Friday, July 15, 2011

Sibuk bekerja


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Pekerjaan apakah yang paling sibuk di dunia? Masing-masing mengaku merekalah yang paling sibuk di dunia ni. DOktor, pensyarah, guru, jurutera, ahli sukan, wartawan dan macam2 lagi. Ya lah, semua orang sibuk. Sebenarnya saya baru saja membaca artikel ustaz Dr.Zaharuddin bertajuk dilema. Beliau kini bekerja sebagai pensyarah di UIA. Menurut beliau, kerjanya sebagai seorang pensyarah sangat sibuk kerana perlu menjalankan kajian akademik. Ya betul, siapa kata pensyarah tak sibuk? Pensyarah perlu menyumbangkan kajian ilmiah kepada universiti. Kalau pensyarah dalam bidang sains, kena masuk makmal lah jawabnya dan setiap masa perlu membaca journals yang terkini. Pensyarah juga sentiasa dikejar oleh pelajar-pelajar. Itu kerja pensyarah. Kalau kerja doktor? arkitek? jurutera? guru? semuanya sibuk, stress kerja, stress kena marah dengan bos, tapi hujung bulan dapat gaji. Ada lagi satu kerja yang juga super busy tapi tidak dibayar gaji iaitu kerja suri rumah.

Ya bekerja sebagai suri rumah 24 jam. Kerja yang tak pernah habis. Ada saja kerja rumah yang nak dibuat. Kerja suri rumah ini mencabar. Ada tekanan yang tersendiri. Ia suatu pengorbanan yang besar oleh kaum ibu di mana kita bekerja menguruskan rumah setiap masa, memasak dan dalam masa yang sama kita juga perlu mendidik anak. Kita lah bos kitalah kuli dan gaji kita tidak dibayar di dunia tapi Allah bayar di akhirat kelak. Cubalah suruh suami kita jadi suri rumah sehari atau dua hari, mesti rumah jadi seperti tongkang pecah. Mungkin adalah sesetengah lelaki yang rajin mengemas dan tahan dengan karenah anak tapi jarang nak ada. Tapi kenapa lelaki tidak tahan jadi suri rumah dan wanita pula tahan? Sebab pekerjaan suri rumah itu lebih dekat kepada fitrah semula jadi wanita. Dan fitrah lelaki pula cenderung kepada kerja yang lasak sesuai dengan kejadiannya. Kalau wanita bekerja, kalau boleh carilah pekerjaan yang sesuai dengan fitrah seorang wanita yang lemah lembut seperti pendidik, doktor, jururawat, dan lain-lain yang dirasakan sesuai. Dalam sejarah islam, srikandi-srikandi islam ada yang terlibat dalam bidang pendidikan dan perubatan.

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. (Al 'Asr 103: 1-3)



Tak kira sibuk mana pun kita, jangan lupa kewajipan kita kepada Pencipta. Semoga kita semua menjadi orang-orang yang beruntung di akhirat kelak aminn :). Mengantuk, jumpa lagi.

No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.