Monday, July 16, 2012
Dua insan hebat
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Alhamdulillah pagi semalam berpeluang menonton Nasi lemak kopi o TV9 pukul 9.30am. Tetamu istimewa iaitu Ustaz Hasrizal dan prof yang saya kagumi Prof.Dr.Muhaya membicarakan topik bertajuk Transformasi Ramadhan. Memang tak puas dengar. Prof Muhaya kalau bercakap, point dia sangat bernas. Bersyukur pada Allah kerana menciptakan manusia sehebat prof, dapat saya menadah ilmu dari beliau. Kata prof, kita akan rasa stress jika kita buat sesuatu untuk mendapatkan penghargaan manusia. Kata prof lagi, sistem badan kita dikawal oleh otak. Segala penyakit bermula dari otak kita. Untuk mereka yang mengalami gastrik, waktu kita niat untuk puasa, otak kita dah lock, jadi perut kita tidak merembeskan enzim pencernaan. Betul tu, setiap tindakan kita dikawal oleh minda. Contohnya, jika sebelum kita tidur kita niat nak bangun pukul 5 pagi, kita akan terjaga pukul 5 pagi juga walaupun tak pasang alarm. Tapi kena niat sungguh-sungguhlah. Kalau kita tak set otak kita nak bangun pukul berapa tapi kunci alarm handphone pukul 5 pagi, bila alarm handphone berbunyi, kita tutup dalam keadaan mamai dan tido semula. Dalam bulan Ramadhan insyaAllah para ibu dah set minda untuk bangun sediakan sahur :). Akan berganda pahala kita nanti insyaAllah..
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.