Saturday, April 27, 2013

Berpantang

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Hari ni hari ke dua ibu Maryam datang menjaga dan merawat saya. Tapi dia balik hari. Datang pagi balik petang. Saya mengambilnya untuk tempoh seminggu. Seperti selepas bersalin kali pertama dulu, saya mengalami sedikit symptom baby blues cuma kali ini tidak terlalu ketara. Yang pertama dulu saya lebih sentimental hehehe...almaklumlah beranak kembar..hormone pun dua kali ganda lebih. Selepas 14 hari, hormone biasanya akan kembali stabil. Jika ada ibu yang mengalami symptom lebih dari 14 hari, perlu dapatkan rawatan. Di kalangan orang melayu, ia dipanggil gila meroyan.

Dalam tempoh berpantang ni, banyak benda yang saya rindui. Rindu masa waktu mengandung, rindu untuk baca al-quran, rindu untuk solat, rindu pada kawan2 usrah saya dulu, rindu masa2 saya bersama nashrul&fathul (skrg busy dgn qayyum huhu) dan rindu macam2. Rasa seperti lambat masa berlalu. Kalau boleh nak cepat2 habis berpantang. Oh masa, cepatlah berlalu :)).

Monday, April 22, 2013

Kembung

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Malam tadi, ibu saya dah berangkat pulang ke kampung halaman dengan adik pukul 8.30 malam naik bas. Pukul 7 am tadi, adik sms bagitahu mereka sudah selamat sampai di kampung. Mak saya datang sejak 6hb lagi. Kira-kira dua minggu dia di rumah saya. Hari ni pagi2 lagi misi klinik desa berbangsa india telefon suruh bawa baby qayyum pi ambil darah kat klinik. Tapi saya tak pergi pun. Minggu lepas dah tiga kali ambil darah check kuning, bacaan menaik. Kali keempat bacaan kuning turun mendadak. Saja je misi ni. Kesian kaki baby dicucuk2. Doktor dah cakap tak perlu repeat sebab selepas hari kelima, biasanya kuning akan menurun. Pastu ibu rogayah, bidan hospital datang untuk hari terakhir mandikan baby qayyum, mengurut dan menungku saya. Baby qayyum dari pagi asyik merengek sebab perut dia kembung. Selepas ibu rogayah mandikan dengan mandian herba cina , mengurut dan bedung baby qayyum, barulah dia diam dan tidur dengan sangat nyenyak.

Saturday, April 20, 2013

Berangan....

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Alhamdulillah..syukur kepada Allah, saya sudah selamat bersalin pada 15hb April yang lalu. Tapi tak dapat nak upload gambar coz hp saya rosak. Baby boy baru saya telah dinamakan Abdul Qayyum Farhan oleh ayahnya. Semoga menjadi anak yang soleh ameen.

Semasa saya mengandung, saya berangan saya dapat berpantang dengan selesa, tak payah buat kerja rumah, relax, semua kerja kemas, memasak, basuh baju, dan bla3...semua orang yang buatkan. Sebab masa bersalinkan anak kembar dulu, saya sangat penat menjaga anak kembar masa berpantang. Rupanya saya hanya berangan..ha ha ha..dah ada anak tiga mana boleh goyang kaki :-x.

Tuesday, April 09, 2013

Air nenas

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Esok tarikh EDD saya. Dua hari lepas ibu saya suruh makan nenas bila dah sakit untuk mengelakkan 'rengat'. Saya pun tak tahu rengat tu macam mana. Tapi saya mengidam sangat nak minum air nenas. Encik suami beli nenas madu kecik2 dua biji and saya pun potong kecik2 rebus buat air. Saya minum tengahari, malamnya saya rasa contraction. Esoknya saya minum lagi sebab dah buat stok air nenas simpan dalam peti. Memang sedap makan sekali dengan isi nenas. Sepanjang dua hari minum air nenas, saya rasa contraction. Lepas air nenas dah habis, contraction pun menghilang. Hurm..tak berani dah nak minum air nenas lepas ni. Semalam check up dengan gynae dia scan semuanya ok.  My gynae cakap, "Tunggu ajelah untuk natural birthing..kita jumpa di labor room". InsyaAllah..mudah-mudahan ameen.

Saturday, April 06, 2013

PRU 13

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

5 tahun lalu, saya bersalin pada 6 Mac 2008 di HKL. Dua hari kemudian, seluruh rakyat Malaysia keluar mengundi. Saya belum keluar wad lagi masa tu. Sekarang saya akan bersalin lagi pada musim PRU :) . Kali ini perang parti politik makin meriah. Tengok beledo (agar-agar) unik kat bawah ni..musim panas sekarang ni sedap kalau boleh makan yang sejuk-sejuk ni :).

Beledo bendera PAS (sumber)


Ini pulak, mahasiswa akhir tahun yang selain jadi pelajar, sibuk mengalahkan YB, my adik bongsu. Sibuk dia berkempen ke sana ke mari.
Pidato mahasiswa oleh Pengerusi GAMIS Pahang Ahmad Fatihi Makhtar sempena Pelancaran Gelombang Anak Muda TOLAK UMNO/BN Negeri Pahang dalam Siri Jelajah Traler Negara Berkebajikan PAS (sumber)

 

Wednesday, April 03, 2013

39 minggu

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Hari ni genap 39 minggu. Malam tadi beberapa kali rasa kontraksi yang ringan. Rasa macam period pain gitu. Tapi pagi ni semuanya hilang. Cuma rasa loya-loya yang tak hilang. Minggu ni giliran Nashrul pula yang mudah bangun dan cepat mandi. Bertukar shift dengan Fathul pula. Tapi Nashrul tak nak mandi air panas, dia nak mandi air sejuk. Keluar dari bilik air..dia menggigil-gigil...hurm..macam-macam ragam la anak ni.



Encik Puyu

Semalam encik ayah beli ikan puyu. Dah keluarkan dari freezer tapi takde idea nak masak ikan puyu ni macam mana.
 


Monday, April 01, 2013

Tunggu masa..

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Petang ni sangat boring. Nak mengemas berat badan pulak. Fathul sedang tidur lena. Nashrul keluar dengan ayahnya. Untuk hilangkan kebosanan, seperti biasa saya blog walking sana sini baca pengalaman orang bersalin. Macam-macam cerita ada. Ada yang tak tahan sakit sangat masa dekat nak bersalin, si isteri tarik rambut suami dia..hahaha lucu lah rasanya. Amboi gelak kat orang, nanti time saya sendiri nanti macam mana lah pula ya..semoga Allah permudahkan semuanya, amen. Jiran2 dan kawan2 pun dua-tiga hari ni dok tanya2 tak bersalin lagi ke..

Pagi tadi antenatal check up minggu ke 38. Ada lebih kurang 9 hari lagi EDD saya. Masih belum rasa apa-apa. Rasa tak selesa tu biasalah, tak sabar-sabar rasanya nak cepat2 bersalin. InsyaAllah, saya sudah persiapkan mental dan fizikal untuk berperang di labor room (ecehhh). Rasa takut tu, buang jauh-jauh. Itu pesanan kawan saya untuk menghadapi kesakitan masa datang gesaan (kontraksi). Kalau kita takut sebenarnya akan menambahkan lagi rasa sakit. Jadi, relax tu sangat penting. Robbi yassir wala tu'assir ameen3x.