Thursday, May 31, 2012

Sifat Zuhud

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)

Apakah makna zuhud itu membenci dunia dan meninggalkan urusannya? Ataupun suka menahan lapar dan sakit, beribadat sepanjang masa sehingga tidak boleh menanggung kos hidup sendiri dan akhirnya meminta-minta sedekah untuk tujuan itu? Ada yang beranggapan bahawa zuhud ialah menampakkan kemiskinan dan menyembunyikan kekayaan. Benarkah semua pengertian itu?

Pada hakikatnya sifat zuhud telah digambarkan oleh Al-Quran dan Sunah Rasulullah SAW.

1. Zuhud dengan harta benda.
Di dalam surah Al-Hadiid ayat: 23 yang bermaksud: ”Supaya kalian jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kalian dan supaya kalian jangan.terlalu bergembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepada kalian.”

Harta yang kita dapat sebenarnya telah tertulis di lauh mahfuz dan begitu pula sebaliknya, apa-apa yang terlepas dari tangan kita adalah ketentuan Allah yang kalamNya telah pun kering. Bagaimana mungkin seseorang itu menahan rezeki saudaranya jika Allah telah memutuskan dia berhak menerimanya. Jika demikian pengetahuan dan keimanan kita ke atas qada dan qadarNya maka jiwa kita telah merasai zuhud terhadap nikmat harta.

2. Zuhud dengan pangkat dan kedudukan.
Manusia sering lupa jika berada di atas, padahal ia bermula dari bawah. Hanya mereka yang diselamatkan Allah sahaja yang mampu menghadapi fitnah kekuasaan yang berada di tangannya. Pada kebiasaannya manusia amat suka pujian, yang kecil memuji orang besar dan yang miskin memuji si kaya. Hamba yang zuhud tidak mudah lupa diri ketika menerima pujian ataupun celaan. Kerana hatinya berada sangat dekat kepada Allah, hanya Dialah yang layak menerima pujian. Begitu pula jika celaan yang didengar maka bertambah waspada ia mengenali aib dirinya dan mengambil manfaat daripada celaan orang yang mencela. Hamba Allah seperti ini digelari Al-Quran sebagai Ibadur Rahman.

3. Zuhud terhadap amal saleh yang dilakukan.
Penyakit orang yang beramal ialah memandang suci dirinya sedangkan orang lain kotor. Begitu juga orang alim yang tertipu dengan ilmu menyangka orang lain rendah dan bodoh. Padahal syurga hanya dapat dimiliki bukan kerana amal dan ilmunya tetapi kerana rahmat Allah Taala. Rasulullah SAW telah bersabda: Tidak sekali-kali amal salah seorang diantara kamu boleh memasukkannya ke syurga. Mereka bertanya: Tidak pula engkau, wahai Rasulullah? Beliau bersabda: Tidak pula aku, kecuali jika Allah melimpahiku dengan rahmat dan kurniaNya.” (Hadis riwayat Bukhari Muslim)

4. Zuhud dengan menyembunyikan zuhud.
Ada orang yang sengaja menunjuk-nunjuk kezuhudan dengan berpakaian yang lusuh dan kotor, berjalan lambat dan lemah, bercakap dengan cara yang merendah diri tetapi bermaksud menyindir orang yang mendengar, merasa diri sendiri baik dalam hal ibadat dan orang lain salah. Menganggap rendah kedudukan orang kaya seakan-akan mereka ahli neraka dan merasa hebat menjadi si miskin yang pasti akan mendapat syurga. Ibnul Mubarak mengatakan: ”Zuhud yang utama ialah menyembunyikan zuhud”.

Pada suatu hari Aisyah Ra pernah melihat sekumpulan pemuda yang berjalan longlai dan berwajah kusut, pakaian mereka lusuh. Beliau bertanya: Siapakah para pemuda itu? Dikatakan kepadanya: ”Mereka adalah ahli ibadat.” Aisyah berkata: Demi Allah tiada orang yang paling takwa selain Umar al-Khattab tetapi apabila ia berjalan gagah, jika bercakap menunjukkan ketegasan dan ia menghukum menggunakan kekuatannya menegakkan keadilan.”

5.Zuhud dengan memandang akhirat pada harga yang mahal.
Dunia adalah jalan untuk mendapatkan akhirat. Sedetik yang dipergunakan untuk beribadat lebih berharga dari dunia dan seisinya. Berasa rugi jika menghabiskan masa di dunia hanya untuk permainan dan hiburan. Rasulullah SAW bersabda: ”Dunia itu dibandingan akhirat hanyalah seperti seseorang yang mencelupkan jarinya ke laut, hendaklah ia melihat air yang menempel di jarinya setelah diangkat daripadanya.” (Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah)
Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa: zuhud ialah meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat untuk akhirat kamu.”

Kaitan Zuhud dan kemiskinan.

Zuhud tidak bermakna miskin, hidup merempat dan menyusahkan orang lain. Bagaimana mungkin orang yang dirinya masih dibelenggu oleh kemiskinan boleh beribadat dan membela agamanya dengan keadaan sedemikian. Ibadat memerlukan sokongan kewangan, jika seseorang sibuk memikirkan wang untuk makan sahaja dan tiada masa untuk memikirkan ibadat maka kemiskinannya itu nyata amat mengganggu imannya. Miskin akan menguji tahap keimanan seseorang, adakah ia amanah dan jujur walaupun tidak berduit atau sebaliknya dengan alasan miskin ia tidak takut memakan harta yang haram.

Miskin pula menjadi punca kerosakan agama, bangsa dan negara. Negara-negara kaya di dunia adalah negara kafir dan komunis, sementara umat Islam jatuh dibawah kawalan mereka disebabkan kemiskinan, bagaimana mungkin Islam boleh berdaulat di bumi Allah ini jika umatnya masih dibelenggu kemiskinan?

Harta adalah kekuatan seorang hamba jika dimanfaatkan demi kepentingan imannya. Tetapi ramai pula yang tertipu dengan fitnah harta. Padahal ia hanya pinjaman sementara. Rasulullah SAW bersabda: ”Sesiapa yang hasratnya adalah dunia, Allah menceraikan urusannya, membuatnya takut terhadap hartanya, menjadikan kefakiran nampak di depannya dan sebahagian dari dunia tidak datang kepadanya melainkan yang telah ditetapkan baginya. Sesiapa yang hasratnya adalah akhirat naka Allah menghipun hasratnya, menjaga hartanya, menjadikan kekayaan berada pada hatinya dan dunia datang kepadanya dalam keadaan hina.” (Hadis riwayat Ahmad, Al-Darimi, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Boleh jadi orang kaya yang dunia berada ditangannya dan akhirat di hatinya lebih zuhud daripada si miskin yang diancam kekufuran.

Sumber :- DrJuanda.com

Wednesday, May 30, 2012

Sayonara Jahiliyah

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Baru-baru ni heboh masa hari belia, kuliah Ustaz Azhar Idrus diganti dengan konsert k-pop. K-pop yang langsung tak sesuai dengan budaya Melayu pada pandangan mata saya menjadi pujaan remaja sekarang baik yang sekolah rendah mahupun yang sudah tamat belajar. Satu kisah benar tahun lepas di sebuah kampung, ada seorang budak perempuan darjah 4 jarang keluar dari bilik apabila berada di rumah. Apabila kakaknya mengintai, adik perempuannya itu sedang menari sambil mendengar lagu K-pop. Wah, cepat sekali virus jahiliah menular ke luar bandar. Jika di bandar apatah lagi. Semasa sambutan hari guru baru-baru ini di sebuah sekolah, pelajar mempersembahkan tarian k-pop kepada guru sekolah. Dalam majalah JOM di bawah tajuk sayonara jahiliyah, Syed Qutb menyatakan bahawa jahiliyah bermaksud segala bentuk kehidupan yang bukan berasaskan islam. Beliau menyatakn bahawa bentuk jahiliyah hari ini lebih teruk daripada dahulu. Di Palestine, muslimah di sana memfokuskan anak-anak mereka untuk menghafal al-Quran setiap hari selama sejam. Bahkan semua peringkat umur bermula dari lima tahun hingga lah ke nenek yang sudah tua turut menghafaz al-Quran setiap hari. Anak remaja mempelajari secara khusus surah An-Nur dan Al-Ahzab. Hubbul jihad dilatih sejak tadika agar mencintai jihad Palestine dan Al-Quds. Mari kita bandingkan cara didikan kita dengan didikan ibu-ibu di Palestine. Subhanallah, mungkin kita memberi alasan bahawa latar belakang negara kita tidak sama dengan negara Palestine. Tapi pada hakikatnya, menegakkan akidah yang sejahtera dalam diri anak-anak adalah tanggungjawab yang sama yang akan Allah tanyakan pada kita kelak. Semoga Allah swt membimbing kita semua ameen.

Tuesday, May 29, 2012

Majlis pecah tanah Lebuhraya Rakyat

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞ Tahniah buat rakyat Kelantan. Negeriku tercinta. Nak tengok gambar banyak lagi dalam facebook..:)

Thursday, May 24, 2012

Ustaz Don - Aurat wanita



۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Menutup aurat adalah hak Allah swt...jangan menafikannya.  Aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Tidak kisah tudung fesyen mana asalkan mengikut syari'at. Ya Allah, berikanlah kesabaran kepada kami untuk menutup aurat..ameen3x..

Friday, May 11, 2012

Rezeki

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Jika sebut pasal rezeki ramai orang terbayang duit. Rezeki itu bukan duit saja. Sihat, ilmu, anak, makan, minum, rumah, sahabat, keluarga, suami, isteri, pakaian, dan banyak lagi itu semua rezeki pemberian Allah. Jika kita mahu menghitung rezeki yang Allah bagi sudah pasti kita tidak akan dapat menghitungnya kerana terlalu banyak. Kita ambil satu contoh nikmat yang Allah bagi iaitu gigi. Bila gigi sakit barulah kita rasa bernilainya gigi sewaktu gigi kita sihat. Boleh kunyah makanan dengan baik. Bila satu batang gigi kena cabut, cantik kah bila kita senyum? Silap haribulan kita takkan keluar rumah. Malu nak jumpa orang. Kena pergi jumpa doktor gigi dulu pasang gigi palsu. Harga satu batang gigi bukannya murah. Harga untuk rawatan pergigian di dunia ni tiada yang murah. Maka bersyukurlah dengan anugerah gigi yang tersusun cantik yang Allah jadikan dalam mulut kita.
Dan jika kamu mahu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak mampu menghitungnya. Sesungguhnnya Allah adalah al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani). Al-Nahl ayat 18.
Pada suatu hari, saya dapat rezeki untuk dengar pengisian dari seorang ustaz dalam radio ikim. Kata ustaz tersebut(jika tidak silap saya ialah Ustaz Pahrol), "Setiap rezeki kita telah dijamin oleh Allah. Begitu juga rezeki makhluk Allah yang lain. Tengok saja cicak. Cicak dijadikan oleh Allah tidak boleh terbang, tapi rezeki cicak ialah serangga yang boleh terbang. Begitu juga dengan pokok periuk kera. Pokok ini tidak boleh bergerak tetapi bahan makanannya ialah serangga. Pokok periuk kera mengandungi enzim yang akan menghancurkan serangga yang terperangkap dan menjadi sumber nutrien kepada pokok berkenaan." Maha Suci Allah yang menjadikan sesuatu dengan sempurna sifatnya mengikut kesesuaian gunanya :) Sama-sama kita mnesyukuri nikmat yang telah Allah kurniakan.

Saturday, May 05, 2012

Mengundi

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞ Dah lama juga tak update blog. Malam ni tengok dah berubah format blogger ni. Rabu lepas adik saya datang rumah dari Tumpat. Saja-saja datang ziarah anak saudaranya yang dua orang ni. Adik datang sekejap saja, pagi semalam saya hantarnya ke stesen bas Kajang. Alahamdulillah kedatangan adik walau hanya dua hari banyak membantu saya menyelesaikan beberapa urusan. Jika tidak, bertiga saja dengan anak-anak memang tidak ke mana. Pertama sekali adik menemani saya ke JPN terdekat di Salak Tinggi. Saya tukar alamat dalam kad pengenalan dari alamat Tumpat ke alamat Bukit Kapar. Khabarnya pilihanraya sudah dekat. Parti kerajaan dan pembangkang semakin giat membuat kempen. Ada yang kata pilihanraya pada bulan Jun nanti. Kad pengenalan yang baru akan siap dua bulan lagi. Sempat atau tidak nak mengundi ni. Kali terakhir pilihanraya negara kita ialah seingat saya pada tahun 2008. Masa tu saya dalam wad di HKL baru lepas bersalin. Jadi masa tu tak boleh nak mengundi. Mak saya pun sedih masa tu dia temankan saya jadi tak dapatlah mak nak mengundi parti PAS parti kesayangannya di Tumpat tapi kemudiannya dia gembira sebab PAS menang. Pada pengamatan saya, ada satu golongan yang berada dalam kedudukan selesa. Golongan ni ialah golongan yang tidak mahu mengundi. Tidak mendaftar dengan SPR dan tidak kisah pun siapa yang memerintah. Asalkan dirinya aman makmur, tidak menjejaskan periuk nasi mereka. Mereka selesa begitu. Parti apa pun menang mereka tidak kisah. Susah juga nak sedarkan mereka kerana ada di antara mereka ialah golongan yang educated dan professional. Itu isu mengundi. Isu lagi satu ialah isu orang melayu yang kurang kesedaran. Pada pengamatan saya lagi sekali, dalam negara kita Malaysia tercinta ini, bangsa Cina lebih sensitif dengan isu Lynas di Gebeng. Mungkin sebab itu antara faktor BErSih 3.0 dipenuhi dengan ramai bangsa Cina. Orang Melayu kurang nak kisah. Bahaya ke tak bahaya ke, tak ambil port. Bak kata si Aiman, "Aiman tak kesahhh...".