Monday, June 27, 2016

Manfaat Solat Berjemaah



Masa zaman student dulu ummi selalu solat berjemaah di surau sekolah/kolej. Sampai terbiasa solat berjemaah. Bila dah kawin jadi ibu, payah nk jumpa solat berjemaah. Solat berjemaah ada manfaatnya dari segi fizik. Apabila kita rapatkan saf, bahu bertemu bahu, kaki dirapatkn dengan jemaah lain, pemindahan cas akan berlaku menyebabkan peneutralan cas dalam badan berlaku. Jika badan kita mempunyai banyak cas2 negatif, pergi la ke surau solat berjemaah kerana lepas solat insyaAllah cas2 dalam badan kita telah dineutralkan. InsyaAllah kita akan lebih sihat.

Makanan BerKolesterol Tinggi

Copy n paste dari : http://aabubiz.blogspot.my/2012/02/makanan-berkolesterol-tinggi.html?m=1


MAKANAN BERKOLESTEROL TINGGI


                                      Keratan lintang arteri yang tersumbat


Jika anda telah didiagnos mempunyai kolesterol tinggi, adalah penting untuk menghadkan pengambilan makanan ber kolesterol tinggi dan menggantikannya dengan makanan yang rendah kolesterol. Ini agak rumit kerana ramai di antara kita tidak tahu apa yang kita perlu kurangkan atau tinggalkan . Menurut Persatuan Jantung Amerika  makanan yang mengandungi kolesterol, lemak trans dan lemak tepu boleh meningkatkan tahap kolesterol anda. Berikut adalah senarai makanan yang boleh meningkatkan kolesterol anda.


Telur:

Terdapat perdebatan yang berterusan tentang sama ada atau tidak telur adalah selamat bagi mereka yang mempunyai kolesterol tinggi. Berikut adalah fakta-fakta:

Terdapat 213 miligram kolesterol pemakanan dalam sebiji  telur - yang hanya 87 miligram kurang daripada jumlah harian yang disyorkan bagi mereka yang mempunyai paras kolesterol yang normal, menurut Persatuan Jantung Amerika. Apabila dimakan dengan makanan lain yang mempengaruhi paras kolesterol, telur boleh menjejaskan tahap kolesterol  anda. fikirkan bahawa kolesterol hanya ditemui dalam kuning telur, jadi ia masih selamat untuk menikmati putih telur.


Barangan Panggang dan Makanan Goreng:

Barangan yang dibakar, seperti pai, kek, cookies, dan mufin,  semestinya bukan pilihan bagi merela yang mempunyai
 paras kolesterol yang tinggi. Makanan bergoreng, seperti kentang goreng, ayam goreng, dan donut, juga boleh meningkatkan kolesterol anda. Sebabnya ialah kerana barang-barang bakar dan makanan goreng sering mengandungi lemak trans. Apabila membeli makanan yang digoreng dan barangan panggang, periksa label untuk mengetahui kandungan ‘lemak trans’.


Daging tenusu dan Organ:

Tenusu penuh lemak dan daging, organ seperti hati,mengandungi  kolesterol pemakanan dan lemak tepu yang tinggi . Cubalah beralih kepada produk tenusu rendah lemak  Adalah elok untuk menukar organ dalaman haiwan dengan makanan yang rendah kolesterol dan lemak, seperti ayam tanpa kulit dan ikan.


Mentega dan Marjerin

Mentega dan marjerin adalah makanan ber kolesterol tinggi kerana ianya  mengandungi  lemak tepu dan trans lemak yang tinggi . Memilih produk yang rendah lemak tepu dan lemak trans adalah sebaik-baiknya . Ambil perhatian bahawa spread minyak sayuran dan marjerin l embut atau cecair  adalah mengandungi  lemak lemak tepu dan trans yang rendah , menurut Persatuan Jantung Amerika.


Panduan Pemakanan

Persatuan Jantung Amerika menyarankan bahawa kebanyakan orang harus mengambil tidak lebih daripada 300 mg  kolesterol sehari dan  tidak  lebih daripada 200 mg  kolesterol sehari jika anda mempunyai penyakit jantung koronari atau jika kolesterol LDL anda adalah 100 mg / dL atau lebih tinggi.  

Untuk  menentukan berapa banyak lemak tepu dan trans yang anda boleh  masukkan ke dalam diet anda, anda perlu terlebih dahulu menentukan berapa banyak kalori anda sepatutnya gunakan sehari. Lemak trans perlu  ada  tidak lebih daripada satu peratus daripada jumlah kalori harian anda, manakala lemak tepu harus dikekalkan pada paras kurang daripada tujuh peratus daripada pengambilan kalori harian anda, menurut Persatuan Jantung Amerika.


Untuk mengekalkan pengambilan lemak trans yang tinggi, tinggi lemak tepu, dan makanan kolesterol yang tinggi dalam julat yang sihat, ia penting untuk membaca label dan bandingkan saiz  keperluan . Juga perlu  membuat pertimbangan menggunakan jurnal makanan untuk merekodkan berapa banyak lemak trans, lemak tepu dan kolesterol pemakanan anda  perlukan setiap hari. Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang bagaimana untuk mengekalkan tahap kolesterol yang sihat melalui pemakanan, pastikan anda berhubung  dengan  pembekal penjagaan kesihatan anda.


LEMAK TEPU:

                                   Makanan yang mengandungi lemak tepu 
Walaupun badan anda memang memerlukan lemak di dalam badan untuk berfungsi dengan baik, anda seharusnya mengelakkan dari pengambilan lemak tepu yang banyak. Lemak tepu berpunca dari makanan seperti lemak pada daging, mentega, susu, keju, dan pelbagai lagi jenis makanan yang lain.
Walaupun sesetengah lemak tepu itu boleh dimakan, tetapi terlalu banyak lemak tepu boleh meningkatkan kadar kolesterol yang mana akan menyebabkan saluran darah tersumbat, strok, dan serangan jantung.

Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan pengambilan lemak tepu ke dalam badan dan seterusnya membantu meningkatkan kesihatan anda dengan lebih baik untuk jangkamasa yang panjang.

1.      Kurangkan makan daging merah. Daging terutamanya bahagian berlemak seperti tulang rusuk dan bacon mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi. Gantikan daging, bacon dan sosej dengan ayam tanpa lemak. Berhati-hati dengan bahagian ayam yang anda makan. Daging ayam seperti di bahagian peha dan kepak adalah lebih banyak kandungan lemak berbanding dengan daging putih di bahagian dada ayam.

2.      Gunakan lebih banyak minyak zaitun di dalam masakan. Minyak zaitun mengandungi lemak tak tepu – polyunsaturated and monounsaturated; yang mana boleh membantu menurunkan kadar kolesterol serta boleh menggantikan lemak tepu dalam masakan anda.
       
3      Ketahui berapa jumlah lemak yang anda perlukan setiap hari.Bagi mereka yang mengamalkan 2000 kalori diet, wanita tidak boleh mengambil melebihi 18 gram lemak tepu manakala bagi lelaki tidak boleh melebihi 20 gram lemak tepu. Anda digalakkan makan separuh dada ayam tanpa kulit yang hanya menyumbang 2 gram lemak tepu ke dalam tubuh badan anda.
Belajar mengira jumlah pengambilan harian lemak unik bagi anda melaluieBook diet Kevin Zahri

4.      Elakkan makanan beku.Kebanyakan makanan yang dibekukan ini mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi.
.       
5.      Panggang daging yang anda ingin makan. Jika anda menggoreng sepotong daging, daging itu akan digoreng dengan lemaknya sekali. Daging tersebut akan menyerap semula lemak dan minyak yang digunakan untuk menggoreng. Sebaliknya, apabila anda memanggang daging, lemak pada daging tersebut akan mengalir keluar dan tidak akan diserap semula. 

6.      Tambahkan suplemen Omega-3ke dalam diet harian anda. Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang baik untuk tubuh badan anda yang membantu ‘melawan’ lemak tepu dan kolesterol yang ‘jahat’. Selain itu, Omega-3 ini juga membantu mengawal keradangan di dalam badan, menguatkan jantung, membantu penglihatan yang baik, serta boleh meningkatkan mood anda. Omega-3 ini boleh didapatkan dari sumber beberapa jenis ikan seperti salmon, ikan kembung, tuna, dan sardin. Anda juga boleh membeli kapsul supplemen Omega-3 di pelbagai farmasi dan klinik. 

7  Kurangkan pengambilan harian produk tenusu. Keju mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi, sama seperti susu lemak penuh. Apabila anda ingin menggunakan keju dalam makanan, pilih keju yang berasaskan susu rendah lemak. Kepada penggemar air susu pula, cuba beralih kepada susu tepung dari susu lemak penuh. 

Nota: Jangan sekali-kali membuang semua lemak dari pemakanan harian anda. Otak dan beberapa organ di dalam badan anda memerlukan sejumlah lemak untuk berfungsi dengan baik.



Lemak Trans Berbahaya?


                              Makanan yang mengandungi lemak trans    

Apakah Lemak Trans Itu?
Lemak trans adalah lemak buatan manusia dengan memadatkan minyak cair (biasanya minyak sayur/vegetable oil) dengan gas hidrogen dalam proses yang dikenal dengan nama Hidrogenisasi. Proses ini dipakai untuk membuat margarine 

Dimana lemak trans ditemukan?
Lemak trans ditemukan dalam Margarin, Shortening, Biskuit, Crakers, makanan berjenis snack. 

Mengapa berbahaya?
Lemak trans dianggap sebagai jenis lemak yang paling berbahaya bagi manusia karena menaikkan LDL (kholesterol jahat) dan menurunkan HDL (kholesterol baik). Lemak trans dianggap lebih berbahaya dari lemak tepu karena lemak tepu  hanya menaikkan LDL namun tidak mempengaruhi HDL. 

Akibatnya, lemak trans menambah risiko penyakit jantung koroner (PJK) dengan penyumbatan pembuluh darah. Sebagai informasi, PJK merupakan salah satu pembunuh no 1 di Malaysia. 
Jika  berbahaya mengapa di gunakan?
Lemak ini sama sekali tidak  diperlukan  manusia namun digunakan untuk memperpanjang umur penyimpanan makanan dan menambah rasa gurih. Dengan lemak ini biskuit dapat bertahan lebih dari 1 tahun. 

Makanan yang banyak mengandung lemak trans
  • Fast foods - fried chicken, biskuit, fried fish sandwiches
  • French fries, Pie apel atau pie lainnya
  • Donuts, muffins
  • Crackers
  • Cookies
  • Cake, cake icing, & pie
  • Pop tarts
  • Microwave popped corn
  • Canned biscuits
  • International and instant latte coffee beverages
  • Mertabak
Tindakan USA
Mengingat lemak trans ini berbahaya maka mulai 1 Januari 2006, pemerintah Amerika Serikat mewajibkan semua makanan dalam pakej  mencantumkan kandungan:
  • Lemak trans (Trans fat)
  • Lemak tepu  (Saturated fat)
  • Kholesterol
Tindakan lainnya
  • Produk ini menggunakan vegetable oil yang bebas cholesterol
  • Mereka menggunakan nama hydrogenated oil /Shortening
Apa yang terjadi di  Malaysia?
Produser  margarin masih mempromosikan bahwa margarin baik bagi kesehatan karena produser margarin telah menambahkan vitamin A, D dsbnya. Kita juga belum menemukan kandungan lemak trans dalam kandungan makanan 

Saranan:
  • Kurangi makanan yang mengandung trans fat dan margarine
  • Hindari makanan berkholesterol tinggi
  • Gunakan minyak sayuran atau minyak tidak tepu
  • Perbanyak mengkonsumsi ikan dan makanan berserat
Sumber: http://www.fda.gov/fdac/features/2003/503_fats.html

Friday, June 24, 2016

Thursday, June 23, 2016

Bunga Di Laman



Harumnya bau melur kampung. Kutip kat laman td. Nanti nak beli bunga cempaka, kenanga and kesidang buat berkawan dengan melur. Dulu nenek ada tanam pokok kenanga bangkok bau wangi sangat (mcm gmbr kt bwh). Susah nak cari spesies macam tu skrg ni. Kat nursery belum tentu ada. Kelopak dia tebal sikit. Bunganya kembang waktu petang. Ada orang panggil bunga pisang. Kalau lalu tepi pokok ni sewaktu bunga sedang mekar, baunya semerbak. 



Wednesday, June 22, 2016

Kolesterol

Bila usia makin meningkat, kesihatan mula sedikit terganggu. Nurse pesan, check paras kolesterol setiap 3 bulan sekali. Nak makan kena memilih dah. Yang banyak kolesterol kena kurangkan. Huhu. Sebenarnya, badan kita sendiri memang menghasilkan kolesterol iaitu di hati dan di usus. Jadi, faktor genetik juga mempengaruhi paras kolesterol tubuh kita. Yang ni kita xleh nak buat apa. Yang kita boleh kontrol ialah kontrol pengambilan makanan kita setiap hari. Kolesterol hanya terdapat dalam haiwan dan sumbernya seperti daging, seafood, butter, keju, minyak sapi, telur, susu dan produk tenusu. Kolesterol tidak terdapat dalam tumbuhan akan tetapi sumber tumbuhan seperti santan dan minyak sawit merupakan lemak tepu yang boleh meningkatkan penghasilan kolesterol dalam badan. Amalkan minyak zaitun sebab minyak zaitun ialah lemak tidak tepu yg mengurangkan paras kolesterol. Baru belajar setakat tu je hehe sekian prkongsian utk hari ini.

Monday, June 20, 2016

Pokok Bunga Kertas

Ummi baru ada 3 koleksi pokok bunga kertas. Pink, putih dan purple. Yang purple lebih kpd mengeluarkn daun.




Delima Merah

Si delima ni berbunga. Tapi tak tahu bunga dia bertahan lama mana. Mungkin akan gugur sebab pokok masih muda untuk berbuah. 



Sunday, June 19, 2016

Menu Sahur


Pagi tadi en ayah sahur menu diet for high cholesterol. Salmon grilled, avocado salad dan sedikit nasi putih. Sebab puasa , kena makan la jugak nasi untuk tenaga. Memang nak kena pantang habis-habisan lah sebab kolesterol dah terlampau tinggi sangat. En.ayah ada seorang isteri dan 4 org anak untuk dijaga. Huhuhu. Product tenusu langsung tak boleh makan. Lepas ni jangan harap nak makan nasi lemak dah selagi kolesterol belum turun. En ayah dah babai kat burger sebab doktor cakap burger ni hanya lemak semata-mata. Nikmat makan tu Allah dah tarik sikit. Lepas raya ni kena excercise kardio pulak. Bulan2 puasa ni nak excercise takut tak larat. Selamat berpantang en.ayah hehehe.

Saturday, June 18, 2016

Lemon

Hajat di hati nk tanam lemon..angan2 mat jenin dulu. Lepas raya nanti nak cari anak pokok lemon. Pokok limau nipis dah ada tapi daunnya cukup digemari oleh ulat. 



Friday, June 17, 2016

Takkan Berpaling Dari Mu

Alhamdulillah sejuk ya pagi ni hujan dari malam tadi lagi. Pagi2 ni kita layan lagu takkan berpaling dari Mu nyanyian Rossa. Lepas hujan reda dan matahari muncul sikit baru kita jenguk laman...



Kala malam bersihkan wajahnya dari bintang-bintang
Dan mulai turun setetes air langit dari tubuhnya
Tanpa sadar nikmatnya alam karena kuasa-Mu
Yang takkan habis sampai di akhir waktu perjalanan ini

Terima kasih ku pada-Mu Tuhanku
Tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
Hanya diri-Mu yang tahu besar rasa cintaku pada-Mu
Oh Tuhan anugerah-Mu tak pernah berhenti
Selalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
Dan satu janjiku takkan berpaling dari-Mu

Terima kasihku Ya Allah
Tuhanku anugerah-Mu
Anugerah-Mu

Tuhan sisihkan semua aral melintang di hadapanku
Dan buat terang seluruh jalan hidupku melangkah

Terima kasih ku pada-Mu Tuhanku
Tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
Hanya diri-Mu yang tahu besar rasa cintaku pada-Mu
Anugerah-Mu tak pernah berhenti
Selalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
Dan satu janjiku takkan berpaling dari-Mu

Friday, June 10, 2016

D.i.y Ice Cream

Hari ni dah 4 hari Fathul berpuasa penuh. Satu hari puasa separuh hari. Fathul memang rajin buat ice cream sendiri guna bekas ice cream beli kt kedai d.i.y. Bulan posa ni tiap2 hari dia buat. Ice cream makan masa moreh nanti. Pastinya sepah2 air tumpah2 atas table top huhu. Tapi takpa2...fathul belajaq nak buat yang terbaik. Tahniah fathul.




Tuesday, June 07, 2016

Selamat Berpuasa

Adehh penatnya berpuasa. Semoga puasa dapat mendidik hati kita insyaAllah. Nashrul dan Fathul alhamdulillah tahun ni lebih pandai berpuasa berbanding tahun lepas masa darjah 1. Ummi plak tak berapa berselera makan nasi. Lauk tak kena gaya mmg xberselera huhu. Qayyum dan Maryam plak tak berapa sihat menambahkan lagi kepenatan diri. Sebab ummi masih menyusukan maryam dan maryam plak tak sihat taknak makan makanan lain, ummi kena minum banyak2 air antara maghrib dengan subuh. Petang ni insyaAllah ummi akan masak nasi lemak rendang ayam untuk juadah berbuka puasa. Hihi lagi2 nasi lomak..