Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Thursday, April 12, 2012

Hadiah :)


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Letih dan penat sepanjang masa, namun selagi hayat dikandung badan, selagi itulah si suri ini takkan berhenti mengurus rumahtangga..:)))). InsyaAllah. Motivasi diri..bukan hanya untuk mereka yang bekerja di ofis sahaja. Tetapi juga untuk suri rumah merupakan satu tugas atau pekerjaan. Namun, alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana membesarkan anak di depan mata, memasak dan menyuap sendiri ke mulut anak memberi kepuasan yang cukup mendalam di hati seorang wanita yang bergelar ibu. Kepada para suami, sudahkan anda di awal-awal pagi atau sebelum keluar bekerja, menitipkan semangat buat para isteri atau memberi kata-kata pujian buat mereka? Dipetik dari status FB rakan:

Motivasi pagi dari ikim.fm : para suami digalakkan memuji sang isteri di awal pagi supaya dapat memberikan aura-aura yang positif. 7 tahun pertama umur si anak hendaklah diberi kasih sayang...kurangkan marah kerana dia baru nak belajar. Sentiasa seimbangkan emosi positif & negatif.


Bekerja sebagai apa pun ianya pasti akan banyak menyedut tenaga kita. Rasa letih, tekanan perasaan, terbeban dengan kerja yang banyak, emosi yang tidak stabil menurunkan semangat kita. Sometimes kita perlu rewards diri sendiri dengan hadiah yang kita suka. Tak perlu tunggu orang lain bagi hadiah untuk membangkitkan semangat :).

Dengan tidak mengupah diri sendiri, ia akan mengurangkan tenaga dan semangat kita. Mengupah atau menghadiahkan sesuatu kepada diri sendiri terutamanya sesuatu yang menarik minat kita sendiri memberi kesan motivasi supaya terus berusaha!-Irfan Khairi

Thursday, February 09, 2012

Tujuan dalam hidup

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Alhamdulillah kerana hari ini masih dipinjamkan segala kenikmatan dan nafas untuk meneruskan kehidupan. Hidup masih belum berakhir bermakna perjuangan masih lagi berlangsung. APakah perjuangan anda dalam hidup ini? Jika dulu, setiap kali masuk tahun baru saya menyenaraikan azam untuk ditunaikan tapi tahun ini berbeza sedikit. Menurut beberapa pakar motivasi, dalam hidup kita perlu ada matlamat barulah ada semangat berkobar-kobar untuk mencapai matlamat tersebut. Apabila teringat kepada matlamat itu, hati kita akan berdebar-debar. Itulah matlamat. Contohnya dalam kita mendidik anak-anak kita mesti ada matlamat. Contoh matlamat yang kita letakkan terhadap anak kita ialah mahu mereka berjaya di dunia dan akhirat. Jadi kita melakukan usaha-usaha supaya mereka berjaya bukan saja di dunia bahkan juga diakhirat. Kita akan bersungguh-sungguh bagi merealisasikan matlamat tersebut. Hidup lebih fokus dan terarah insyaAllah.


Hari ini rasa lapang hati membaca status-status Fb Prof Dr Muhaya. Yang terkini;

Orang yg tiada tujuan dan fokus hidup akan cepat kecil hati dan sgt sibuk lihat orang lain dan fikir apa orang kata. Jika kita ada sifat ini, cuba tanya apa tujuan hidup kemana kita akan pergi dan dah cukup ke amalan untuk jumpa Allah dan akan dapat atau tidak syafaat Nabi Muhammad saw di padang mahsyar nanti. Bila ingat akhirat dunia nampak kecil dan sia sia dan nampak berapa ramai manusia tertipu dan di perbodoh dan dihina oleh dunia. Jom kejar akhirat dunia akan kejar kita


Memang masalah kita suka sangat fikir apa orang lain kata. Ingatan untuk diri saya sendiri. AKibatnya kita dikawal oleh emosi bukannya berfikir secara waras.

Orang berjaya mencipta suasana . Orang tidak berjaya dicipta suasana-Pf.Dr. Muhaya.

Monday, January 30, 2012

Sabar itu indah


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."- Surah Ali-Imran:200

Pada suatu pagi kira-kira jam 7.30 am, saya memandu ke sebuah hospital. Dalam perjalanan, sempat mendengar motivasi pagi Prof.Muhaya tapi masa tu dah tengah-tengah. Tak dengar dari awal. Alhamdulillah, dapatlah sikit point yang boleh dikongsikan mengenai 'sabar'. Kita sebagai seorang ibu mesti selalui teruji dengan karenah anak masing-masing terutamanya ibu muda yang mempunyai anak yang masih kecil. Kata Prof. Muhaya, ibu-ibu muda janganlah selalu mengeluh sebab mempunyai anak-anak yang aktif. Sepatutnya kita bersyukur kerana anak kita aktif dan sihat. Sentiasalah doakan mereka agar menjadi anak yang soleh dan boleh memberi manfaat kepada orang lain. Anak-anak ialah pencen kubur kita. Alhamdulillah bagi yang mempunyai anak ramai, banyak pencen kubur :).

Kita bersabar bukan untuk tunjuk kepada orang lain. Kita bersabar untuk tunjuk kepada Allah. Ujian yang Allah berikan kepada kita, sejauh mana kita mampu bersabar dan redha, hanya Allah yang boleh mengukur tahap kesabaran kita. Jika kita renungkan ujian yang Allah timpakan kepada kita, masih ada lagi ujian yang lebih berat orang timpakan kepada orang lain. Jadi di situ, lahir pula syukur. Sabar, redha, syukur..maka lahirlah cas-cas positif dalam diri kita dan kita pun merasa tenang. Nikmat yang hilang kita redha insyaAlla, Allah akan gantikan dengan nikmat bentuk lain pula. Jika kita tidak sabar, tidak redha, kita sukar untuk rasa syukur lalu merasa sesak dada dan tidak tenang kerana cas-cas negatif menguasai diri dan minda. Jadi ibu-ibu, minda yang tenang dan positif sentiasa perlu ada pada diri kita untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Anak-anak akan copy paste sifat kita. Jika kita kurang sabar, macam mana nak bentuk anak supaya sabar? Ingatlah, anak-anak ialah pencen kubur kita insyaAllah :).

Mohon sahabat pembaca doakan saudara kita (seorang rakan di FB) yang kini dalam keadaan kritikal di ICU. Beliau selamat melahirkan seorang anak yang sihat pada 23 Jan lepas tetapi mengalami tumpah darah yang kritikal. Sebanyak 20 peket darah telah dimasukkan dan 4 kali ubat pembekuan darah telah dimasukkan. Semoga Allah melimpahkan kesabaran kepada suami dan keluarga beliau ameen..