Saturday, April 27, 2013

Berpantang

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Hari ni hari ke dua ibu Maryam datang menjaga dan merawat saya. Tapi dia balik hari. Datang pagi balik petang. Saya mengambilnya untuk tempoh seminggu. Seperti selepas bersalin kali pertama dulu, saya mengalami sedikit symptom baby blues cuma kali ini tidak terlalu ketara. Yang pertama dulu saya lebih sentimental hehehe...almaklumlah beranak kembar..hormone pun dua kali ganda lebih. Selepas 14 hari, hormone biasanya akan kembali stabil. Jika ada ibu yang mengalami symptom lebih dari 14 hari, perlu dapatkan rawatan. Di kalangan orang melayu, ia dipanggil gila meroyan.

Dalam tempoh berpantang ni, banyak benda yang saya rindui. Rindu masa waktu mengandung, rindu untuk baca al-quran, rindu untuk solat, rindu pada kawan2 usrah saya dulu, rindu masa2 saya bersama nashrul&fathul (skrg busy dgn qayyum huhu) dan rindu macam2. Rasa seperti lambat masa berlalu. Kalau boleh nak cepat2 habis berpantang. Oh masa, cepatlah berlalu :)).

No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.