Monday, October 31, 2016

Don't judge people ya!

be positive

Terasa lambatttt pula masa berjalan. Rasa lama nak sampai ke penghujung november. Rasa malas nk berperang suruh anak2 pergi sekolah.Hujung tahun dah tak belajar. Jadi hat memang dah pemalas nak pegi sekolah dia jadi makin malas nak gi sekolah..Banyak alasan cikadaknya. 

Pagi Sabtu ummi ke hospital saje buat ujian kolesterol. Sebab badan terasa lemah semacam. penat tak habis2. makan suka yg berlemak2. lepas ambik darah kitaorg gi breakfast kt dlm hospital tu jgk. lepas 45 minit dapat result dlm bilik doktor. Alhamdulillah semuanya ok malah lemak yg baik hdl berada di paras yg tinggi.

ummi:  Tapi kenapa ya saya sentiasa letih ya               doktor?

doktor: hmmm sebab anak2 kecik dan lasak               ni puan. puan ada maid ke kat rumah

ummi: tak ada maid. saya ni suri rumah.

doktor: hah ye la tu. 

ummi: hehehee

Alhamdulillah bila setiap hari makan pil calcium terasa bertenaga sikit. Tahun depan tambah lagi jadi mak supir Qayyum pulak. insyaAllah qayyum akan ke sekolah. banyak trip dalam satu hari. 

Sunday, October 30, 2016

Surah Al 'Ala

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
(Dipetik dari ruangan Tafsir Al-Quran Asbabun Nuzul
siri 29 (MEGA) Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 24 september 2010)

Syed Qutub berkata, dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dari al-Imam Ali Karamallahu Wajhahu, bahawa Rasulullah SAW kasihkan surah al-A’la. 

Tersebut di dalam Sahih Muslim bahawa baginda membaca surah al-A’la dan al-Ghasiyah dalam solat dua hari raya dan hari Jumaat.

Baginda juga membaca kedua-dua surah itu untuk sembahyang hari raya dan sembahyang Jumaat yang jatuh pada hari Jumaat. 

Memang wajar bagi Rasulullah menyintai surah ini, kerana surah ini menukarkan seluruh alam menjadi sebuah tempat ibadat di mana bergema ucapan tasbih dan tahmid di seluruh sudutnya, dan menjadi sebuah tempat pameran yang penuh dengan kejadian-kejadian yang mengilhamkan tasbih dan tahmid.

Firman Allah SWT: Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu yang Maha tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan).

Al-Maraghi berkata: Sucikanlah nama Tuhanmu dari sesuatu yang tidak layak dengan keagungan-Nya, sama ada tentang zat-Nya, sifat-sifat-Nya, perbuatan-Nya dan hukum-hukumnya. 

Oleh sebab itu, janganlah kamu menyebutnya kalau tidak untuk mengagungkan-Nya, dan jangan kamu menggunakan nama-Nya kepada selain-Nya, dan jangan menganggap sifat-sifat-Nya sama dengan sifat-sifat yang selain-Nya. 

Firman Allah SWT: Yang telah menciptakan (sekalian makhluk-Nya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya.

Ibn Kathir berkata: Allah SWT ciptakan makhluk dan menyamakannya dengan sebaik-baik kejadian dari segi bentuknya. 

Firman Allah SWT: Dan yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhluk-Nya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaan-Nya).

Mujahid berkata: Allah memberi petunjuk kepada manusia sama ada untuk kecelakaan atau kebahagiaan yang dipilih oleh manusia begitu juga menunjuk haiwan ternakan untuk padang ragutnya. 

Ayat ini sama seperti firman Allah SWT yang mengkhabarkan berkenaan perihal manusia yang berkata kepada Firaun. 

Firman Allah SWT: Dan yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak. 

Al-Maraghi berkata: Dialah yang menumbuhkan segala macam tumbuh-tumbuhan untuk menjadi makanan haiwan. 

Tidak ada tumbuh-tumbuhan yang tidak layak untuk dimakan oleh haiwan dan makhluk hidup yang lainnya. 

Firman Allah SWT: Kemudian ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering (berubah warnanya) kehitam-hitaman. 

Syed Qutub berkata: Tumbuh-tumbuhan itu mulanya tumbuh menghijau. Kemudian beransur-ansur layu kering hitam kekuning-kuningan. Semasa hijau ia boleh dimakan dan semasa kering hitam kekuningan juga boleh dimakan. 

Dalam semua keadaan, tumbuh-tumbuhan itu berguna belaka kepada kehidupan mengikut perencanaan Allah yang telah menjadikan makhluk-Nya dengan ciptaan yang sempurna dengan menentukan tugas dan matlamat masing-masing serta memberi bimbingan kepadanya. 

Penutup

Al-Maraghi berkata: Kita diperintahkan agar mengenal Allah SWT Yang Maha Agung, bahawa Dialah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana yang mana dengan sifat-sifat-Nya itu kita dapat menyaksikan bukti-bukti ciptaan-Nya.

Juga kita diperintahkan untuk memberikan nama-nama yang tidak layak, sebagaimana dilakukan oleh golongan yang ingkar, yang bertuhankan selain Allah SWT sebagai sekutunya atau menyifatkan Allah SWT dengan sifat-sifat yang serupa dengan makhluk-Nya. 

Kita juga diperintahkan untuk menyucikan sifat Allah SWT bukan zat-Nya, adalah untuk membimbing kita bahawa tingkat kemampuan kita yang paling tinggi hanyalah mengenal sifat-sifat-Nya, yang dapat menunjukkan adanya Zat-Nya, Zat-Nya sendiri jauh lebih tinggi daripada yang dapat dijangkau oleh akal kita. 

Justeru, cukuplah kita memerhatikan sifat-sifatnya yang dapat menunjukkan kewujudan Zat-Nya. 

Semoga kita menjadi golongan yang sentiasa mempelajari ilmu Allah sehingga akhirnya menatijahkan ma’rifah kepada-Nya. Amin.ed Qutub berkata, dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dari al-Imam Ali Karamallahu Wajhahu, bahawa Rasulullah SAW kasihkan surah al-A’la. 

Semoga kita menjadi golongan yang sentiasa mempelajari ilmu Allah sehingga akhirnya menatijahkan ma’rifah kepada-Nya. Amin.

dikopas dari sini: http://manhassan.blogspot.my/2010/07/tejemahan-surah-al-alaa.html?m=1

Wednesday, October 26, 2016

Door

Go go gorgeous..smlm suka colour putih..hari ni suka kaler kuning...esok suka kaler kelabu...tulat suka kaler biru..hmmm...but nop red..just suka2 gambar pintu. cari idea dulu.

Saturday, October 22, 2016

Ubat batuk natural

Encik ayah keluar awal pagi sabtu ke daurah. Lepas boipren keluar, ummi pegi kedai runcit nak beli ikan. Bawa si Abdul Qayyum 3 tahun setengah. nYo mengamuk nk beli aiskrim pagi2 ni kt kedai. Aishhhh budak ni memang !!! hangin mak jemah. beli sekali buah nenas nak buat jus campur madu untuk fathul yg batuk teruk. Tadi google image 'nenas' tapi keluar gambar pompuan seksi. bukan gmbr buah nenas. haha...ngok. google 'buah nenas' baru keluar gmbr buah nenas. fathul batuk dan selsema skali. smlm dah berjangkit selsema kpd maryam. smg cepat sembuh ank2 semua. 

Wednesday, October 12, 2016

Inspirasi

Tadi ada problem nak buka akaun blog ni. ingatkan blog ni bakal berkubur. rupanya belum lagi. macam2 la...terusik setting dah tak reti nk set up balik. tambah pulak kita bukan ada bnyk masa nk godek phone lama2. Saja2 share gambar deco2. simpan gambar je dulu nanti kalau ada rezeki boleh deco rumah sendiri pulak dengan tema biru pucat kelabu pucat huhuhu.

Sunday, October 09, 2016

Suram

Semalam terperap dalam rumah hari ni rasa nak terperap lg. Semalam ada dua berita duka melibatkan orang yang pernah saya kenal. Seorang tu lecturer uitm yg ditemui meninggal dlm biliknya di Fakulti dan seorang lagi ex school mate masa sekolah menengah sedang berjuang di bilik icu. Ex school mate ni sedang buat doktor pakar. Beliau mengalami komplikasi selepas bersalin secara caesar. Babynya sihat dan inilah anak first beliau setelah sekian lama berkahwin. Dapat rezeki baby tu pun dari usaha secara ivf. Semoga beliau cepat sembuh dan dapat bersama2 dengan baby yang sekian lama dinanti2kan...aminnnn.

Allahu Allah rasa boring sangat hari ni. Teringat masa zaman bujang dulu2 kalau hujung minggu biasanya mengepak bersama kawan2. Kalau ada majlis ilmu lagi best. minggu ni xde usrah. insyaAllah minggu ada usrah.

Sunday, October 02, 2016

Dress

Adui fall in love betul dgn dress ni. comel. tapi tak sesuai lagi kot dengan Maryam ku sayang nk pakai jubah dress ni. Kalau 4 tahun ke atas boleh la kot sebab masa tu budget cik M dah sopan santun. sekarang ni cik M pakai seluar setiap hari sebab dia suka sangat la memanjat. Girl pun lasak. Ummi pun ingat nak mula la cari kelas2 menjahit. Ada skill nanti boleh la jahit jubah dress ni. Angan2 minah jenin.