Friday, August 25, 2017

Happy anniversary.

Semalam 24hb ogos ummi baru teringat yg kami suami isteri telah genap 12 tahun bernikah pd 22hb ogos 2005. mmg tahun2 sblum ni pun kami lupa sebab sibuk dengan tugas masing2. anak kami ada 4 orang. 3 lelaki dan sorang perempuan. alhamdulillah tq Allah smg rumahtangga kita dikurniakan sakinah mawaddah dan rahmah. 



Penat

Sebelah pagi kami sekeluarga bawa fathul ke hospital. Petang tadi setelah dipujuk2..Nashrul dan Fathul bersetuju untuk ke sekolah petang. hmm letih la ummi mcm ni tau. pujuk2 sambil membebel. "kalau tak nak sekolah, pergi la jual kapet ke..mesin rumput ke dengan orang pakistan..orang bangla nuh". panjang lagi bebelan ummi ni sebab geram dengan perangai budak kembar dua orang ni. pas diorang ke sekolah ummi mengemas dapur sikit, buat kek dan masak untuk makan malam. jadi menjelang maghrib masih bnyk lagi dalam sinki dan atas meja yg tak berbasuh. hmmm letih macam ni. nak packing lagi untuk balik kampung pagi esok satu apa pun tak pack barang. tenaga dah tinggal sisa2. Semoga Allah bagi kekuatan yg luar biasa amin.

Perjalanan sebuah kehidupan

Haha..actually ummi tak tahu nak bubuh tajuk apa. lately en.ayah mengomel2 pasal banyak nak keluar duit nak bayar itu...nk bayar ini. road tax..insurance..hutang bank..bil elektrik...dan bermacam2 bil dan bayaran lain lagi. Pagi tadi bawa Fathul ke pakar knk2 ubat berlambak2 sbb ubat kira berat badan fathul. nebulizer dua kali. semua kena rm700 lebih. en.ayah cuba mintak bayar guna insurance tapi tak dapat so kena bayar sendiri. emmm..bila en.ayah mengomel pasal bnyk duit nk keluar...ummi just boleh dengar je lah. ummi tak dapat nk membantu ringankn bebanan suami. apo nk dikato. kudiam saje. mudah mudahan rezeki suami semakin bertambah dan tingkatkn lagi amalan2 seperti membaca alquran dan berjemaah di surau supaya rezeki keluarga kita bertambah berkat. Terima kasih suami ku di atas penat lelah mencari rezeki untuk keluarga kita. semoga Allah mengurniakan ganjaran syurga yg tertinggi buatmu aminn.

Thursday, August 24, 2017

Badminton

Fuhh..berdebar2 tengok final badminton wanita brkumpulan negara kita lawan Thailand td. Game cukup sengit tapi kita kecundang juga di tangan Thailand. Ummi teringat masa kecik2 dulu arwah abah ummi minat sangat dengan sukan badminton dan ping pong. Memang arwah abah handal dalam dua sukan ni. Anak2 plak pandai main badminton je kalau ping pong tak pandai. Sekarang Fathul plak bakal mewarisi acara badminton sebab dia masuk sukan ni kat sekolah. Good luck my son Fathul. 

Wednesday, August 23, 2017

Back to school

Alhamdulillah pagi ni kedua2 ank kembar ummi Nashrul dan Fathul pergi ke sekolah. Nashrul dah tak makan ubat. Fathul makan 4 jenis ubat dan satu jenis ubat sedut untuk asma 4 kali puff. Semalam fathul sakit kepala dan ummi bawa gi klinik doctor suruh ambil neb. Alhamdulillah pagi ni dah tak sakit kepala. Selepas mandi pagi tadi ummi sapu minyak asma mujarab kat dada dan belakang fathul sebelum dia pakai baju sekolah. minyak ni berkesan juga terutama untuk batuk lelah. ummi recommend untuk beli simpan sebotol kt rumah. Masa atas kereta nk ke sekolah fathul tanya pasal nabi2. ank ummi suka bertanya tapi malas membaca. solat dan sekolah tak berapa rajin tapi suka tanya pasal syaitan, jin dan dajjal. jenuh dah nk jawab pasal dajjal. mungkin penerangan ummi pasal dajjal tak clear. ummi pun letih nk bercerita sbb time kita nk terangkn dia pun sibuk nk bercakap juga. suasana jd bising. Sebenarnya bagus ibubapa memberitahu anak pasal dajjal. Rasulullah saw explained dajjal kepada sahabat sehingga sahabat seolah2 nampak dajjal depan mata. rambut dajjal, mata dajjal macam mana, badan dia macam mana, dll. ank2 ummi ni bnyk cakap susah nk tutup mulut. bila kita explain depa pun sibuk brckp jg pastu dia x dengar pun apa yg ummi jawab. hmmmm.

Tuesday, August 22, 2017

Bosan

Dulu2 ummi suka baca pasal pendidikan anak2, pasal kebahgiaan rumahtangga, pasal dakwah tarbiyah. sekarang ni ummi jemu nk baca semua tu. jemu...jemu..jemuuuuu. ada orang invite untuk attend ke majlis ilmu bertajuk cinta ke syurga. suruh dtg husband and wife. ummi langsung tak berminat nk pegi. ummi nk gali ilmu yg lebih kritis. ummi nk dengar kupasan ilmu yg selama ni ummi tak pernah dengar dan terfikir. ummi nk belajar sesuatu yg ummi tak pernah pandai nk buat sbb ummi jenis yg cepat bosan. ummi bosan dengan dengan penulisan2 yg cantik susunan ayatnya sedangkan penulisnya tidak pernah hadapi kesusahan hidup. "yakinlah dengan janji2 Allah...yakinlah..yakinlah". ya mmg kita yakin dengan Allah. tapi bila datangnya ujian itu, tanpa persediaan mental dan fizikal (usaha2 kita utk menempuh ujian) adakah kita akn mampu menghadapi ujian itu?? Allah suruh kita berusaha bukan tunggu rezeki dan tuah datang bergolek depan mata sambil dalam hati berkata "yakinlah..yakinlah..dgn janji2 Allah". Sekian repekan mak jemah di pagi hari. 

Monday, August 21, 2017

Pokok bunga telang

Semalam ummi dh dpt idea untuk pokok bunga telang atau pokok bunga nasi kerabu memanjat. simple je tempat nye. haha. 



Saturday, August 19, 2017

Brave

Ummi berhasrat untuk mengikuti satu kursus dlm masa terdekat. Yuran untuk mengikuti kursus itu sebanyak rm250. Ummi sedang mengumpul duit sebanyak rm250. mudah-mudahan Allah permudahkn dan memperkenankn hasrat dihati. ummi nk jadi mcm itik dlm gambar ni. kembangkn sayap dan berani untuk terbang...go on....go on....



Brave by Josh Groban

Wake up, wake up the sun cannot wait for long
Reach out, reach out before it fades away
You will find the warmth when you surrender
Smile into the fear and let it play

You wanna run away, run away
And you say that it can’t be so
You wanna look away, look away
But you stay cause it’s oh so close
When you stand up and hold out your hand
Do the things that I don’t understand
A reason to be brave

Hold on, hold on so strong
Time just carries on
All that you thought is wrong is pure again
You can’t hide forever from the thunder
Look into the storm and feel the rain

You wanna run away, run away
And you say that it can’t be so
You wanna look away, look away

But you stay cause it’s oh so close
When you stand up and hold down your pain
Do the things what I don’t understand
The reason to be brave

O-oh-oh-oh-oh
O-oh-oh-oh-oh
O-oh-oh-oh-oh
Go on, go on

You wanna run away, run away
And you say that it can’t be so
You wanna look away, look away
But you stay cause it’s oh so close
When you stand uṗ and hold down your pain
In the face of what I don’t understand
A reason to be brave

Alam

Menjalinkan hubungan dengan alam lebih tenang dan damai berbanding menjalinkan hubungan dengan manusia. alam tidak pandai menyakiti hati kita sedangkan manusia sering menyakiti..



Ranap

Setiap hari tempat teduhan pokok yg ummi bina dgn batang paip ni senget sebab ia tak kukuh dan tak stabil. ummi berangan nk buat pergola untuk pokok2 ni. kalau dapat beli kayu insyaAllah ummi boleh bertukang sendiri. tapi mesti herot berot dan lambat siap sbb diganggu si kecil. pokok bunga nasi kerabu dah mula mencari2 tmpat nk memanjat. ummi tak tahu nk letak dia panjat kt mn. kesian dia 😂





Hujung minggu

Hari ni hari Sabtu. Ummi sedang menunggu sabun yg ummi order untuk cuci baju sekolah anak. 



Tuesday, August 15, 2017

Kuali baru

Ahad lepas ummi beli kuali dan periuk baru. beli yg mahal sikit tapi mahal pun xde la mahal sgt smpi dkt rm100. tapi mahal la bg ummi yg xde pendapatan. beli di giant shah alam aje sambil bawa ank2 jalan. kuali ummi yg lama agaknya usia 10 tahun. dah layak dibuang tp ummi masih guna. rupanya mmg dh xde rupa. hitam huhu. kuali tu kuali jenis yg murah if xsilap beli di tesco. satu lg kuali kecik buat goreng telur jenis sama. pakai dua tiga kali jadi hitam. kuali non stick yg ummi beli dgn seorang kawan pun ummi dah buang sbb coating dia dh rosak dan melekat hitam kat dlm kuali xleh ditanggalkn. kuali yg baru ni nmpk lebih elok. pakai bnyk kali dah dlm masa 3 hari ni still nmpk shining. satu lg ummi beli periuk ada tangkai. sauce pan. nmpk ok jgk. nk beli periuk cap giant tak sedap hati takut pakai tak best. tak sedap nk memasak. cap tefal ada jgk masa tu kt giant tp harga dia mak aii. skrg ni ummi xnk guna yg non stick. ummi penah beli pan tefal yg non stick tu. bila lama2 pakai dia ke laut jgk. kuali non stick ni kita xleh masak lasak2. if nk masak roti jala, roti canai, telur bolehlah. if nk lasak2 kena guna kuali stainless steel. boleh berus dgn besi dawai hihi. if tgk rancangan masakn..biasanya chef2 guna pan yg stainless steel. tp sure pan chef guna tu harga dia ratus2 seketul..ribu2 satu set. ummi suri rumah cabuk ni padan guna pan stainless still yg harga rm40-50 hengget je. tu pun dh mahal sgt. tp brsyukur sbb still blh beli drp xleh beli langsung kennn..

Sejuk

Banyak hari dah hujan kat Meru. sejuknyerr. alhamdulillah pokok2 segar kena hujan tp smlm trkejut tgk pokok melati habis botak. intai2 tengok ulat besau nau betenggek kt dahan pokok. bnyk ekor dorang kenduri daun melati. huhu. 

smber google: dia mcm ni:



Sunday, August 13, 2017

Keindahan burung

Beberapa hari lepas, ummi terdengar bunyi kicauan burung yg sangat merdu dan nyaring. Terpesona seketika. Ummi dongak ke atas pokok untuk mencari tuan punya suara. Nampak 4 ekor berwarna kuning yg sangat cantik. bila bunyi azan asar berkumandang, burung2 itu terbang ke pokok lain yg jauh. ummi pun cuba la google nk tahu nama burung tu..namanya burung kepodang atau burung kunyit besar. Nama saintifiknya Oriolus Chinensis. spesies ini mmg bnyak trdapat di negara2 Asian. Subhanallah cantiknya unggas2 yg Allah cipta.

ni la burung kepodang


lain2 burung yg cantik..









































Friday, August 11, 2017

Buat perangai

Hari ni pagi2 lagi Qayyum bangun buat perangai. mlm td dia tido lambat. pukul 2 pagi atau lebih baru tido. ummi yg tido dulu. pagi tadi ummi tukar cadar katil qayyum. bila tengahari qayyum dah kotorkan cadar dengan mengasah pensel warna atas katilnya. habis habuk pensel bertaburan di katil dan lantai. masa bangun pagi tadi dia merengek nak pegi kedai. menangis2 merajuk marah dan hantuk kepala di dinding. panas betul hati ni. bila maryam bangun ummi pun setuju bawa dia gi kedai. di kedai dia tak tahu nk beli apa. dia ambik satu pack gula2. balik rumah dia makan gula2 tu tak sedap dia buang tabur di lantai. sakitnya hati. pastu dia ajak lagi pegi kedai. nk beli gummy bear anggur katanya. ummi ckp tu ayah yg beli. kedai dia jauh. ummi tak tahu kedai tu kt mana. qayyum kena tunggu ayah balik. tapi sampai ke petang dia asyik ajak pegi beli. pukul 3.30 ptg dia akhirnya tertido. tu pun jenuh melayan dia mengacau. hmm mungkin dia boring. sabar je la dengan qayyum. tahun depan qayyum kena sekolah. ada dua tempat yg ummi survey utk qayyum. satu little caliph di jln kasim dan satu lagi Bestari cottage creative centre di jln nenas. hrp2 tahun depan qayyum nk pegi sekolah.