Friday, September 30, 2016

Welcome back

Alhamdulillah, setelah 4 tahun berada di UK, tamatla sudah perjalanan phd kakak sulong ummi di sana. Tengahari tadi kak and family selamat tiba di airport P.Chepa disambut oleh sanak saudara. Congratulations my sister Dr. Ani Awanis. 


Wednesday, September 28, 2016

Maryam's drawing







  




Pantun Rabu

  

Habis hujan terbit mentari,
unggas berkicau riang menyanyi,
hidup di dunia hanya sekali,
mari banyakkan amal dan bakti.

Buah delima merah menyala,
banyak khasiat sedap rasanya,
solat lima waktu jangan dilupa,
insyaAllah hidup berjaya dan bahagia.

Bunga kenanga harum baunya,
Harum juga si bunga cina,
rajin bersedekah berganda pahala,
jadikan amalan dalam hidup kita.

Monday, September 26, 2016

mabrook

Tahniah diucapkan kepada murobbiyah ummi kak Sarimah kerana anak beliau telah menerima anugerah cancelor di Kuin. Subhanallah moga2 dapat aura kena tempias2 kpd ank2 ummi kehkehkeh kikikiki. hmmm xtak tau la my kembar bujang ni. pergi sekolah bukan main malas. 




Puteri bongsu



Nur Maryam, 19 bulan 

Monday, September 19, 2016

Flat Foot

Minggu  lepas masa kami jln 2 kat setia city mall, ada org Jual kasut buat free foot print test. So ummi tarik fathul utk buat test ni sbb fathul kan spine dia dah bengkok.  Bila test tak sangka Chinese tu cakap tapak kaki fathul jenis flat. Takde arch dan ada excessive pronotation. Kaki dia pun dah bentuk x. Chinese tu  pun mula la kempen suruh beli kasut dia pakej kasut, arch, treatment dan service semua sekali rm4 ribu lebih.  Mahu juling mata ummi. Mmg tak la. Esoknya kami gi jln 2 cari selipar lain utk fathul. Selipar yg dia pakai selama ni Mmg selipar murah jenis tapak rata. Jumpa jugak selipar sesuai yg support bhagian arch brand larrie. Mahal jgk mana ada yg murah tp dpt discount tak smpi seratus. Fathul..fathul..kalau bawa jmp doktor pun doktor mesti suruh turunkn berat badan untuk kurangkn tekanan pada bhagian kaki flat tu. Hmmm tak tahu la ummi mcm mn nk kurangkn fathul mkn.


Thursday, September 15, 2016

Bercuti Di Cherating

Alhamdulillah, selepas beraya Aidiladha di Kelantan, kami singgah di Cherating. Kami menginap di Eastern Pavilion. Seronok di sini insyaAllah lain kali nak datang lagi kalau ada rezeki. 










































Sunday, September 04, 2016

Masam2 Kelat

Qayyum bila tak senyum muka dia nampak garang. Masam mencuka. Kadang2 dia jd peramah, nak berkawan. Kadang2 dia cheeky kacau2 orang. Masa dia cheeky ni la dia tersengeh2. Mood qayyum berubah2. Tapi qayyum okey aje..anak yg bijak 😊.


Fireman Qayyum


Qayyum naik biri2 kt rmh terbalik


Qayyum jadi paramedic


Masa kat KL Tower


Qayyum kerja kat recycle centre


Qayyum lepas nangis