Wednesday, December 25, 2013

Baby Cardiff

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞



Pagi ni kononnya ummi nak pergi jadi sukarelawan. Sekali, duk melepek je kat rumah. Anak-anak pun belum mandi lagi semua. Agaknya macam ni la kalau jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Kalau nak keluar tu payah sangat sebab dah terbiasa duduk kat rumah. Kalau kerja-kerja tak buat rasa ralat nak tinggalkan rumah. Atau itu sekadar alasan kah?? Alhamdulillah, 20hb yang lalu, kakak ummi di Cardiff dah selamat melahirkan baby boy diberi nama Wazeer Uqail. Ni boleh jadi geng Abdul Qayyum. Abdul Qayyum sekarang tak leh lepo sikit, mesti bangun meniti kot birai sofa. Dah beberapa kali jatuh.

baby Uqail

Tuesday, December 17, 2013

Tanam sayur

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Pokok cili yang ummi beli dua minggu lepas semakin masak buahnya. Kalau tak petik akan buruklah cilinya nanti. Dalam peti pulak, masih ada dua peket cili hijau dan merah beli dekat tesco. Plan ummi nak tanam pokok sayur-sayuran pulak. Cuma masa je tak berapa nak ada. Kalau nak semai, entah bila nak semainya. Nak tumbuh mungkin makan masa sebulan dua. Itu pun kalau tumbuh. Memandangkan semua barang sudah semakin naik harga, ummi rasa nak jimatkan kos barang-barang dapur. Mudah-mudahan dengan menanam sedikit sayur-sayur ni, dapat jimatkan perbelanjaan. Sebenanya ummi dah terpengaruh dengan geng-geng dlm group suri suka tanam pokok bunga, sayur dalam fb, hehe. Ummi baru berangan-angan. Angan-angan mat jenin dulu. Gmbr pokok orang :) -



Demam denggi

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Sekarang ni musim demam denggi agaknya. Ramai pulak yang ummi dengar kenalan yang masuk wad kerana denggi. Salah seorangnya ialah suami kawan ummi. Kawan ummi ni suami isteri satu sekolah menengah dengan ummi di MRSM Kuala Terengganu dulu. Sekarang ni, si suami berada di ICU Hospital Selayang sedang di dialisis dan masih tidak sedarkan diri. Sahabat sekalian sekiranya kalian membaca apa yang ummi tulis ni, minta kalian doakanlah suami kawan ummi tu yer semoga beliau cepat sembuh. Yang ummi tahu, kalau kita kena denggi antara yang boleh kita makan untuk lawan virus denggi ialah sup ketam, daun betik, buah kiwi, garlic dan minum air isotonik like 100 plus utk stabilkan cecair dlm badan. Tapi kalau dah teruk mcm suami kawan ummi ni, mmg masuk apa pun dia muntah balik. Kalau demam tu cepat2 pergi hospital yer.

Sunday, December 15, 2013

Thursday, December 12, 2013

Tips berguna untuk anak..

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Sepagi ni ummi sibukkkkkkkkkkk melayan anak ummi. Fathul suruh cari dinosaur train dalam store. Habis berterabur toys kat living hall..uhuk...uhuk..uhuk. Mainan banyak sangat pening kepala ummi macam mana nak kemas mainan ni semua. Ummi cuma nak share satu perkongsian yang sangat bermanfaat dari seorang blogger lepas tu nak sambung layan anak-anak ummi. Terima banyak2 kat sis blogger tu. Semoga Allah merahmati beliau. Boleh baca di sini:

http://saatakukaupilih.blogspot.com/2013/12/10-tips-berguna-dari-child-psychiatrist.html

Selamat membaca!!!

Monday, December 09, 2013

Terapi minda

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Pagi ni, tiga hero ummi masih tidur bergelimpangan dalam bilik. Ummi gunakan masa emas ini untuk buat-buat kerja sikit di laman. Bubuh Baja pada pokok, siram, dan pindahkan pokok limau kasturi ke dalam pasu. Inilah terapi minda yang mujarab bagi ummi. Bercucuk tanam dapat menenangkan fikiran. Hobi suka tanam pokok ni bermula sejak ummi masih kanak-kanak lagi. Minggu lepas ummi dah beli dua pokok. Minggu ni terasa nak beli lagi. Tapi ummi tahan dulu. Hobi ni makin dilayan makin ia menjadi-jadi. Orang yang sedang sakit pun boleh jadi sihat dek kerana hobi. "Hobi" berasal daripada perkataan arab iaitu "hub" bermaksud cinta. Orang putih ambil that word jadi hobby dan dimelayukan jadi hobi. Lepas sudah selirah kerja-kerja tu, ummi snap gambar pulak nak upload nih hehe. Masa tangkap gambar, tangan ummi menggigil-gigil sebab belum minum air manis. Dah makan roti sekeping tapi belum cukup. Tekanan darah ummi selalunya rendah. Meh nengok pokok apa yang ada di laman kecil depan rumah ummi. Tak banyak, sikit je tapi Alhamdulillah..hargai apa yang kita ada :).

Lidah buaya, white rain lily, and Nampak tak ada bunga2 kecil warna biru, lupa nama bunga tu

pandan baru kena cantas semalam sbb daunnya terlalu banyak jadi tumbuhnya tak cantik. Sblhnya pkok mulberry dan bunga raya.

Ada pokok kari, liamu purut dan cili.

Dua pasu pokok bunga kertas..tak minat sgt tapi beli sbb my mom suggest hehe

kemboja cina..malu-malu nak keluar daun dan bunga

xtau nama apa? mintak dgn mak mertua ni

di satu sudut tak kena matahari

tiga beradik kembar tak seiras..baru letak Baja, tak subur

ni pun tak tahu nama apa..baru pindahkan ke pasu besar

tiga pokok ni makam tinggi sbb duduk tempat tinggi hehe



ni pun tak tahu nama apa, ayah mertua bagi, xde masa nak google nama pokok ni


Sekian terima kasih...:)

Tuesday, December 03, 2013

Kita dan hp

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞



Sekarang ini, manusia dengan handphone tidak dapat dipisahkan. Kita dengan hp ibarat isi dengan kuku. Tetapi pernahkah kalian rasa kurang selesa jika orang yang kita nak bersembang tu tak tengok muka kita, tapi sibuk dengan hp. Begitulah kemajuan era teknologi dunia semakin menternak manusia yang kurang beradab. Ini peringatan buat diri ummi juga sebab ummi pun serupa juga. Sebabnya, sekejap masuk sms, sekejap masuk whatsapp. Kalau ada banyak group, berlumba-lumba mesejnya masuk. Yang banyaknya, bukan benda penting mana pun. Yang lelaki, yang perempuan semakin senang berbalas-balas mesej. Bisnes, program...macam-macam. Sampaikan ada isteri mengadu yang suaminya sepanjang masa berkepit dengan hp berbalas-balas mesej dengan perempuan lain. Dan dia terfikir untuk membalas kecurangan suaminya dengan mencari pula lelaki lain. Jangan, jangan ya...curang dibalas dengan curang adalah berdosa. Kita fikir bersama dan jawab bersama, apakah yang selalu kita belek setiap hari, al-Quran kah atau handphone kita kah? Tak perlu lihat orang lain, lihat diri sendiri.

Sunday, December 01, 2013

Baby Qayyum demam

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Malam tadi Abdul Qayyum mula demam dan batuk-batuk. Dia muntah-muntah keluar kahak yang banyak. Ummi tak boleh lelapkan mata. Abdul Qayyum mungkin berjangkit dengan abang-abangnya yang demam sebelum graduation day diorang last week. Syafakallah anakku sayang.

Empat orang hero dalam hidup ummi, anugerah yang tak ternilai dari Allah