۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Tadi saya ke kedai dekat rumah. Kedai kak Zah kelate jual nasi. Dah lama tak tengok kak Zah. Masa nak bayar, kak Zah muncul. Terkejut tengok kak Zah pucat lesu jalan sedikit tempang. Saya tengok kakinya besar dan berbalut. Kak Zah accident ke?? Saya tanya. Taklah..Kak Zah kena kerat kaki. Huhu..terkejut dibuatnya. Saya tak tanya banyak tapi saya agak Kak Zah ada penyakit kencing manis. Mudah-mudahan Kak Zah tabah menghadapi ujian hidupnya..ujian berpenyakit. Kalau kita diuji dengan musibah patah hati, kecewa, sedih..tapi kaki masih dapat melangkah lagi ke kedai, supermarket, taman bunga dll. Tapi kalau diuji dengan masalah kesihatan, nak pergi toilet pun merangkak-rangkak...huhu. Mudah-mudahan dijauhkan dari ujian penyakit. Tapi kuasa Allah kita tak tahu. Dia berhak atas segalanya. Kita doakan sentiasa dan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.
Bercerita tentang kesihatan ni teringat pula kat Fathul. Semakin hari semakin kronik pula muntahnya. Kami sedang mencari seorang doktor pakar kanak-kanak wanita di area Senawang. Pengalaman saya yang selalu bawa anak jumpa dengan doktor pakar kanak-kanak ni macam-macam. Doktor yang paling best setakat ni ialah doktor pakar lelaki di Klinik Adek Seksyen 9 Shah Alam.
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.