۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Malam tadi, ibu saya dah berangkat pulang ke kampung halaman dengan adik pukul 8.30 malam naik bas. Pukul 7 am tadi, adik sms bagitahu mereka sudah selamat sampai di kampung. Mak saya datang sejak 6hb lagi. Kira-kira dua minggu dia di rumah saya. Hari ni pagi2 lagi misi klinik desa berbangsa india telefon suruh bawa baby qayyum pi ambil darah kat klinik. Tapi saya tak pergi pun. Minggu lepas dah tiga kali ambil darah check kuning, bacaan menaik. Kali keempat bacaan kuning turun mendadak. Saja je misi ni. Kesian kaki baby dicucuk2. Doktor dah cakap tak perlu repeat sebab selepas hari kelima, biasanya kuning akan menurun. Pastu ibu rogayah, bidan hospital datang untuk hari terakhir mandikan baby qayyum, mengurut dan menungku saya. Baby qayyum dari pagi asyik merengek sebab perut dia kembung. Selepas ibu rogayah mandikan dengan mandian herba cina , mengurut dan bedung baby qayyum, barulah dia diam dan tidur dengan sangat nyenyak.
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.