Showing posts with label anak-anak. Show all posts
Showing posts with label anak-anak. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

Terapi di rumah


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Semalam selipar anak-anak hilang. Saya cari merata-rata tapi tak jumpa. Cuba intai dalam longkang rumah sebelah, sah ada kat situ. Dah tahu ini kerja siapa. Senyum sorang diri..

Gambar kereta di atas dilukis oleh ummi dan diwarna oleh Nashrul. Lukisan abstrak (contengan hitam) itu pula dihasilkan oleh pelukis yang tidak asing lagi iaitu Fathul..kekeke. Minggu lepas saya membeli krayon baru memandangkan si kembar sukar memegang pensel warna dengan baik. Krayon lebih bebas. Selain itu stamp berbentuk binatang, penebuk lubang corak bunga dan puzzle gambar binatang. Semua ini atas idea sendiri untuk latihan motor halus si kembar dan melatih konsentrasi mereka agar lebih memusat. Hasilnya, okeylah walaupun Nashrul hanya main sekejap lepas tu sibuk dengan kereta mainannya. Jika tiada kereta mainannya, Nashrul akan tertidur. Fathul pula masih dengan masalah kurang sabar dan perlukan latihan yang lebih lagi untuk mendidik sikap sabar dia tu. Untuk anak-anak yang kurang tumpuan, jangan sesekali buat aktiviti di depan tv. Lakukan dalam bilik yang tiada gangguan bunyi. Untuk speech therapy Fathul pula, sangatlah sukar kerana saya cuba mengasingkan Fathul daripada abangnya namun mana mungkin. Satu masalah ketara Fathul ialah cemas dan mengikut gerak hati tanpa berfikir dahulu. Untuk masalah ini, saya masih berfikir dan mencari therapy yang sesuai. Semoga Allah membantu insyaAllah.

Monday, March 19, 2012

Dulu Vs Sekarang


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Alhamdulillah, anak-anak sudah lena dibuai mimpi. Suami keluar rumah. Sekarang ibu boleh buat acara bebas :) Dalam pada memerah keringat dan akal mengasuh anak-anak, saya merenung begitu banyaknya perbezaan zaman saya kecil dulu dengan zaman kecil anak saya sekarang. Semasa saya kecil-kecil dulu, permainan saya adalah apa-apa yang ada di sekitar rumah. Mak dan ayah tidak pernah membelikan mainan kepada kami. Saya sempat menonton tv hitam putih sebelum bertukar kepada tv warna. Mainan pada waktu itu hanya mampu dibeli oleh orang yang berada. Saya banyak bermain masak-masak. Daun-daun dikutip untuk dijadikan duit olok-olok. Buah kelapa sawit yang gugur di belakang rumah dikutip dan dibakar lalu kami makan. Habis gatal mulut kerana buah sawit tidak masak betul. Pokok-pokok di sekeliling rumah habis dipanjat. Kami kreatif mencari bahan-bahan untuk dijadikan permainan seperti laga buah getah, tudung botol, senapang batang pisang dan banyak lagilah.

Anak saya sekarang hidup dalam pagar, terkurung. Jadi kenalah beli mainan. Kereta mainan, pedang mainan dan lain-lain yang seumpama dengannya. Main basikal pun dalam rumah. Hiburan selain tv ada youtube. Alhamdulillah masih belum terjebak dengan video games, games internet dan apa-apa jenis games yang tidak mengeluarkan peluh. Saya dulu, umur 6 tahun baru mak saya hantar masuk tadika. Anak saya umur 4 tahun, dah sibuk-sibuk saya hantar masuk tadika. Itupun ada yang kata lambat. Siapakah yang beruntung agaknya? Saya atau anak saya? hehe sekadar membuat perbandingan. Yang beruntung tentu saja orang-orang yang beriman dan bertaqwa tidak kira di zaman mana pun.

"Didiklah anakmu sesuai dengan zamannya"- Saidina Ali karramallahu wajhah