Wednesday, July 13, 2011

Pukul anak??


Gambar: ~Nashrul mahu sujud tapi tak pandai~

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

sumber: SUZANA GHAZALI

Minggu lepas, ketika bercuti menjaga anak yang tak sihat, sempat saya tonton satu rancangan perbincangan keluarga berkaitan dengan kes pukul memukul. Isunya tentang suami pukul isteri juga tentang ibu bapa yang memukul anak-anak. Dalam perbincangan tersebut, ada pendapat ramai yang mengatakan boleh memukul jika untuk mengajar. Saya akui kebenaran pendapat tersebut cuma yang membuatkan saya tampil dengan isu kali ini ialah terlalu ramai yang keliru dengan pukulan mengajar ini. Malahan ada kes pukulan dengan tujuan mengajar bertukar menjadi satu bentuk penderaan fizikal. Satu yang amat dikesali dan ditakuti ialah anak-anak yang dipukul konon dengan tujuan mengajar, dengan harapan akan berubah menjadi lebih baik, sebaliknya bertukar menjadi lebih liar dan nakal… nauzubillah min zalik.

Jelas sekali, pukulan yang dikatakan untuk mengajar tersebut bukanlah benar-benar pukulan mengajar. Mungkin pukulan amarah atau pukulan lepas geram. Bagaimana nak bezakan antara dua jenis pukulan ini? Atau pun, masih wajarkah dipraktikkan memukul di dalam mendidik isteri dan anak-anak? Sebenarnya, memukul memang dibenarkan di dalam Islam. Di dalam ayat 34 surah an-Nisa menyatakan: “Maka wanita yang saleh ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka dari tempat tidur dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

Di dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perintahkan anak-anakmu mengerjakan sembahyang bila dia berumur 7 tahun dan pukullah dia bila mana tidak mahu mengerjakan sembahyang semasa berusia 10 tahun dan pisahkan dari tempat tidur.”

Kedua-dua nas ini menyatakan dengan jelas bahawa memukul adalah satu daripada kaedah mengajar tetapi merupakan kaedah paling akhir. Bukan bererti, cakap sekali tak dengar terus jer pukul. Bukan itu saja, bukan semua perkara boleh menggunakan pukulan. Walaupun suami ketua rumahtangga, suami tak berhak memukul isteri sewenang-wenangnya. Di dalam ayat tadi jelas mengatakan jika isteri tersebut nusyuz sahaja. Nusyuz bermaksud engkar suruhan suami dan dengan syarat suruhan atau perintah suami tidak melanggar hukum syarak. Bermaksud: suami tidak berhak memukul isteri yang menasihatinya suaminya ke arah kebaikan. Suami tidak berhak memukul isterinya yang menuntut haknya sebagai isteri dan hak anak-anak.

Para ulama juga berpendapat terdapat beberapa syarat ketika mempraktikkan kaedah memukul bagi tujuan pembelajaran ini. Bagi suami yang ingin mengajar isterinya, pukulan yang dibolehkan hanya sekadar mengangkat tangan tanpa membuka ketiak dan dilarang sama sekali menampar muka isteri. Pukulan hanya dibolehkan pada bahagian yang terlindung bagi menjaga air muka isteri malahan harga diri suami. Sesuai dengan rutin kehidupan berumahtangga, selisih faham dan tersilap adalah perkara yang biasa berlaku. Bererti, SUAMI TIDAK BERHAK MENAMPAR ISTERI. SUAMI TIDAK BERHAK MENUMBUK ISTERI. SUAMI TIDAK BERHAK MEMUKUL ISTERI MENGGUNAKAN APA JUGA BENDA YANG BOLEH MENDATANGKAN KESAN SAKIT YANG MELAMPAU.

Jika suami bersikap melampau, isteri berhak mendapatkan perlindungan. Masalahnya ramai sangat isteri yang berdiam diri. Ada yang bimbang suami bertindak lebih kasar dan keras lagi. Usah bimbang. Anda mempunyai hak anda. Paling penting, laporkan kes anda kepada pihak polis dan dapatkan pengesahan doktor yang merawat anda bahawa kesan luka anda adalah kesan dipkul oleh suami. JANGAN MENIPU DIRI SENDIRI, padahnya anda sendiri yang akan tanggung kemudian hari. Mungkin hari ini luka kecil tapi kalau berterusan, tak mustahil ianya boleh mengakibatkan kematian. Fikirkan orang tersayang yang betul-betul menyayangi anda andai itu kesudahannya.

Dalam mendidik anak-anak pula, boleh dipraktikkan memukul tetapi jangan biasakan. Kanak-akank yang hidup dalam kemarahan tidak akan kenal erti kasih sayang. Anak-anak ini takkan membesar menjadi seorang yang penyayang sebaliknya akan menjadi seorang yang keras dan pendendam. Sebaiknya, apabila anak-anak melakukan kesilapan, tegur dan nyatakan dulu apa kesilapannya. Terangkan apa yang sepatutnya si anak lakukan dan jelaskan kenapa perkara yang dilarang tidak boleh dilakukan.

Memang biasalah si anak tetap akan cuba melakukan perkara yang dilarang sebabnya jiwa anak-anak akan memberontak untuk merasai sendiri kesan kenapa sesuatu perkara tidak boleh dilakukan. Sebab itu, praktikkan untuk tidak menggunakan perkataan JANGAN keraa perkataan tersebut umpama satu suruhan untuk anak-anak. Jika larangan dan teguran tidak membuahkan hasil barulah teruskan dengan pukulan tetapi ingat!!! Pukulan mengajar bukan lepas geram. Sama seperti mendidik isteri, tidak boleh memukul anak-anak di muka. Sebaiknya pukullah anak anda di tapak kakinya kerana kesan pukulan itu akan turut mendatangkan kebaikan kepada kesihatannya. Moga kita sama-sama berjaya membentuk sebuah kehidupan yang bahagia bersama insan-insan tersayang. Amiinnnnnnnn!!!!!

2 comments :

  1. kesiannya cucu tok ndak ni..... itu bukan sujud sayang... tu meniarap...

    Memang tak dinafikan, pukulan meninggalkan emosi yang kurang sihat kepada anak2. Di sek, sekarang guru tidak boleh memukul dan meninggikan suara ...maka jadilah anak2 sekarang menjadi tidak hormat kepada guru dan sebagainya.

    Tapi mak ndak buat cara sendiri, macam mengajar anak2 di rumah . maklumlah mengajar BI tak boleh lembut . kena garang2 sikit. alhamdulillah dapat gelaran TEACHER GARANG tapi anak2 murid dapat ilmu dengan baik....semuanya kerana GARANG...

    ReplyDelete
  2. heheh..yang abang tu senang diajak kalau nak solat. adiknya dulu rajin skrg ni malas.

    huhu, takutnya kalau jadi anak murid mak andak. bekeng tu. kakak ipar nani pun teacher garang jugak. student takut kat dia. BI ni ramai student tak minat, kalau teacher garang baru student nak belajar kan. kalu tak bekeng anak murid pijak kepala!

    ReplyDelete

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.