۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Alhamdulillah..syukur kepada Allah, saya sudah selamat bersalin pada 15hb April yang lalu. Tapi tak dapat nak upload gambar coz hp saya rosak. Baby boy baru saya telah dinamakan Abdul Qayyum Farhan oleh ayahnya. Semoga menjadi anak yang soleh ameen.
Semasa saya mengandung, saya berangan saya dapat berpantang dengan selesa, tak payah buat kerja rumah, relax, semua kerja kemas, memasak, basuh baju, dan bla3...semua orang yang buatkan. Sebab masa bersalinkan anak kembar dulu, saya sangat penat menjaga anak kembar masa berpantang. Rupanya saya hanya berangan..ha ha ha..dah ada anak tiga mana boleh goyang kaki :-x.
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.