Thursday, February 21, 2013
Moga cepat sembuh
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Pagi tadi dalam pukul 5.30 am, Fathul bangun tidur. Badannya panas. Oh tiba2 je demam, semalam aktif macam biasa je. So, saya cakap kat en.ayah Fathul tak leh gi sekolah hari ni. Masa dia nak duduk pakai seluar, nampak dia kesakitan. Erm, ni mesti sebab main lompat2 dengan Nashrul semalam. Demam urat agaknya. Lepas Nashrul gi sekolah, tinggal Fathul sorang. Lepas sarapan, bagi dia ubat dan urut kakinya dengan minyak but-but. Urut dari kaki hingga ke peha. Dalam pukul 10 am, badannya dah kurang panas. Semoga Allah sembuhkan cepat teddy bear ummi ni supaya esok boleh ke sekolah cam biasa ameen.
Wednesday, February 20, 2013
Bicara pagi
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana hari ni masih diberi peluang untuk menghirup udara segar di pagi hari sambil melihat senyuman anak-anak di atas kereta berangkat untuk ke sekolah. Teringat kepada anak-anak, bukan mudah hendak disiplinkan mereka. Tambahan pula kalau kita selalu nak bandingkan dengan anak orang lain yang sebaya. Saya teringat bicara seorang ustazah dalam radio, "Ibubapa ni selalu tak bersabar dengan anak-anak. Kalau suruh anak buat sesuatu, dan-dan tu juga kita nak mereka buat. Padahal kita ibubapa pun sama juga. Bila anak minta kita buat sesuatu, kita bukan buat on time pun." Betul juga kata ustazah. Manusia memang bersikap tergesa-gesa. Kalau kita ajar anak buat sesuatu perkara, kita nak mereka cepat-cepat pandai. Kalau mereka buat acuh tak acuh, mula la nak melenting. Mudah-mudahan saya sentiasa ingat, anak-anak 0-6 tahun adalah masa untuk kita mencurahkan kasih-sayang kepada mereka. Bila menginjak usia 7 tahun, kaedahnya akan berubah. ADakah kita tak boleh marah anak langsung? Saya teringat perbincangan dalam FB. Mendidik anak mejadikan kita mahir dalam psycology. ADa jenis anak, apabila kita berbuat baik kepada mereka, dia akan memanipulasi balik kebaikan yang diberi oleh ibubapanya. Anak macam ni jenis banyak akal. Macam-macam perangai anak ni yer. Kalau dua beradik kembar tu pun, perangai berbeza-beza. So, kita kena pandai guna psycology. Kaedah menangani dan mendidik perlu mix and match. Kena pandai-pandai ikut situasi. Kat sini, kita tahu yang kita sangat lemah dan masa ni lah yang kita rasa hanya kepada Allah sajalah tempat kita bergantung. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberi ilham kepada kita dalam setiap tindak tanduk dan melindungi keluarga kita daripada api neraka.

Kita tak boleh "undo" segala perkara negatif yang telah masuk dalam diri kanak-kanak melalui persekitaran mereka tetapi kita boleh "add in" banyak perkara positif supaya perkara negatif yang dah masuk dalam diri anak2 kita tidak menjadi dominan.
Sebagai Ibu Bapa Kita harus memainkan peranan untuk membimbing dan memberitahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan serta rasionalnya dan jangan hanya membiarkan anak2 menerima sesuatu perkara negatif itu sebagai sesuatu perkara yang dibenarkan. Terutamanya adegan2 yang dipaparkan di tv. Jika tak dapat elak dari mereka menontonnya, berada bersama mereka untuk beritahu perkara yang boleh diikuti dan tidak serta mengapa... -Islamic Parenting Network
Tuesday, February 19, 2013
Khasiat teh daun raspberry
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Hurm banyak ni pilihan sumber natural untuk diamalkan bagi memudahkan bersalin. Ikhtiar..yang menentukan hanya Allah. Antaranya yang saya jumpa minyak kelapa, evening primrose oil (EPO), akar/sanggul fatimah dan daun raspberry yang dibuat teh. Ari tu jalan-jalan jumpa bio-selusuh minyak kelapa dara. Harga dia boleh tahan mahal dalam ringgit enam puluh lebih. So tangguh beli dulu. Masih belum decide memandangkan kandungan masih awal. EPO pulak banyak baca testimoni memang berkesan untuk soften servix (so mengurangkan koyakan). Akar fatimah maybe tak beli sebab duduk baca-baca testimoni, ramai yang xconfirm keberkesanan dia. So tak teruja. Teh daun raspberry pula mempercepatkan kontraksi masa bersalin wallahu'alam. Teh ni jumpa agak murah decide akan beli juga harga dalam RM28. Jumpa kat sini http://roydotcom.wordpress.com/2011/02/23/raspberry-leaf-tea-untuk-mudahkan-bersalin/.
Antara khasiat raspberry leaves tea:
1. Memudahkan menghadapi gejala lemah di waktu pagi ( morning sickness )
2. Mencegah gusi dari berdarah terutamanya untuk wanita mengandung
3. Mengendurkan otot-otot di sekitar pangkal rahim (uterus) dan pelvis ketika “contraction” bagi membantu proses kelahiran bayi dan juga plasenta. Ia juga mengurangkan pendarahan berlebihan selepas bersalin.
4. Menenangkan rahim ketika peringkat terakhir menunggu kelahiran.
5. Kaya dengan zat besi, kalsium dan magnesium yang mana kandungan magnesium amat membantu dalam menguatkan otot rahim. Ia juga mengandungi vitamin B1, B3 dan E yang amat berguna dalam proses kehamilan.
6. Membantu kesuburan, meningkatkan kandungan susu ibu, mengatur kitar haid, mengurangkan demam dan cirit birit.
Ibu-ibu yang mengandung boleh meminumkan sejak minggu ke 37. Boleh minum sebanyak 1 gelas sehari dan 2-3 gelas sehari pada minggu ke 39 dan juga boleh minum sebelum ke “labour room”.
source:http://roydotcom.wordpress.com/2011/02/23/raspberry-leaf-tea-untuk-mudahkan-bersalin/
Monday, February 18, 2013
Hb rendah
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Hari ni antenatal check up @ 32 week. Hasil blood test, saya kekurangan haemoglobin. Patutla asyik rasa over tired, tak lalu makan dan loya-loya. Doktor sarankan makan hati,limpa,kerang dan bayam. Tapi saya tak makan organ dalaman. Doktor bagi iberet folic untuk bagi hb naik. Hopefully naiklah hb lepas ni ameen. Berat baby 2.4 kg dan kedudukannya melintang. Sepatutnya kepala baby kat bawah. Lepas ni pusing biar betul yer baby. Lepas siap jumpa doktor, singgah kejap kat pkns beli buku aktiviti untuk anak2. Balik rumah makan sikit je sebab tak lalu makan.

Thursday, February 14, 2013
Ais krim
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Setiap hari balik dari sekolah, Nashrul akan mintak nak beli ais krim. Kadang-kadang sampai nangis2. "ABang lapar, abang nak makan ais krim". Sedih bunyinya. Lapar la tu. Hurm, tapi takkan la setiap hari nak beli ais krim. Budak-budak ni tak boleh diajar nak ikut kepala dia aja. Terfikir juga nak buat ais krim sendiri. Rajin dengan tidak saja. Tepek dulu resepi ais krim. Kalau rasa rajin buat. Kalau rasa malas, beli je lah kat kedai yang seringgit seketul tu :).
(sumber: DISINI)
Bahan-bahannya:-
2 cawan susu perisa coklat (atau perisa lain yang anda suka)
2 cawan coffemate
Cara-caranya:-
1. Campurkan susu dan coffemate kedalam bekas mixer.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga campuran susu kelihatan gebu
3. Masukkan kedalam bekas bertutup dan masukkan kedalam tempat beku selama 3-4 jam.
4. Apabila ia hampir separuh beku, keluarkan aiskrim tersebut dan kemudian masukkan semula kedalam bekas mixer dan putar lagi sehingga ia gebu (dalam 10-15 minit rasanya).
5. Bila sudah nampak gebu.....masukkan semula kedalam bekas bertutup tadi dan masukkan kedalam tempat beku.
6. Biarkan semalaman sebelum boleh dimakan.
Nota:-
- Untuk lebih rasa coklat, anda boleh cairkan sedikit coklat masakan dan campurkan kedalam susu coklat.
- Tak perlu masukkan gula kerana susu dan coffemate sudah manis.
- Untuk perisa lain, anda boleh guna susu perisa strawberry. Jika hendak buat aiskrim perisa durian, guna susu putih dan kemudian blenderkan isi durian bersama susu.
- Anda boleh masukkan 1 sudu teh gelatin sayuran halal yang telah direndam dengan sedikit air dalam bancuhan susu supaya aiskrim tidak mudah cair apabila dihidangkan dan ia lebih gebu
Wednesday, February 13, 2013
Siapkan barang baby
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Minggu lepas Nashrul dah dua malam tidur bebas dari pakai diaper. Pukul 3 am, saya kejut dia untuk pergi toilet. Tapi malam tadi saya terbabas bangun dekat pukul 4 pagi, seluar Nashrul dah basah huhu. Malam ini kena letak pelapik getah atas tilam. Bila Nashrul dah berjaya, barulah train Fathul pula. Tak boleh dua-dua sekaligus.
Pagi ni Nashrul sumbat bantal dalam beg sekolah sampai tak boleh zip beg sekolah tu. Dia nak bawa bantal tu ke sekolah. Bila ummi and ayah cakap tak boleh, dia akur. Macam-macam gelagat anak ni. Sebelum ke sekolah bergaduh dulu. Bergaduh, main, bergaduh, main..kemudian gaduh lagi. Begitulah kehidupan anak-anak sampai ke suatu masa, insyaAllah mereka akan lebih matang dan tak bergaduh lagi. Yang penting ibubapa perlu banyak bersabar dan jangan cepat melenting. Begitu juga kalau anak yang suka mengamuk. Ibu bapa kena keep cool. Peringatan untuk diri sendiri, anak-anak akan meniru personaliti/peribadi ibubapa.
Pagi ni juga saya merajinkan diri untuk selongkar dan siapkan barang-barang untuk baby baru. Baby baru (insyaAllah) tapi barang2 untuk kamu nak semuanya barang2 lama. Oleh kerana baby baru dijangka baby boy juga, jadi tiada sebarang barang baby baru yang dibeli. Baby guna je barang abang2nya. Baju, bantal, semuanya...dah sedia ada. Botol susu tak perlu, buaian tak perlu. Kali ni baby akan lebih natural. Cumanya..ada satu barang yang encik ayah terfikir nak beli iaitu katil baby memandangkan abang-abangnya buas, suka main kejar-kejar, jadi bahaya kalau letak baby kat bawah. Semoga Allah memudahkan segala urusan selepas ini dan apa yang paling penting saya dapat bersalin secara natural dan dapat berpantang sebaik mungkin ameen.

Thursday, February 07, 2013
Coret-coret...
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Alhamdulillah pagi ni masih terasa sejuk seperti semalam. Langit mendung gitu. Pagi tadi anak-anak sarapan roti sebelum ke sekolah. Sebelum dorang pergi sekolah rancang nak buat kerja rumah sikit. Biasa la kat rumah mesti ada je benda yang nak buat. Ada saja kerja rumah. Tapi terasa berattttt la pulak nak ke hulu ke hilir mengemas. Tu belum masuk dapur untuk masak lagi. Kalau buat kerja-kerja rumah ni, pukul 11.30 am karang termengah-mengah nak drive ambik anak dari sekolah. Sekolah pulak boleh tahan jauh. Kalau drive slow, dalam 25-30 minit jugak la. Semput jugak la dalam keadaan perut boyot macam ni. Sekarang dah 31 mggu. Tapi ramai yang menegur perut besar siap tanya kembar lagi ke. Huhuhu. Doktor kata air ketuban yang banyak. Kata makcik2 yang dah ada pengalaman, kalau air ketuban banyak..senang nak bersalin. Yang paling penting, rasa sihat. Jangan over-tired. Boleh mengurus anak-anak bila dorang balik sekolah nanti. Semalam, masa ambik twins kat sekolah, cikgu bagitahu dia asingkan Nashrul dan Fathul dalam kelas yang berlainan. Ada perubahan kata cikgu. Barulah dorang nak duduk, dengar cakap. Kalau duduk dalam kelas yang sama, makin menjadi-jadi dorang nih kata cikgu. Ikut cikgu lah cikgu nak buat macam mana..saya faham benar anak2 saya tu macam mana. Asalkan dorang rajin nak pergi sekolah and learn something new everyday. Sekarang Fathul balik sekolah dia suka baca bacaan dalam solat. Alhamdulillah bagus la tu. Kat sekolah ada solat dhuha setiap hari. Solat camp pulak on March and sports day pulak tunda ke bulan April. Tak sabar ummi nak tengok anak ummi main sukan. Sekali masa tu dalam pantang takleh tengok huhu.

Wednesday, February 06, 2013
Kesan marah kepada anak
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Terkebil-kebil mata bulat Maira melihat ayahnya mengamuk sebaik saja pulang dari pejabat. Dia tidak tahu apa yang menyebabkan ayahnya naik angin pada petang itu. Muka ayahnya masam, agaknya lebih masam dari cuka. Terhenti niat Maira untuk bermain-main dengan ayahnya sebagaimana biasa di waktu petang. Dia tidak berani mendekati ayahnya yang seperti singa betina apa lagi untuk bersuara. Dalam hatinya tertanya-tanya…
"Salah akukah kerana menyepahkan barang-barang mainan di ruang tamu?"
"Salah adikkah kerana menangis tak berhenti-henti?"
"Salah ibukah kerana asyik melayan adik yang menangis sehingga tidak sempat menyediakan minuman petang untuk ayah?"
Samada marah itu ditujukan kepada anak ataupun orang lain, ia bukanlah sesuatu pengalaman yang menyeronokkan apabila sikecil melihat ayah atau ibunya naik angin.
Apabila ibu atau bapa sendiri tidak suka anak mengamuk begitu juga anak. Mengamuk atau naik angin di depan anak-anak bukanlah tingkah laku yang wajar dilakukan oleh ibu atau bapa. Matthew McKay, seorang ahli saikologi dari Wright University di Berkeley, California (penulis “When Anger Hurt Your Kids”) berkata bahawa tingkah laku mengamuk itu boleh menyebabkan gangguan kepada jiwa dan emosi anak. Kajian menunjukkan bahawa tingkah laku mengamuk atau bergaduh di depan anak oleh ibu dan ayah boleh menyebabkan anak tersebut menjadi kurang empati.
Anak tersebut lebih cenderung untuk menjadi agresif dan depress jika dibandingkan dengan anak yang tinggal dalam persekitaran yang tenang di mana ibu dan ayah tidak mempamerkan atau bergaduh di depan anak. Selain daripada itu, anak tersebut juga akan menunjukkan kemunduran dalam bidang akedemik atau kurang menonjol ketika di sekolah disebabkan dia kurang berkemampuan untuk beradaptasi dengan persekitaran.
Menurut seorang lagi ahli saikologi, Robert Puff (penulis "Anger Work: How to Express Your Anger and Still Be Kind"), semakin muda usia anak, semakin besar kesan negatifnya. Dalam proses anak membesar, dia akan hilang kepercayaan (trust) terhadap ibu dan bapa.
Justeru itu ibu dan ayah, perasaan marah itu normal tapi cara kita menunjukkan kemarahan itu yang mungkin tidak normal dan memberi kesan yang negatif kepada orang-orang yang berada di sekeliling kita. Cubalah kawal kemarahan sebaik mungkin. Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah menyarankan beberapa tips untuk mengawal kemarahan. Di antaranya ialah…
~ Istighfar
~ Senyum
~ Melihat cermin untuk melihat bagaimana hodohnya rupa kita ketika marah.
~ Lambatkan tindak balas dan tarik nafas. Oksigen akan menenangkan fikiran.
~ Ta'awuz (auzubillah..)
~ Banyak minum air
~ Ambil wudhu
~ Tukar tempat
~ Pecahkan dengan melakukan aktiviti fizikal seperti senaman dan riadah.
~ Jaga pemakanan (orang yang suka makan daging merah cepat marah)
~ Memaafkan orang lain
~ Ingat mati
source:http://ibubapacemerlang2012.blogspot.com/2012/12/kesan-kemarahan-kepada-anak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+IbuBapaCemerlang+%28Ibu+Bapa+Cemerlang%29

Connection before correction
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Aris berusia 4 tahun. Selalu benar dia mengamuk. Kadang-kadang mengamuk tanpa sebab yang jelas. Apabila Aris mengamuk, Firdauslah yang selalu memujuk tetapi selalu berakhir dengan kekecewaan atau kemarahan. Isterinya, Aina sudah tidak kuasa lagi untuk memujuk Aris. Semakin dipujuk semakin menjadi.
Suatu hari, Firdaus bertemu dengan seorang rakan lamanya. Tidak disangka, rakan lamanya itu rupanya seorang doktor kanak-kanak. Firdaus menceritakan masalah yang dihadapi olehnya dan isteri tentang anak mereka, Aris.
"Aku dah tak tahu nak buat apa.. Kalau dia mengamuk, berjam-jam pujuk pun tak jalan. Masalahnya setiap hari memang dia akan mengamuk. Kadang-kadang aku sendiri tak tahu kenapa dia mengamuk" keluh Firdaus kepada kawannya.
"Masa dia mengamuk tu..cuba minta dia peluk kau. Aku pernah terbaca satu artikel yang ditulis oleh seorang ahli psikologi kanak-kanak tentang hal ini. Kau cubalah..mana tau kalau-kalau cara tu sesuai dengan Aris" kata rakannya itu.
Apabila Aris mengamuk, Firdaus terus melakukan seperti yang disarankan oleh rakannya itu. Firdaus menurunkan badannya untuk memandang tepat ke dalam mata Aris. Kedua-dua tangannya memegang bahu Aris.
"Aris..dengar ni..ayah nak cakap. Aris anak ayah. Ayah sayang Aris. Hari ni ayah nak minta Aris peluk ayah kuat-kuat."
Aris memandang ayahnya dengan sedikit rasa hairan. Selalu, ayahnya yang memeluk dia ketika dia mengamuk.
"Peluk ayah?"
"Ya, peluk ayah."
"Sekarang?"
"Ya, sekarang. Ayah perlukan pelukan daripada Aris sekarang"
Aris berhenti menjerit. Dalam sedu sedan, dia memeluk ayahnya kuat-kuat sebagaimana yang dipinta oleh Firdaus. Akhirnya Aris tenang berada dalam pelukan ayahnya. Anak dan ayah itu berpelukan seketika.
"Aris, terimakasih kerana memeluk ayah. Ayah sangat perlukan pelukan daripada Aris"
"Aris pun perlukan pelukan daripada ayah"
Sejak hari itu, apabila Aris mengamuk, dia akan memeluk ayahnya.
A primary principle of positive discipline is 'Connection before Correction'. Pelukan merupakan salah satu teknik untuk kita berhubung. Teknik ini mungkin berkesan kepada seseorang anak tetapi tidak berkesan kepada anak yang lain. Apa yang penting adalah ibu bapa memahami prinsip. Tidak susah untuk mencari teknik jika kita memahami prinsip.
source:http://ibubapacemerlang2012.blogspot.com/2012/12/ayah-perlukan-pelukanmu.html

Analogi mendidik anak (motivasi utk ibubapa)
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Membesarkan dan mendidik anak-anak adalah merupakan satu cabaran bagi ibu bapa lebih-lebih lagi dalam zaman yang serba serbi canggih seperti sekarang. Anak-anak bukan robot yang boleh kita programkannya untuk melakukan apa yang diarahkan. Ketika anak-anak masih kecil, kita melakukan segala yang termampu untuk memastikan mereka dapat yang terbaik bagi membantu mereka membesar menjadi manusia yang bertanggung jawab. Kadang-kadang proses membesarkan dan mendidik itu tidak menjadi selancar yang kita harapkan. Ibu bapa akan berasa kecewa apabila memikirkan anak-anak seperti tidak mendengar arahan. Lain yang disuruh, lain pulak yang mereka lakukan sedangkan sudah berkali-kali kita mengingatkan mereka tentang perkara yang sama. Ibu bapa kadang-kala hilang kesabaran apabila anak-anak tetap mengamuk walaupun sudah dididik bahawa mereka tidak akan mendapat apa yang mereka inginkan dengan mengamuk begitu.
Ibu bapa menjadi gusar namun kita harus cuba sedaya upaya agar tidak berasa kecewa dan berputus asa. Adalah normal apabila anak-anak perlu diberi peringatan berulang kali (mungkin berjuta kali) sebelum didikan itu meresap masuk dan menjadi sebati di dalam jiwa mereka. Ada dua analogi yang boleh membantu kita dalam memahami bahawa pentingnya kesabaran dalam membesarkan dan mendidik anak-anak.
Analogi pertama ialah analogi bahasa. Di dalam proses kita belajar bahasa asing, kesabaran dan pengulangan adalah dua elemen yang penting. Kita tidak akan menjadi mahir berbahasa asing tersebut jika hanya menghadiri kelas dua atau tiga kali sahaja. Ia akan mengambil masa bertahun sebelum kita mahir bercakap menggunakan bahasa tersebut. Walaupun cuma sepatah perkataan, ia tidak akan meresap masuk ke dalam ingatan jika kita mendengar sebutan perkataan itu cuma sekali sahaja. Ia perlu diulang berkali-kali, perlu didengar penggunaannya dalam perbualan dan kita perlu menggunakan perkataan itu dalam kehidupan seharian kita. Itu barulah dianggap kita betul-betul belajar bahasa asing tersebut.
Analogi kedua ialah analogi pokok. Membesarkan dan mendidik anak adalah seperti menanam sebatang pokok bermula daripada biji benih. Apabila biji benih disemai, ia perlu dijaga dengan teliti. Air dan cahaya matahari yang cukup perlu diperhatikan untuk memastikan biji benih itu bercambah. Apabila anak benih telah tumbuh, penjagaan harus diteruskan. Ia perlu disiram setiap hari dan diberi baja yang cukup bagi memastikan kesuburannya. Jika tidak, anak pokok tidak boleh hidup atau kalau hidup pun, pembesarannya mungkin terbantut. Sama juga dengan anak-anak kita. Mereka perlu disiram dengan tunjuk ajar dan dibaja dengan kasih sayang berulang kali untuk memastikan mereka membesar menjadi individu yang positif.
Kedua-dua analogi ini diharapkan dapat membantu kita melihat dan memahami bahawa tidak ada sebab untuk kita merasa gusar, terganggu dan tidak bersemangat jika anak-anak kelihatan seperti lambat belajar. Proses pembelajaran dan perkembangan memerlukan masa dan praktis. Seorang anak mungkin berkemampuan untuk memahami kenapa tantrum itu tidak positif tetapi dia memerlukan peringatan dan penjelasan yang berulang-ulang sebelum ia meresap masuk dan sebati dalam jiwanya.
Mungkin payah untuk kita menerima, memahami dan memaafkan apabila anak-anak membuat tingkah laku negatif yang sama berulang kali. Pergelutan ini adalah normal dan dilalui oleh hampir semua ibu bapa. Sama seperti anak-anak kita yang perlu belajar berkelakuan positif dengan praktis yang berulang-ulang, ibu bapa juga perlu belajar sacara praktis agar tidak menjadi terganggu apabila anak-anak membuat tingkah laku yang negatif. Ibu bapa yang mempunyai kefahaman dan kesabaran sertai tidak jemu-jemu mengajar dan mendidik anak-anak, di akhirnya akan menikmati segala usaha, ketelitian, titik peluh mereka terbayar apabila anak-anak membesar menjadi seorang insan yang berkualiti. In shaa Allah.
source: http://ibubapacemerlang2012.blogspot.com/2012/12/analogi-mendidik-anakmotivasi-buat-ibu.html

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)