Friday, July 20, 2012

Makanan minda

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Himpunan status FB Prof.Muhaya

Jadi pemerhati diri kita bukan diri orang lain. Sibukkan diri mencari keaiban diri dan betulkan hingga tiada masa lihat keaiban orang lain. Hentikan mencari berita sensasi. Ingatan pada kita semua

Fokus pada pembersihan hati dan jiwa. Dengan sendiri fizikal dan kesihatan terjaga. Jangan minta orang lain selesaikan masaalah kita. Betulkan hati insyaAllah masaalah akan hilang. Jika banyak masaalah bererti banyak penyakit hati. Hanya orang bermasaalah banyak masaalah

Apabila kita tahu ada masa kita susah dan ada masa kita senang kita akan sentiasa tenang. Sentiasa ambil masa untuk menenangkan diri dengan membuang semua label dan mengenang peristiwa yang telah berlalu. Fokus pada waktu sekarang dan rancang masa depan cemerlang

Kelembutan suatu aset yg harus dicari. Para wanita terutamanya belajar seni bercakap dgn baik. Ibu semua jadi contoh yg baik

Berapa ramai ibu muda yang sering merungut anak mereka nakal. Cuba tanya diri kita mahu anak nakal dan sihat atau sakit dan tidak nakal. Henti label anak anak dgn " hyperactive" etc. Sebutbyg baik. Jika anak nakal kemungkinan perlu perhatian terutama baru dapat adik baru. Berapa orang ibu muda bersyukur ada suami dan anak. Berapa ramai orang tiada jodoh lagi dan anak. Hentikan merungut dan bersyukur. Bila hilang nikmat baru nak menyesal dan depressed. Syukuri nikmat insyaAllah Allah kekalkan nikmat


No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.