Semalam masa saya drive ke Bangi, sempat mendengar motivasi pagi ikim.fm. SEbab dengar dah separuh, tak pasti pula sape ustaznya. Ustaz membicarakan mengenai rezeki. Kata ustaz, Allah memberikan rezeki kepada hamba-hamba-Nya mengikut kadar yang tertentu berdasarkan surah Asy-Syura ayat 27 yang bermaksud:
Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.
Ayat ini menjelaskan, andai Allah melapangkan rezeki kepada hamba Nya selapang-lapangnya, nescaya hamba-Nya itu akan membuat kerosakan di bumi. Oleh sebab itu, Allah telah membahagi-bahagikan rezeki kepada hamba-hamba-Nya mengikut kadar-kadar tertentu yg telah Ia tetapkan. Sama seperti perkakas elektrik, jika terlebih kuasa (watt), ia akan rosak. Jadi pencipta perkakas tersebut dah design berapakah kuasa yang diperlukan oleh perkakas elektrik tersebut. Manusia, apabila diberi kenikmatan sedikit cuma ia dah pun mula sombong dan angkuh, inikan pula Allah mahu beri kenikmatan yang banyak.
Mengikut kitab karangan Imam al-Ghazali, umur 15 hingga ke 37 tahun merupakan zaman kesempitan hidup. Umur 38 tahun ke atas, pintu rezeki semakin luas. Jadi, kita perlu banyak bersabar dalam masa umur 15-37 tahun. InsyaAllah rezeki akan cukup jika kita berbelanja mengikut kemampuan.
Kita perlu optimis dengan rezeki dari Allah. Fikiran perlu sentiasa positif. Masa kita sesak, jangan kita fikir kita tak ada rezeki tapi fikirlah rezeki kita belum datang dan akan tiba tak lama lagi. Jika kita positif, kita jadi hamba yang bersyukur, jiwa kita tenang dan fizikal pun akan sihat...alhamdulillah.
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.