Tuesday, July 03, 2012

Kisah suami anak ramai..

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Perkongsian kisah buat para suami dan bakal suami,

Di satu pagi di wad obstetrik (wad perbidanan)

Kisah 1

Dr Z : Assamu’alaikum puan. Tahniah ye ! Bila puan bersalin?
Puan N : Wa’alaikum salam doktor. Terima kasih. Saya bersalin awal pagi tadi Dr.
Dr Z : Comelnya bayi ni puan! (foto hiasan)…ini anak puan yang ke berapa?
Puan N : …ini yang nombor 10 Dr.
Dr Z : Berapa umur Puan?
Puan N : 29 tahun… (sambil menundukkan pandangannya)
Dr Z : Murah sungguh rezeki puan. Err… anak yg sulung berapa umurnya?
Puan N : 12 tahun, baru darjah 6 Dr.

(Saya memandang ke bibir jendela gugah membayangkan realiti)

Dr Z : Apa pekerjaan suami puan dan berapa pendapatan sebulan?
Puan N : Tak menentu Dr, kerja sendiri je. Dalam RM 1,000-1,600 gitulah…
Dr Z : Puan dan suami bercadang nak anak berapa ramai?
Puan N : Entahlah Dr…(tunduk), Dr tanyalah suami saya…
Dr Z : Puan ok tak untuk membesarkan anak-anak ni?
Puan N : Beraaat… berat Dr…(perlahan suaranya sambil mengalihkan pandangan kepada bayinya)

Dr Z : …(saya terdiam sebentar. ibu ni masih muda….baru 29 tahun dan dah ada 10 orang anak, yang sulung 12 tahun…bagaimana dia boleh dibantu agaknya?)

Dr Z : Maaf ye puan bertanyakan soalan-soalan peribadi tadi. Memang ramai suami yg mahukan anak ramai. Tapi suami tak pernah mengandung dan bersalinkan?
Puan N :…(tersenyum sipu), nanti Dr berilah nasihat kepada suami saya ye..!

Dr Z : Insya allah puan. Bila dia sampai ke hospital nanti, puan beritahu saya. Insya allah saya akan sembang-sembang dengan dia dan pesan apa yang patut.

Assalamu’alaikum puan (saya mengangkat tangan kanan sambil beredar)…



Kisah 2 – Puan S

PS berumur 35 tahun, seorang suri rumah sepenuh masa. PS dDimasukkan ke hospital kerana mengadapi masalah kekurangan darah yang teruk (severe anaemia, Hb 6.0 g/dL). Ini adalah kandungannya yang ke 13. Anaknya yang sulung baru berumur 16 tahun yang hanya bekerja part-time di sebuah kedai runcit. Sebelum ini beliau pernah mengalami keguguran sekali. 11 orang anaknya yang masih kecil telah ditinggalkannya di rumah majikan mereka di sebuah estet di Negeri Sembilan sepanjang dia dimasukkan ke hospital. Suaminya seorang buruh yang mengambil upah menorah getah dengan pendapatan kira-kira RM 500-700 sebulan.

Apabila ditanya mengenai diet hariannya, PS menjawab bahawa dia hanya makan nasi sehari sekali berlaukkan ‘kuah dal’ atau kari sahaja. Saya kira jawapan ini sudah cukup untuk mencari punya anaemia tadi. PS tidak punyai banyak pilihan kerana dia terpaksa berkorban untuk anak-anaknya seramai 11 orang yang masih kecil yang semuanya tidak bersekolah. Selepas kelahiran ini, mereka akan bertanggug-jawab terhadap seorang lagi ahli baru sebagai tambahan kepada apa yang telah ada sebelum ini.

Sukar untuk dibayangkan sekiranya kita sekeluarga terpaksa berhadapan dengan suasana yang agak mencabar seumpama ini.

Pengajarannya :

Tajuk ‘family planning’ atau perancangan keluarga adalah isu harian yang ditangani oleh ramai pengamal perubatan. Ramai (kalau tidak kebanyakan)di kalangan suami yang meletakkan isu ini sepenuhnya di pundak sang isteri yang kebiasaannya sentiasa berkeringat untuk mengandung selama 9 bulan, kemudian bersalin, menyusu dan membesarkan anak-anak. Urusan ini bukanlah perkara remeh-temeh tetapi ianya sangat penting di dalam melayari bahtera kehidupan berkeluarga yang umumnya tidak dapat lari dari alunan ombak dan badai. Para isteri mempunyai hak mereka untuk menjaga kesihatannya, menjaga kecantikan dan rupa parasnya serta mempunyai rehat yang diperlukan. Manakala anak-anak pula tentunya memerlukan hak penjagaan, makanan yang cukup dan sesuai, hak pendidikan dan hak kasih-sayang yang seoptimanya.

Kata-kunci

1-Suami isteri mestilah ‘sama-sama berbincang dan membuat perancangan’ dan usah diserahkan sepenuhnya kepada ‘takdir dan rezeki tuhan’.

2-Bagi melahirkan generasi yang berkualiti, kita memerlukan pembinaan keluarga dan pendidikan anak-anak yang mesti dilakukan dengan terancang.

Bilakah agaknya para suami di Malaysia akan lebih menginsafi tanggung-jawab mereka di dalam isu ini?


Sumber: http://zainurrashid.com/rancang-jangan-tak-rancang/

1 comment :

  1. Assalamualaikum buat pemilik blog dan pembaca sekelian, di sini terdapat perbincangan berkaitan dengan 'Anak Ramai' oleh Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj. Semoga perkongsian ini bermanfaat
    Semanis Kurma: Rezeki Anak Ramai - Dr. Harlina Halizah Siraj

    ReplyDelete

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.