Wednesday, May 24, 2017

Pagi Rabu


Hari ni ummi bangun pukul 5 am buatkan muffin carot untuk abang dan along, anak kembar ummi. Along dan abang ada sambutan hari guru di sekolah abim. semalam dorang balik rumah cakap esok kena bawa pinggan, cawan, sudu, kuih dan hadiah. Hamboihh..hadiah pun kena bawa jgk. Ummi cakap kt ank2 ummi takde duit nak beli hadiah gempak2 kat cikgu. Ummi cari apa yg ada kt dlm rumah ni ada la sesuatu yg dpt dijadikan hadiah. nnt ank2 sedih plak tak bawak hadiah bila tgk kawan2 diorang bawa hadiah nk bg cikgu. Lagipun bagus jgk diorang belajar untuk memberi dan menghargai. Pastu nak kena bawa air pulak. Along request air ribena. selalunya setiap hari bawa bekal air masak jer. Along pulak tak berapa sihat. kena serangan allergy. berhingus la dia sampai sakit kepala. dah makan ubat anti histamine pun takde tanda2 nak baik. bila dah berhingus datang la batuk lelah dia. kena pulak betul2 time exam pertengahan tahun. maka tak ujian la along hari isnin lepas. ujian paper bm dan sains. semalam hari selasa along bagi surat doktor kat cikgu harap2 cikgu bagi ujian ganti dekat along. semalam paper english 1 dan 2. macam biasa la along dan abang wat balik kertas ujian ummi check banyak benar salahnya. macam nak fail. tak tahu la ummi dengan korang ni. kalau tengok citer kartun memang nampak bijak dan pandai sebab boleh hafal karakter2 kartun tu. tapi bila bab belajar ibarat mencurah air ke daun keladi. sedih jgk kan bila anak tak perform kat sekolah. anak sulong plak tu. anak sulong ni penting. bila yg sulong tu bagus...adik2 yg bawah ni automatik akan ikut perangai anak yg sulong ni. emak ummi cakap sabar la. mungkin nnt naik sekolah menengah nnt dorang akan cerdik. tak tahu la. positif je la. yang penting anak2 akhlaknya baik dan tahu matlamat hidup dorang. kita sebagai parents hanya memandu di dunia ni agar mereka tak tersesat. depa ni bagus sebenarnya. bila ummi marah dan berleter depa nmpk positif makna nya mereka suka kita marah mereka supaya mereka jd baik. fitrah manusia kot mcm tu. ummi harap dan doa setiap hari agar along dan abang menjadi anak yg soleh aminnn.

Friday, May 12, 2017

Tuesday, May 09, 2017

Pokok lemon

Pegi ke nursery nk beli pokok pisang tapi takde..beli ler pokok lemon. Lemon oh lemon nnt berbuah dgn lebat yeekk...


Monday, May 08, 2017

Pudina

Semalam ada jiran bagi pokok mint atau pun pokok pudina. Ummi pun tanam sikit dalam pasu. Harap2 hidup lah dia. 


Friday, May 05, 2017

Thursday, May 04, 2017

Pokok2 pagi ini

Nak kena trim..



cik tin..



harum manis katanya...



mangga epal..ahli baru..

 

longan sedang berbunga. diminati oleh pelbagai serangga termasuk cik lebah ni..
 





baby sayur..



Wednesday, May 03, 2017

Ideas yg segar

Bestnye kalau ummi pandai bertukang. sure boleh d.i.y je tempat nak tanam sayur dan tempat sayur nak panjat. hmm tapi tak pandai boleh memandai-mandai aje huhuhu..
















Tuesday, May 02, 2017

Projek bermula



sempat tak dituai bulan Ramadhan ni? salad, sawi, bayam merah, ketumbar, bendi, terung, cili, tomato, timun. macam tak sempat tapi takpe lah..

Monday, May 01, 2017

Selamat hari buruh

Hari ni cuti yeayyy. Ummi baru nk brekpes. 2 set sarapan pagi. satu untuk ummi satu untuk en.ayah. Lepas ni nak pegi berjimba2 di kota 😀