۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Pagi tadi adik sampai dari kampung bawa cerita biawak sebesar anak buaya masuk dapur. Masa tu, kakak ipar yang sedang mengandung 5/6 bulan ada kat dapur menjerit ketakutan. Biawak tu adik tangkap, ikat letak kat luar dapur. Bila siap berbuka puasa, tengok2 biawak tu dah lesap. Mungkin ada orang ambil dan jual kepada orang siam atau mungkin biawak tu dapat lepaskan diri.
Adik bawa beberapa jenis makanan dan yang special ialah durian kampung dan Serunding Kampung Laut. Tempat yang tersohor serunding sedap. Serunding ni saya nak jual. Jika anda berminat nak beli, sila hubungi saya ya di talian 013-2241412 atau email nursyiar@yahoo.com. Ada dua jenis, serunding ikan dan serunding daging.
Di Kelantan sekarang musim durian. Tahun lepas pun sama, musim durian jatuh dlam bulan Ramadhan. Jadi tak ramai orang beli dan peniaga pun jual murah-murah je.
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.