Showing posts with label ibu. Show all posts
Showing posts with label ibu. Show all posts

Saturday, April 14, 2012

Rahsia ibu Ustaz Don


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Begitu berpengaruhnya keperibadian seorang ibu dan ayah kepada si anak sehingga anak akhirnya menjadi seorang ulamak. Berkat air susu ibu, kasih sayang dan didikan dari seorang ibu yang bergelar suri, juga peribadi seorang ayah yang hebat akan menghasilkan anak yang luar biasa insyaAllah. Saya juga impikan anak-anak saya menjadi seorang ulamak suatu hari nanti insyaAllah ^^. Mari kita lihat apakah rahsia ibu kepada seorang ustaz yang popular di TV al-Hijrah sekarang yang saya CnP dari facebook.:-

Satu perkongsian yang menarik dr Prof Dr Muhaya:

"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"

SUBHANALLAH.... indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.

Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan??? Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID;)

By: Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl.


Dari kisah ini, saya simpulkan bahawa untuk menghasilkan seorang anak yang hebat, bukanlah peranan ibu semata, tetapi perlukan kerjasama antara seorang ibu dengan bapa. Para suami perlulah memberi sokongan kepada isteri dalam mendidik anak-anak. Dan selalu saya ingat akan pepatah orang tua2, 'bapa borek anak rintik'. Cuba anda fikirkan, kenapa orang dulu2 sebut 'bapa borek anak rintik' dan bukannya 'ibu borek anak rintik'...smile in piece..

Friday, February 24, 2012

Perginya adik Faris..


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Dalam entri yang lalu, saya ada menceritakan tentang seorang kanak-kanak iaitu adik Faris yang mengidap HLH. Adik itu telah pun meninggal semalam, innalillahi wa inna ilaihiroji'unnn. Semoga roh adik Faris tenang di alam barzakh sana ameen. Hari ni plak tersentuh baca status kat wall Fb seorang kawan. Sebenarnya nak buat peringatan untuk diri sendiri supaya bersabar. "Allah akan menguji seorang hamba-Nya pada titik kelemahan seseorang itu", pesanan murobbi @ suami saya. Cuba kita tengok ibu-ibu kita yang telah tua dimamah usia itu. Mereka cukup sabar kan? Itu kerana mereka sudah melalui jerih perih, penat lelah seorang isteri dan ibu. Sama-sama kita renungkan:-

Pesanan dari ayah kepada Allahyarham Faris Nur Daniel buat semua ibu bapa...Buat kawan-kawan semua.... Antara perkara yang kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel...

1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does... that.

2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.

3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak

4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.

5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.Bottom line is......Hargailah masa anda bersama anak-anak...

Kita tak tau bila kita atau dia yang akan "pergi" dulu...



Itulah kesabaran yang Allah tuntut dari seorang ibu. Semoga kita dapat melaksanakan tanggungjawab yang Allah berikan ini dengan penuh kesabaran dan keikhlasan. Anak kita syurga kita insyaAllah ^^;.

Saturday, October 29, 2011

Seorang ibu..


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Buat renungan untuk kita yang masih mempunyai ibu. Memang benar, seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, tetapi seorang anak belum tentu boleh menjaga ibunya. Terkadang, hati ini merasa sayu kerana tidak mampu memberikan ibu kebahagiaan melainkan hanya doa untuk ibu. Kata orang, jika kita tak mampu mengembirakan ibu, jangan pula kita sakiti hatinya. Maafkan aku ibu, andai tindak tanduk aku selama ini ibu merasakan aku membelakangi ibu. Hanya Allah yang dapat membalas jasa ibu..


SEORANG IBU ♥
Apabila sudah berumah tangga nnti :)

Bila seronok, aku cari Pasanganku...
Bila sedih, aku cari Mak...
Bila berjaya, aku ceritakan pada Pasanganku...
Bila gagal, aku ceritakan pada Mak...

Bila bahagia, aku peluk erat Pasanganku...
Bila berduka, aku peluk erat Emakku...
Bila nak bercuti, aku bawa Pasanganku...
Bila sibuk, aku hantar anak2 ke rumah Mak...

Bila sambut valentine Aku bagi hadiah pada pasanganku...
Bila sambut hari ibu Aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"...
Selalu Aku ingat pasanganku...
Selalu Mak ingat kat aku...
Bila-bila Aku akan talipon pasanganku...
Entah bila Aku nak talipon Mak...
Selalu Aku belikan hadiah untuk pasanganku...
Entah bila Aku nak belikan hadiah untuk Emak...

Renungkan:

"Kalau kalian sudah habis belajar dan berkerja...

Bolehkah kalian kirim wang untuk Mak kalian semua?
Mak bukan nak banyak........"lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita sebagai seorang anak mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada nanti..........baru kata

EMAKKKKK!!....KITA SAYANG MAK!!....KITA RINDU MAK!!....KENAPA MAK TINGGALKAN SAYA!!....

Berapa ramai yang sanggup menyucup dahi ibunya sendiri..........
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya suatu hari nanti..........
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya suatu hari nanti.......
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya suatu hari nanti........
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya suatu hari nanti......
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya suatu hari nanti. .....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

"SEBAGAI SEORANG ANAK, SAYANGILAH IBU ANDA SEBAGAIMANA DIA
MENYAYANGI ANDA SEJAK KECIL HINGGA SEKARANG SEBELUM SEMUANYA TERLEWAT".........

By: Malaysian Community

Saturday, July 16, 2011

Tersepit antara dua


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Terasa lega sedikit perasaan saya setelah membaca artikel oleh Puan Suzana Ghazali di bawah ini. Beliau memang selalu keluar dalam tv merupakan seorang Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie. Alhamdulillah jumpa artikel yang dicari-cari. Dunia ini tidak ideal. Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang. Back to al-quran dan sunnah. Di situ kita akan jumpa solusinya. Kita perlu celik 'hak dan kewajipan' kita masing-masing di sisi agama. Keutuhan prinsip kita untuk taat pada perintah suami lalu membelakangkan kemahuan ibu kita tidak menjadikan kita seorang anak derhaka. Suburkan sikap saling memahami dan saling menghormati antara suami, isteri dan ibubapa. Wallahu'alam.

source: Bersama Suzana Ghazali
Dilema wanita: ibu atau suami?

Seorang isteri tersepit di persimpangan dilema, mengikut kemahuan ibu supaya meneruskan kerjaya atau mengikut kehendak suami supaya berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Menurut pengadu, sebagai anak sulung, dia berasa bertanggungjawab untuk terus bekerja agar mempunyai pendapatan untuk diagihkan kepada ibu dan adik-adik. Sedangkan si suami berkeras agar dia berhenti kerja dan menumpukan sepenuh masa kepada pengurusan rumah tangga. Soalan pengadu: kehendak atau kemahuan siapa yang perlu diutamakan? Dalam satu kes yang lain, seorang isteri turut berada di dalam dilema apabila ibunya mengarahkan agar anaknya (cucu si ibu) dihantar pulang ke kampung pada waktu cuti sekolah dan kehendak si ibu itu tidak disukai oleh si suami. Si suami melarang si isteri menurut kehendak ibunya walau apa pun alasan yang diberi. Si isteri betul-betul tertekan kerana tidak pasti kehendak siapakah yang perlu diutamakan? Membantah kehendak ibu bererti menjadi anak yang derhaka. Melawan kehendak suami bererti menjadi isteri yang tidak taat.

Inilah antara beberapa kes yang boleh dikategorikan sebagai ‘diluah mati emak, ditelan mati bapa’. Memang sukar untuk membuat pilihan kan? Sebenarnya, situasi sebegini tidak wajar dihadapi oleh para isteri. Kenapa? Kerana setiap isteri adalah WAJIB MENGUTAMAKAN SUAMI WALAU DALAM APA JUGA KEADAAN DAN SITUASI SELAGI IANYA TIDAK BERCANGGAH DENGAN KEHENDAK SYARAK. Ini bukan kata saya, bukan juga kata mana-mana ahli psikologi atau pengamal undang-undang keluarga sebaliknya ini adalah HUKUM DAN KETENTUAN YANG DITETAPKAN OLEH SYARAK DAN AGAMA. Saya faham dan akui, setiap anak sama ada lelaki atau perempuan telah dididik dan ditanam dengan prinsip ‘syurga di bawah tapak kaki ibu’. Kata-kata ini menjadi pegangan setiap individu hatta ada para ibu yang menjadikan kata-kata ini sebagai senjata untuk mengikat anak-anak.

Sebenarnya, terdapat perbezaan yang jelas dan nyata antara anak lelaki dan anak perempuan. Setiap anak lelaki adalah wajib berpegang dengan kata dan hukum bahawa syurga mereka terletak di bawah tapak kaki ibu. Tak kiralah ketika masih memegang status bujang atau sudah berkahwin dan mempunyai anak cucu. Dalam kata mudah, REDHA ALLAH PADA SI ANAK LELAKI BERGANTUNG KEPADA REDHA SI IBU KEPADANYA. Namun masih terdapat pengecualian tertentu bergantung kepada beberapa terma dan syarat. Saya akan bincangkan mengenai terma dan syarat ini pada perbincangan yang akan datang. Bagi anak perempuan, syurganya hanya terletak di bawah tapak kaki ibu jika si anak masih belum berkahwin. Sebaliknya, jika si anak perempuan telah pun berkahwin makan syurga si anak akan berpindah ke bawah tapak kaki suami dengan erti kata lain REDHA SI ANAK PEREMPUAN YANG TELAH BERKAHWIN INI BERGANTUNG KEPADA REDHA SUAMINYA KEPADANYA.

Jelas sekali, dalam kedua-dua kes yang saya bentangkan di awal perbincangan tadi, kedua-dua isteri ini perlu mengutamakan kehendak suami masing-masing terlebih dahulu. Tak perlu rasa gusar, gundah atau gulana kerana si isteri tidak akan dinobatkan sebagai anak derhaka hanya kerana mengikut kehendak suami dan membelakangkan kemahuan si ibu. Namun, sama seperti ketaatan tanpa berbelah bahagi seorang anak lelaki kepada ibunya, seorang isteri juga mempunyai syarat-syarat tertentu di dalam mentaati si suami. Syarat yang mudah yang telah saya jelaskan di awal tadi iaitu kehendak suami tidak bercanggah dengan kehendak syariat. Sama juga dengan si ibu, tidak perlu malah tidak wajar mempunyai rasa sedih atau kecil hati dengan sikap anak perempuannya yang tidak mengikuti kemahuannya kerana sebagai seorang ibu yang juga seorang anak dan seorang isteri, setiap ibu wajib mengetahui bahawa ketaatan seorang isteri kepada suami adalah lebih utama daripada ketaatan kepada ibu dan bapanya. Sewajarnya seorang ibu berbangga jika anak perempuan yang dikandungkan, dilahirkan dan dididiknya mampu menjadi seorang isteri yang solehah dan disenangi oleh menantunya dan paling penting, diredhai Ilahi.
Namun, sama seperti ketaatan bersyarat seorang anak lelaki kepada kehendak dan kemahuan si ibu, ketaatan seorang isteri kepada suami juga bersyarat. Ketaatan bukanlah mutlak dan melampau. Selagi mana kehendak dan kemahuan suami tidak bertentangan dengan syarak, maka si isteri wajib menurut dan mengikutnya. Tidak bertentangan dengan kehendak syarak termasuklah apa juga perkara yang bertentangan dengan kehendak moral dan tatasusila masyarakat. Sebagai contoh, seorang suami melarang isteri daripada balik ke kampung menziarahi ibu atau ayahnya yang sakit maka si isteri wajib mentaati kehendak suami. Kenapa? Kerana larangan suami hanyalah bertentangan dengan kehendak moral dan tatasusila masyarakat, bukannya bertentangan dengan kehendak syariat dan syarak.

Lantaran itulah, setiap ibu bapa wajib memilih calon menantu yang bukan sahaja boleh diharapkan untuk menyayangi dan menjaga si anak tetapi boleh juga diharapkan untuk menyayangi mereka. Paling penting, setiap anak gadis dan wanita: jangan buta kerana cinta. Jangan tersilap pilih lelaki yang tidak dapat menerima ibu dan ayah anda. Nasihat saya kepada setiap suami dan juga isteri, jangan terlalu taasub dengan hukum hingga sanggup menyalahgunakan hukum untuk kepentingan diri sendiri. Fahamilah pasangan anda seperti mana anda ingin diri anda difahami. Ingat!! Bukan hanya anda mempunyai ibu dan bapa lantas, bertoleransi lah…. demi sebuah kebahagiaan di dalam rumahtangga.

****Siaran Jun 2007

Thursday, May 05, 2011

Detik waktu sebagai seorang hamba dan ibu

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Too many works, too little time. Masa seperti tidak cukup 24 jam sehari. Tapi dalam kesibukan, perlu ada sedikit masa untuk bersosial kerana Allah menyukai hamba-hambaNya yang berkasih sayang kerana Allah. Masa yang ada hampir kesemuanya dicurahkan kepada menguruskan keluarga terutamanya anak-anak. Setiap detik masa seorang ibu bersama anak insyaAllah tidak sia-sia. Sentiasa berkualiti kerana ia bernilai ibadah. Tidak sia-sia kita letih mengemas rumah, pening kepala dengan karenah anak, letih memasak dan lain-lain kerana itu semua amal kebajikan yang bernilai di sisi Allah swt.

Sekarang ini badan masih kuat dan sihat. Masa sihat ni lah kita boleh buat macam-macam perkara. Sia-sia je kita tak gunakan kekuatan di kala muda ni untuk beramal kerana bila usia dah meningkat, badan sakit situ sakit sini..nak buat ibadah yang wajib pun tak larat apatah lagi nak buat ibadah yang sunat. Di tempat kediaman saya ni, banyak orang muda. Jadi selalunya nampak orang yang sihat dan cergas pergi dan balik kerja setiap hari. Tapi sesekali kalau saya balik kampung, saya jumpa dengan orang kampung yang hampir saya tidak cam mereka kerana wajah mereka sudah dimamah usia. Jika di surau pula, ada makcik yang berjemaah di surau, apabila mereka sujud, untuk bangun semula begitu sukar sekali kerana sakit lutut, sakit pinggan dan macam-macam sakit lagilah. Jika dalam usrah pula, akhwat-akhwat yang berusia 40-an, masing-masing perlu ada kaca mata untuk tilawah dan membaca hadith, jika tidak mereka tidak nampak tulisan untuk membaca. Masa tu saya insaf, saya fikir begitulah saya nanti bila usia di kala 40 an. Allah sudah mula menarik sikit-sikit nikmat untuk melihat. Jadi masa muda inilah kita kena lipatgandakan solat sunat, puasa sunat , tilawah al-quran dll. Hadith nabi yang selalu saya ingat ialah tentang lima perkara tu. Ia menjadi motivasi untuk kita beramal sebenarnya.

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sehat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.”
(Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)


Sebelum melabuhkan tirai penutup saya mengucapkan selamat hari ibu kepada semua pembaca yang bergelar ibu. Namun begitu, saya menganggap setiap hari ialah hari ibu, tiada istilah satu hari saja untuk hari ibu dalam hidup kita. Semoga Allah merahmati ibu-ibu kita juga kerana jasa mereka yang tidak mampu kita balas :(. Terimalah lagu yang saya gemari untuk ibu-ibu semua, IBU nyanyian SAKHA.