Tuesday, December 03, 2013

Kita dan hp

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞



Sekarang ini, manusia dengan handphone tidak dapat dipisahkan. Kita dengan hp ibarat isi dengan kuku. Tetapi pernahkah kalian rasa kurang selesa jika orang yang kita nak bersembang tu tak tengok muka kita, tapi sibuk dengan hp. Begitulah kemajuan era teknologi dunia semakin menternak manusia yang kurang beradab. Ini peringatan buat diri ummi juga sebab ummi pun serupa juga. Sebabnya, sekejap masuk sms, sekejap masuk whatsapp. Kalau ada banyak group, berlumba-lumba mesejnya masuk. Yang banyaknya, bukan benda penting mana pun. Yang lelaki, yang perempuan semakin senang berbalas-balas mesej. Bisnes, program...macam-macam. Sampaikan ada isteri mengadu yang suaminya sepanjang masa berkepit dengan hp berbalas-balas mesej dengan perempuan lain. Dan dia terfikir untuk membalas kecurangan suaminya dengan mencari pula lelaki lain. Jangan, jangan ya...curang dibalas dengan curang adalah berdosa. Kita fikir bersama dan jawab bersama, apakah yang selalu kita belek setiap hari, al-Quran kah atau handphone kita kah? Tak perlu lihat orang lain, lihat diri sendiri.

2 comments :

  1. Terus terang saya jadi takut kerana kuasa hp di tangan. Hilang kemesraan dan lama kelamaan kasih sayang di antara keluarga antara sahabat kerana semua sibuk melayan hp. Apa guna bercuti bersama, apa guna bertemu janji jika kemudiannya hp mengambil alih semua kemesraan yg sepatut terjalin....,

    ReplyDelete
  2. Ya saya pun. Begitulah realiti hidup kita masa kini. Sebab hp skrg multifunctional, sgt membantu kehidupan kita a tapi dalam masa yang sama terbit kesan buruk yang lain. Saya sendiri, cuba mengehadkan penggunaan hp dan laptop kerana ia mencuri tumpuan saya terhadap anak-anak dan rumahtangga. Terkadang saya lalai juga :(

    ReplyDelete

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.