Tuesday, July 31, 2012

Hiraq wildan

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Semalam saya ke Bangi, menuju ke satu kedai jual ubat/supplement. Saya beli Hiraq Wildan for kids. ALhamdulillah Fathul mahu makan. Abangnya tak mahu.


FAthul start makan semalam 30 Julai. Sebulan dari sekarang, saya akan buat review mengenai kesan produk ni kepada Fathul insyaAllah. Saya google testimoni parents yang bagi anak mereka produk ni tapi tak jumpa. Masalah yang Fathul (4 tahun 5 bulan) alami ialah kerap muntah terutama selepas makan, rembesan air liur berlebihan apabila bangun waktu pagi dan selepas makan, food allergic dan speech development delay.

Untuk detail produk boleh lihat di SINI

Sunday, July 22, 2012

Serunding Kampung Laut

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Pagi tadi adik sampai dari kampung bawa cerita biawak sebesar anak buaya masuk dapur. Masa tu, kakak ipar yang sedang mengandung 5/6 bulan ada kat dapur menjerit ketakutan. Biawak tu adik tangkap, ikat letak kat luar dapur. Bila siap berbuka puasa, tengok2 biawak tu dah lesap. Mungkin ada orang ambil dan jual kepada orang siam atau mungkin biawak tu dapat lepaskan diri.


Adik bawa beberapa jenis makanan dan yang special ialah durian kampung dan Serunding Kampung Laut. Tempat yang tersohor serunding sedap. Serunding ni saya nak jual. Jika anda berminat nak beli, sila hubungi saya ya di talian 013-2241412 atau email nursyiar@yahoo.com. Ada dua jenis, serunding ikan dan serunding daging.



Di Kelantan sekarang musim durian. Tahun lepas pun sama, musim durian jatuh dlam bulan Ramadhan. Jadi tak ramai orang beli dan peniaga pun jual murah-murah je.


Saturday, July 21, 2012

Rezeki diberi sekadarnya

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Semalam masa saya drive ke Bangi, sempat mendengar motivasi pagi ikim.fm. SEbab dengar dah separuh, tak pasti pula sape ustaznya. Ustaz membicarakan mengenai rezeki. Kata ustaz, Allah memberikan rezeki kepada hamba-hamba-Nya mengikut kadar yang tertentu berdasarkan surah Asy-Syura ayat 27 yang bermaksud:

Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.

Ayat ini menjelaskan, andai Allah melapangkan rezeki kepada hamba Nya selapang-lapangnya, nescaya hamba-Nya itu akan membuat kerosakan di bumi. Oleh sebab itu, Allah telah membahagi-bahagikan rezeki kepada hamba-hamba-Nya mengikut kadar-kadar tertentu yg telah Ia tetapkan. Sama seperti perkakas elektrik, jika terlebih kuasa (watt), ia akan rosak. Jadi pencipta perkakas tersebut dah design berapakah kuasa yang diperlukan oleh perkakas elektrik tersebut. Manusia, apabila diberi kenikmatan sedikit cuma ia dah pun mula sombong dan angkuh, inikan pula Allah mahu beri kenikmatan yang banyak.

Mengikut kitab karangan Imam al-Ghazali, umur 15 hingga ke 37 tahun merupakan zaman kesempitan hidup. Umur 38 tahun ke atas, pintu rezeki semakin luas. Jadi, kita perlu banyak bersabar dalam masa umur 15-37 tahun. InsyaAllah rezeki akan cukup jika kita berbelanja mengikut kemampuan.

Kita perlu optimis dengan rezeki dari Allah. Fikiran perlu sentiasa positif. Masa kita sesak, jangan kita fikir kita tak ada rezeki tapi fikirlah rezeki kita belum datang dan akan tiba tak lama lagi. Jika kita positif, kita jadi hamba yang bersyukur, jiwa kita tenang dan fizikal pun akan sihat...alhamdulillah.

Friday, July 20, 2012

Makanan minda

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Himpunan status FB Prof.Muhaya

Jadi pemerhati diri kita bukan diri orang lain. Sibukkan diri mencari keaiban diri dan betulkan hingga tiada masa lihat keaiban orang lain. Hentikan mencari berita sensasi. Ingatan pada kita semua

Fokus pada pembersihan hati dan jiwa. Dengan sendiri fizikal dan kesihatan terjaga. Jangan minta orang lain selesaikan masaalah kita. Betulkan hati insyaAllah masaalah akan hilang. Jika banyak masaalah bererti banyak penyakit hati. Hanya orang bermasaalah banyak masaalah

Apabila kita tahu ada masa kita susah dan ada masa kita senang kita akan sentiasa tenang. Sentiasa ambil masa untuk menenangkan diri dengan membuang semua label dan mengenang peristiwa yang telah berlalu. Fokus pada waktu sekarang dan rancang masa depan cemerlang

Kelembutan suatu aset yg harus dicari. Para wanita terutamanya belajar seni bercakap dgn baik. Ibu semua jadi contoh yg baik

Berapa ramai ibu muda yang sering merungut anak mereka nakal. Cuba tanya diri kita mahu anak nakal dan sihat atau sakit dan tidak nakal. Henti label anak anak dgn " hyperactive" etc. Sebutbyg baik. Jika anak nakal kemungkinan perlu perhatian terutama baru dapat adik baru. Berapa orang ibu muda bersyukur ada suami dan anak. Berapa ramai orang tiada jodoh lagi dan anak. Hentikan merungut dan bersyukur. Bila hilang nikmat baru nak menyesal dan depressed. Syukuri nikmat insyaAllah Allah kekalkan nikmat


My joy :)

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Si kembar tak seiras dua orang ni makin tak sabar nak pergi ke sekolah. Pantang nampak sekolah tepi jalan je mesti excited. Alhamdulillah, dua-dua anak ummi anak yang soleh, genius dan sihat..ameeen. InsyaAllah, setiap ucapan yang baik daripada mulut ibu adalah doa. Dalam bulan Ramadhan ini, kita lipat gandakan doa untuk anak-anak. Sebutkan hal-hal yang positif tentang anak-anak insyaAllah akan ada perubahan yang baik dalam diri mereka. Mudah-mudahan Allah terima doa kita ameen.

Wednesday, July 18, 2012

ADHD diet

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞



ADHD diet suggestions:

Eat a high-protein diet, including beans, cheese, eggs, meat, and nuts. Add protein foods in the morning and for after-school snacks, to improve concentration and possibly increase the time ADHD medications work.

Eat fewer simple carbohydrates, such as candy, corn syrup, honey, sugar, products made from white flour, white rice, and potatoes without the skins.

Eat more complex carbohydrates, such as vegetables and some fruits (including oranges, tangerines, pears, grapefruit, apples, and kiwi). Eating complex carbs at night may aid sleep.

Eat more Omega-3 fatty acids, such as those found in tuna, salmon, other cold-water white fish, walnuts, Brazil nuts, and olive and canola oil. Omega-3 fatty acids are also available in supplement form.

To AVOID:

Artificial colors, especially red and yellow

Food additives such as aspartame, MSG (monosodium glutamate), and nitrites; some studies have linked hyperactivity to the intake of the preservative sodium benzoate.

Sugar

Caffeine

Monday, July 16, 2012

Dua insan hebat


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Alhamdulillah pagi semalam berpeluang menonton Nasi lemak kopi o TV9 pukul 9.30am. Tetamu istimewa iaitu Ustaz Hasrizal dan prof yang saya kagumi Prof.Dr.Muhaya membicarakan topik bertajuk Transformasi Ramadhan. Memang tak puas dengar. Prof Muhaya kalau bercakap, point dia sangat bernas. Bersyukur pada Allah kerana menciptakan manusia sehebat prof, dapat saya menadah ilmu dari beliau. Kata prof, kita akan rasa stress jika kita buat sesuatu untuk mendapatkan penghargaan manusia. Kata prof lagi, sistem badan kita dikawal oleh otak. Segala penyakit bermula dari otak kita. Untuk mereka yang mengalami gastrik, waktu kita niat untuk puasa, otak kita dah lock, jadi perut kita tidak merembeskan enzim pencernaan. Betul tu, setiap tindakan kita dikawal oleh minda. Contohnya, jika sebelum kita tidur kita niat nak bangun pukul 5 pagi, kita akan terjaga pukul 5 pagi juga walaupun tak pasang alarm. Tapi kena niat sungguh-sungguhlah. Kalau kita tak set otak kita nak bangun pukul berapa tapi kunci alarm handphone pukul 5 pagi, bila alarm handphone berbunyi, kita tutup dalam keadaan mamai dan tido semula. Dalam bulan Ramadhan insyaAllah para ibu dah set minda untuk bangun sediakan sahur :). Akan berganda pahala kita nanti insyaAllah..

Saturday, July 14, 2012

Tetamu

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Hari Khamis lepas, adik yang bekerja di Terengganu datang sekejap nak jumpa dengan anak saudara. Ramai-ramai pakcik, pakcik ni lah yang jarang anak-anak jumpa. Fathul boleh geng walaupun ayah chik nya baru saja sampai. Fathul ni sifatnya friendly dan peramah. Nashrul plak malu-malu sebab tak kenal sangat. Lepas ayah chik balik, Fathul asyik tanya saja. Kesian Fathul, baru dapat kawan pastu hilang. InsyaAllah, tahun depan Fathul akan dapat ramai kawan lagi bila masuk sekolah ye nak..:).



Friday, July 13, 2012

Ramadhan is coming...!!!

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Empat perkara yang dianjurkan dalam bulan Ramadhan iaitu dua hal ialah keredhaan tuhanmu dan dua hal lagi ialah tiada kemampuan kalian mendapatkannya (Allah yang memiliki)

1) Hal yang pertama ialah kalimah syahadat bahawa tiada tuhan selain Allah (La ilahaillallah)

2) Beristighfar kepada ALlah

3) Minta untuk dimasukka ke syurga

4) Minta perlindungan daripada api neraka

Hadithnya boleh anda lihat di sini:
http://al-fanshuri.blogspot.com/2011/08/doa-di-bulan-ramadhan.html

Semoga dalam bulan Ramadhan nanti lidah kita sentiasa basah dengan zikir-zikir insyaAllah..

Thursday, July 12, 2012

Berserah pada Allah

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Bersyukur ada kemudahan internet kerana boleh saya buat research sebab apa Fathul kerap muntah. Dua hari lepas, saya bawa Fathul ke hospital untuk ambil darah dan air kencing. Result untuk air kencing ok dan kami minta untuk buat floride test sebab fathul selalu telan ubat gigi masa gosok gigi. Segala ubat gigi saya dah buang dalam tong sampah. Hospital hantar sampel ke tempat lain so result dapat lambat. Untuk blood test, kandungan urea dalam darah Fathul tinggi itulah sebab kenapa Fathul selalu muntah. So sad. Jadi, kerisauan saya pasal floride toxicity dah menurun. Doktor suruh minum air banyak-banyak. Creatine level pula masih rendah menunjukkan fungsi ginjal masih elok. Saya kena cari dan buat kesimpulan dengan cepat. Bermain dengan teka teki menyeksakan jiwa saya. Untuk mengatakan Fathul mengalami urea cycle disorder, saya masih tidak pasti. Segala-galanya hamba berserah pada Allah..


Urea cycle disorder
Children with mild or moderate urea cycle enzyme deficiencies may not show symptoms until early childhood, or may be diagnosed subsequent to identification of the disorder in a more severely affected relative or through newborn screening. Early symptoms may include hyperactive behavior, sometimes accompanied by screaming and self-injurious behavior, and refusal to eat meat or other high-protein foods. Later symptoms may include frequent episodes of vomiting, especially following high-protein meals; lethargy and delirium; and finally, if the condition is undiagnosed and untreated, coma and death. Children with this disorder may be referred to child psychologists because of their behavior and eating problems. Childhood episodes of hyperammonemia (high ammonia levels in the blood) may be brought on by viral illnesses including chicken pox, high-protein meals, or even exhaustion. The condition is sometimes misdiagnosed as Reye’s Syndrome. Childhood onset can be seen in both boys and girls.-wikipedia

Wednesday, July 11, 2012

Renungan: Ramadhan yang bakal tiba

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Renungan bersama untuk menyambut Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari saja lagi. Jom kita jauhi pembaziran dalam bulan yang suci..


Selingan

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Sedapnya..dapat tengok gambar pun jadilah..jangan meleleh ayak liuq tauu :)

Monday, July 09, 2012


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
وَإِن يَمْسَسْكَ اللّهُ بِضُرٍّ فَلاَ كَاشِفَ لَهُ إِلاَّ هُوَ وَإِن يُرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلاَ رَآدَّ
لِفَضْلِهِ يُصَيبُ بِهِ مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَهُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.-Yunus:107

Menghina, memperlekeh,mengejek..

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞



Dalam al-Quran dan hadith ada jelas larangan untuk kita mengeji, menghina, memperlekeh, mencaci atau seumpamanya. Jadi berhati-hatilah takut 'ter' kepada golongan tertentu seperti selebriti yang keluar dalam tv. Kalau tidak suka lebih baik diam saja daripada kita menambah dosa. Peringatan ini ditujukan kepada diri sendiri juga. Jagalah hati, jangan kau kotori.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.”
Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi

Huraian:
» Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.
» Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.(1)

Firman Allah SWT, "HAI orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain (kerana) harus puak dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengah yang lain dan janganlah pula kamu memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) nama fasik sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan yang fasik), maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujuraat:11)

Sumber:
(1) http://hadis.feryco.com/menghina-orang-lain

Saturday, July 07, 2012

Get well soon my dear

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Rabu lepas kami bawa Fathul jumpa doktor selepas Fathul mengalami muntah-muntah. Secara fizikal, semuanya ok. Nampak sihat. Doktor kata Fathul mungkin mengalami cyclic vomiting. Saya sendiri pun tidak pasti. Mungkin juga Fathul allergy terhadap makanan tertentu. Jika nak lebih detail, doktor kata boleh scan kat GH atau private tapi hati ni rasa tak berat nak scan. CT scan atau X-ray akan terdedah kepada sedikit radiasi. Fathul kecik lagi. Walaupun muntah, Fathul masih berselera makan dan minum so dia tak dehydrated. Buat masa sekarang, Fathul akan muntah jika makan nasi. Kalau makanan lain yang ringan-ringan takpe. Makanan lain yang boleh trigger muntah ialah:

citrus fruits
chocolate
caffeinated foods
fatty n fried foods
garlic n onion
spicy foods
tomato based foods
sauces
peppermint

Semoga anak ummi Fathul cepat sihat. Ummi sayang Fathul.

Tuesday, July 03, 2012

Kisah suami anak ramai..

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Perkongsian kisah buat para suami dan bakal suami,

Di satu pagi di wad obstetrik (wad perbidanan)

Kisah 1

Dr Z : Assamu’alaikum puan. Tahniah ye ! Bila puan bersalin?
Puan N : Wa’alaikum salam doktor. Terima kasih. Saya bersalin awal pagi tadi Dr.
Dr Z : Comelnya bayi ni puan! (foto hiasan)…ini anak puan yang ke berapa?
Puan N : …ini yang nombor 10 Dr.
Dr Z : Berapa umur Puan?
Puan N : 29 tahun… (sambil menundukkan pandangannya)
Dr Z : Murah sungguh rezeki puan. Err… anak yg sulung berapa umurnya?
Puan N : 12 tahun, baru darjah 6 Dr.

(Saya memandang ke bibir jendela gugah membayangkan realiti)

Dr Z : Apa pekerjaan suami puan dan berapa pendapatan sebulan?
Puan N : Tak menentu Dr, kerja sendiri je. Dalam RM 1,000-1,600 gitulah…
Dr Z : Puan dan suami bercadang nak anak berapa ramai?
Puan N : Entahlah Dr…(tunduk), Dr tanyalah suami saya…
Dr Z : Puan ok tak untuk membesarkan anak-anak ni?
Puan N : Beraaat… berat Dr…(perlahan suaranya sambil mengalihkan pandangan kepada bayinya)

Dr Z : …(saya terdiam sebentar. ibu ni masih muda….baru 29 tahun dan dah ada 10 orang anak, yang sulung 12 tahun…bagaimana dia boleh dibantu agaknya?)

Dr Z : Maaf ye puan bertanyakan soalan-soalan peribadi tadi. Memang ramai suami yg mahukan anak ramai. Tapi suami tak pernah mengandung dan bersalinkan?
Puan N :…(tersenyum sipu), nanti Dr berilah nasihat kepada suami saya ye..!

Dr Z : Insya allah puan. Bila dia sampai ke hospital nanti, puan beritahu saya. Insya allah saya akan sembang-sembang dengan dia dan pesan apa yang patut.

Assalamu’alaikum puan (saya mengangkat tangan kanan sambil beredar)…



Kisah 2 – Puan S

PS berumur 35 tahun, seorang suri rumah sepenuh masa. PS dDimasukkan ke hospital kerana mengadapi masalah kekurangan darah yang teruk (severe anaemia, Hb 6.0 g/dL). Ini adalah kandungannya yang ke 13. Anaknya yang sulung baru berumur 16 tahun yang hanya bekerja part-time di sebuah kedai runcit. Sebelum ini beliau pernah mengalami keguguran sekali. 11 orang anaknya yang masih kecil telah ditinggalkannya di rumah majikan mereka di sebuah estet di Negeri Sembilan sepanjang dia dimasukkan ke hospital. Suaminya seorang buruh yang mengambil upah menorah getah dengan pendapatan kira-kira RM 500-700 sebulan.

Apabila ditanya mengenai diet hariannya, PS menjawab bahawa dia hanya makan nasi sehari sekali berlaukkan ‘kuah dal’ atau kari sahaja. Saya kira jawapan ini sudah cukup untuk mencari punya anaemia tadi. PS tidak punyai banyak pilihan kerana dia terpaksa berkorban untuk anak-anaknya seramai 11 orang yang masih kecil yang semuanya tidak bersekolah. Selepas kelahiran ini, mereka akan bertanggug-jawab terhadap seorang lagi ahli baru sebagai tambahan kepada apa yang telah ada sebelum ini.

Sukar untuk dibayangkan sekiranya kita sekeluarga terpaksa berhadapan dengan suasana yang agak mencabar seumpama ini.

Pengajarannya :

Tajuk ‘family planning’ atau perancangan keluarga adalah isu harian yang ditangani oleh ramai pengamal perubatan. Ramai (kalau tidak kebanyakan)di kalangan suami yang meletakkan isu ini sepenuhnya di pundak sang isteri yang kebiasaannya sentiasa berkeringat untuk mengandung selama 9 bulan, kemudian bersalin, menyusu dan membesarkan anak-anak. Urusan ini bukanlah perkara remeh-temeh tetapi ianya sangat penting di dalam melayari bahtera kehidupan berkeluarga yang umumnya tidak dapat lari dari alunan ombak dan badai. Para isteri mempunyai hak mereka untuk menjaga kesihatannya, menjaga kecantikan dan rupa parasnya serta mempunyai rehat yang diperlukan. Manakala anak-anak pula tentunya memerlukan hak penjagaan, makanan yang cukup dan sesuai, hak pendidikan dan hak kasih-sayang yang seoptimanya.

Kata-kunci

1-Suami isteri mestilah ‘sama-sama berbincang dan membuat perancangan’ dan usah diserahkan sepenuhnya kepada ‘takdir dan rezeki tuhan’.

2-Bagi melahirkan generasi yang berkualiti, kita memerlukan pembinaan keluarga dan pendidikan anak-anak yang mesti dilakukan dengan terancang.

Bilakah agaknya para suami di Malaysia akan lebih menginsafi tanggung-jawab mereka di dalam isu ini?


Sumber: http://zainurrashid.com/rancang-jangan-tak-rancang/

Kena kerat kaki

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Tadi saya ke kedai dekat rumah. Kedai kak Zah kelate jual nasi. Dah lama tak tengok kak Zah. Masa nak bayar, kak Zah muncul. Terkejut tengok kak Zah pucat lesu jalan sedikit tempang. Saya tengok kakinya besar dan berbalut. Kak Zah accident ke?? Saya tanya. Taklah..Kak Zah kena kerat kaki. Huhu..terkejut dibuatnya. Saya tak tanya banyak tapi saya agak Kak Zah ada penyakit kencing manis. Mudah-mudahan Kak Zah tabah menghadapi ujian hidupnya..ujian berpenyakit. Kalau kita diuji dengan musibah patah hati, kecewa, sedih..tapi kaki masih dapat melangkah lagi ke kedai, supermarket, taman bunga dll. Tapi kalau diuji dengan masalah kesihatan, nak pergi toilet pun merangkak-rangkak...huhu. Mudah-mudahan dijauhkan dari ujian penyakit. Tapi kuasa Allah kita tak tahu. Dia berhak atas segalanya. Kita doakan sentiasa dan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.

Bercerita tentang kesihatan ni teringat pula kat Fathul. Semakin hari semakin kronik pula muntahnya. Kami sedang mencari seorang doktor pakar kanak-kanak wanita di area Senawang. Pengalaman saya yang selalu bawa anak jumpa dengan doktor pakar kanak-kanak ni macam-macam. Doktor yang paling best setakat ni ialah doktor pakar lelaki di Klinik Adek Seksyen 9 Shah Alam.

Pengorbanan seorang isteri

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

"Sifat Qonitaatun (ketaatan) seorang isteri kepada suami dan menyerahkan hanya kepada suaminya hala tuju kehidupan ini. "Suami memimpin Isteri Mengurus""---Pak Utih


Monday, July 02, 2012

Pekerjaan paling best..

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Wah..wah..wah..terima kasih ustaz Don. Thanks my beloved husband kerana meletakkan diriku di posisi yang terbaik.