Saturday, July 23, 2011
Sharing
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Hari ini saya menerima emel daripada Synergy Training & Consulting. Saya siarkan kandungan email itu di sini kerana saya rasa kandungannya menarik dan berilmu untuk disebarkan iaitu tentang 'puasa dan doa'. Sama-sama kita garap isinya dan mendapat manfaat insyaAllah.
Doa, Hamba dan Ramadhan
Assalamualaikum
Apa khabar pada hari ini? Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadhan Mubarak.
Ramadhan hampir tiba. Selain menjadi bulan puasa, ia adalah bulan Quran dan doa.
Doa dikaitkan dengan ciri kehambaan.
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina. (40:60)
Allah menjelaskan hal doa selepas puasa dan Quran dalam Surah al-Baqarah. Allah menggunakan istilah 'hambaKu' dalam ayat ini, menjelaskan bahawa jika seseorang itu berdoa, ia akan dekat dengan ciri seorang hamba:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (2:186)
Apakah natijah doa? Kalau puasa melahirkan taqwa, doa melahirkan kemampuan untuk berada pada jalan yang baik dan betul. Setiap detik langkah mendapat petunjuk atau irshad daripada Allah. Individu yang jarang berdoa akan mempunyai kemampuan menaakul permasalahan hidup yang tumpul.
Moga Ramadhan tahun ini meningkatkan TAQWA, SYUKUR dan IRSHAD dalam diri kita.
Terima kasih
P/S Jika ada kesempatan, saya menjemput untuk menghadiri program Transformasi Ramadhan pada 24 Julai 2011. Info lanjut di www.akademisinergi.com . Atau jika tidak berkesempatan, saya akan maklumkan pilihan mengikuti program secara online.
STC Admin
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.