makan dua jenis ubat saja. Dua lagi termasuk antibiotik dia tak nak. Dah dua hari la anak-anak tak pergi sekolah. Mudah-mudahan Nashrul and incik ayah cepat sembuh ameen. Fathul masih kebal lagi belum berjangkit tapi tiap-tiap malam rasa kesian dengar Fathul tido berdengkur. Rasa bersalah sebab tak rawat dia. InsyaAllah ummi n ayah akan bawa Fathul jumpa pakar ENT. Anak yang berdengkur boleh mengakibatkan masalah seperti makan lebih banyak, kurang cemerlang, hyperaktif, mudah marah, rendah IQ, letih, sukar menumpukan perhatian dll.

Monday, January 07, 2013

Ya Badratim (Wahai purnama)



wahai purnama
wahai purnama yang indah lagi sempurna
bagaimana
bagaimana nak ku luah dengan kata-kata
engkau menyinar di alam tinggi
di alam tinggi
terangi kegelapan dan kebatilan
denganmu alam bergemerlapan
bergemerlapan
zahir batin nur nikmat dan kemuliaan
selawat Allah ke atasmu selama lamanya
siang dan malam jua
siang dan malam jua selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu
mereka yang istimewa dan amat sempurna..

Sunday, January 06, 2013

My little munchkin demam

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Hari ni Nashrul demam. Batuk dan selsema juga. Makan pun tak lalu. Fathul selsema saja, makan tetap berselera. Mudah-mudahan cepat sembuh ameen. Dua hari sekolah, dorang bangun awal pagi. Sebelum pukul 6 pagi dorang dah bangun sendiri. Kat sekolah tak tahulah makan ke tidak, minum ke tidak. Balik dari sekolah mereka sangat2 dahaga dan sangat2 lapar. Kesian tengok. Itulah perubahan yang berlaku dalam hidup mereka. Banyak lagi ranjau berliku yang bakal kau tempuhi dalam khidup ini wahai anak-anakku. Tengahari tadi just masak 'mee kuah' khas untuk anak-anak tapi Nashrul makan sikit aje. Syafakallah sayang.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Saturday, January 05, 2013

Entry bosan

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Incik ayah ke KL bawa Nashrul sekali. Fathul tinggal dgn ummi kat rumah. Risau tengok Fathul ni seronok main sorang-sorang. Terasa juga nak spy kat sekolah tengok Fathul ni main sorang-sorang atau dia berkawan. Selalunya dia tak boleh ada ramai-ramai budak. First day ke sekolah fathul balik cakap 'aunty marah'. Second day, fathul balik cakap 'aunty marah fathul'. Itu ajelah yang dia cakap kalau tanya pasal sekolah.

Friday, January 04, 2013

Redha Allah

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Satu waktu, sudah lama sekali
Seseorang berkata dengan wajah sendu
“alangkah beratnya… alangkah banyak rintangan…
Alangkah berbilang sandungan.. alangkah rumitnya.”

Aku bertanya “lalu?”
Dia menatapku dalam-dalam, lalu menunduk
“apakah sebaiknya kuhentikan saja ikhtiar ini?”
“hanya kerana itu kau menyerah kawan?”
Aku bertanya meski tak begitu yakin apakah aku sanggup menghadapi selaksa badai ujian dalam ikhtiar seperti dialaminya
“yah… bagaimana lagi? Tidakkah semua hadangan ini petanda bahawa Allah tak meredhainya?”
Aku membersamainya menghela nafas panjang
Lalu bertanya, “andai Muhammad, Shallahllahu ‘Alaihi wa Sallam berfikir sebagaimana engkau menalar, kan adakah islam di muka bumi?”
“maksudmu akhi?”, ia terbelalak
“ya. Andai Muhammad berfikir bahawa banyak kesulitan bererti tak diredhai Allah, bukankah ia akan berhenti di awal-awal risalah?”
Ada banyak titik sepertimu saat ini, saat Muhammad bisa mempertimbangkan untuk menghentikan ikhtiar
Mungkin saat dalam rukuknya ia dijerat di bahagian leher
Mungkin saat ia sujud lalu kepalanya disiram isi perut unta
Mungkin saat ia bangkit dari duduk lalu dahinya disambar batu
Mungkin saat ia dikatai gila, penyair, dukun, dan tukang sihir
Mungkin saat ia dan keluarga diboikot total di syi’b Abi Thalib
Mungkin saat ia saksikan sahabat-sahabatnya di siksa di depan mata
Atau saat paman terkasih dan isteri tersayang berpulang
Atau justeru saat dunia ditawarkan padanya; takhta, harta, wanita…”
“jika Muhammad berfikir sebagaimana engkau menalar
Tidakkah ia punya banyak saat untuk memilih berhenti?
Tapi Muhammad tahu, kawan
Redha Allah tak terletak pada sulit atau mudahnya
Berat atau ringannya, bahagia atau deritanya
Senyum atau lukanya, tawa atau tangisnya”
“redha Allah terletak pada apakah kita menaati Nya dalam menghadapi semua itu
Apakah kita berjalan dengan menjaga perintah dan larangNya dalam semua keadaan dan ikhtiar yang kita lakukan.”
“maka selama di situ engkau berjalan bersemangatlah kawan…”

Source: Wanita Ikram WP


Thursday, January 03, 2013

Langkah pertama

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Alhamdulillah, baru lepas hantar anak-anak ke sekolah. Lepas hantar terus balik. Pukul 12 pm karang pergi ambik dorang plak. Hari ni hari pertama dorang pi sekolah. Kat sekolah tu takde homework and takde papan tulis pun. Hopefully twins enjoy jer.

Tahun ni anak-anak masuk 5 tahun. Semoga bertambah cerdik dorang ameen :).

5-year-old developmental milestones

Social skills for 5-year-olds
•knows right from wrong
•doesn't use adult logic
•plays make-believe
•likes to play with friends rather than alone
•plays with both boys and girls but prefers the same sex
•seeks praise from adults and peers
•wants to conform and may tease those who don't

Motor skills for 5-year-olds
•walks on a balance beam
•runs in an adult manner
•can jump rope and possibly skate
•bounces and catches a small- to medium-sized ball
•stands on one foot for 10 seconds without swaying
•jumps over string 10 inches off the ground using two-footed takeoff and landing
•completes three sit-ups
•kicks ball so it travels 10 feet in the air
•can lace his shoes but not tie them
•grasps a pencil in an adult manner
•cuts and pastes basic shapes, colors within lines

Language skills for 5-year-olds
•speaks fluently and uses correct pronouns and plurals
•uses the right tense most of the time
•understands opposites
•seeks out new words and knowledge

http://www.sheknows.com/parenting/articles/816770/Your-5-year-old-Development-behavior-and-parenting-tips

Wednesday, January 02, 2013

Khasiat ikan keli

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Hari ni takde idea nak masak lunch apa. Sat gi nak berperang di dapur barangkali masak lomak cili api ikan keli. DUlu-dulu saya memang geli dengan ikan keli sebab dari kecik memang tak pernah makan ikan keli. Tapi sekarang memandangkan khasiatnya bagus untuk otak anak-anak dan sihat untuk jantung, saya mula membiasakan diri. Alhamdulillah si kembar suka sangat makan ikan keli.


"Technology Park Malaysia (TPM) menerusi penyelidikannya mendapati ikan keli atau nama saintifiknya, Clarias gariepinus, mempunyai kandungan Omega-3 pada kadar 0.51 gram bagi setiap 100 gram, jauh lebih tinggi berbanding kandungan Omega-3 dalam ikan salmon (0.20g/100g), mackerel (0.10g/100g) atau trout (0.40g/100g). Kadar lemak dalam ikan keli (9-12 peratus) juga didapati antara yang tertinggi di kalangan mana- mana ikan air tawar atau masin, sama ada yang hidup di perairan tropika atau kawasan beriklim sederhana."

"Ikan keli ini juga baik untuk pertumbuhan otak dan pembesaran kanak-kanak, kerana kandungan DHA yang terdapat di dalamnya. Ini kerana otak manusia memerlukan lebih daripada 20 gm DHA. Tahap DHA yang rendah berkait rapat dengan paras serotonin rendah yang boleh mengakibatkan tekanan jiwa. Pengambilan Omega yang terdapat di dalam ikan keli ini mempunyai banyak kelebihan dan banyak kebaikanya."

Artikel yg berkaitan:

1) http://smgr1991.blogspot.com/2009/11/lebih-omega-3-daripada-ikan-keli.html#!/2009/11/lebih-omega-3-daripada-ikan-keli.html

2) http://idanradzi.blogspot.com/2011/08/khasiat-ikan-keli.html

3) http://sempadangemilang.com.my/blog/category/khasiat-ikan-air-tawar/