Tuesday, May 28, 2013

Kisah bersalin

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Abdul Qayyum dah 43 hari  


Alhamdulillah, bangun pagi ni cepat-cepat minum kopi collagen cappuccino. Hehehe, tak sabar2 tunggu waktu pagi sebab nak merasai kesedapan kopi yang baru beli semalam. Pastu kena minum air masak banyak2 sebab takut qayyum panas. Bila panas, habis badan dia naik ruam. Sian budak tecik tu.

Menjadi ibu, best betul baca pengalaman waktu preggy, bersalin dan sekarang baca tentang masalah2 yang timbul lepas bersalin. Tak jemu2 saya baca kisah pengalaman bersalin orang lain. Pengalaman sendiri malas nak tulis hheehe coz saya masih fobia teringat masa kat labor room tempoh hari. Ramai yang merasai kesakitan bersalin dan kesakitan kena jahit lepas tu. Tapi saya rasa sakit contraction kat labor room tu je. Sakit yang amat macam kena belasah teruk2. Lepas baby selamat keluar, saya tak sedarkan diri semasa doctor kham jahit sebab nurse terus drip ubat tidur. Syukur Alhamdulillah saya tak kena czer second time walaupun di saat getir waktu nk bersalin tu, muka Abdul qayyum mendongak ke atas sampai doctor pun stress sangat. Doktor Kham akhirnya vacuum, dia pun seboleh2nya nak saya bersalin normal. Syukur, itu semua kuasa Allah. Jika Allah berkehendakkan sesuatu itu terjadi, tiada daya kita sebagai makhluk-Nya untuk merubah kehendak Allah.

Pencil or eraser?

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Thursday, May 23, 2013

Isti'anah

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


"Ujian dalam kehidupan - bukanlah semata-mata untuk menguji kekuatan jiwamu.....

Tetapi ianya merupakan ujian kepada kekuatan kamu ISTI'ANAH (Pergantungan - Minta Pertolongan) Kamu dengan Allah 'Azza wa Jalla.

Oleh itu, kenali Allah waktu kamu senang nescaya Allah akan memberi bantuan ketika kamu susah"- Dr.Abu Anas Madani.

Saturday, May 18, 2013

Sebulan sudah

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

16 Mei lalu, bawa qayyum pergi inject for 1 month kat klinik An-Nur. Berat qayyum 4.8 kg. Tengok growth chart boy dalam buku baby ni, idok le teman faham bebenor..tapi agak2 berat baby nak dekat 90th centiles ikut chart tu. Nak teman terangkan dgn panjang lebor dgn chart ni, idok le teman gheti. Mula-mula decide nak inject kat klinik kesihatan Nilai, dekat je dengan rumah. Pastu Tanya nurse kat situ, dia kata orang (yg nak cucuk baby) sangat-sangat ramai dari pagi sampai ke petang, kena tunggu lama. So cancel la. Meraung jugak la si qayyum ni kena inject. Pastu doctor bagi syampoo untuk cradle cap atas kepala dia and cetaphil moisturizer untuk sapu kat muka dan telinga. Ruam merah-merah kat muka qayyum banyak sungguh. Cradle cap pulak bukan setakat atas kepala je, kat kening pun makin tebal. Kalau kat kampong, orang letak minyak kelapa je. Lepas kerak tu dah lembut, kikis la dengan tuala lembut.



Wednesday, May 15, 2013

Berdikari

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞



Masa saya ke seminar keibubapaan anjuran sekolah anak beberapa bulan lepas, saya mengutip banyak mutiara ilmu. Antaranya ibubapa perlu mengajar anak untuk berdikari sejak dari awal lagi. Sejak dari baby lagi. Ibu boleh mula mengajar anak untuk tidak memakai diaper ketika anak berusia 6 bulan lagi. InsyaAllah, saya akan cuba praktikkan kepada qayyum. Nashrul dan Fathul lambat sangat nak putus diaper huhuhu. Padahal masa train fathul diaperless waktu malam mudah saja. Mana tak mudahnyer..Fathul dah BESAR GEDABAKKK!! Cuma manja je lebih, nak kena berhati kering sikit.

Umur 5 tahun pun makan nak kena bersuap lagi..punyalah manja anak ummi ni. Tak mahu makan nasi sendiri. Kalau tak suap, tak makan. Kadang-kadang tu geram juga. Tengok anak kawan dua hari lepas, umur dua tahun dah pandai makan nasi sendiri. Hopefully anak ummi lebih berdikari lepas ni, takde manja2 dah..ameeennn.

Tuesday, May 14, 2013

Pacifier..haruskah?

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Dua tiga hari ni duk berfikir, haruskah saya beri qayyum benda alah yang kat atas tu? huhuhu. Qayyum asyik nak mengempeng aje kan. Kalau malam tak kisah lah. Kalau siang nak buat kerja susah bebenor la. Tanya kakak ipar dia kata..JANGANNNN...jangan bagi hisap puting. Nanti susah kalau baby dah addicted. Nashrul dan Fathul dulu pun saya bagi hisap puting. Tak ada plak nampak gigi tumbuh jongang. Cuma time nak pisahkan fathul dari puting tu ambil masa jugak la. Erm..masih berfikir lagi patut ke tidak..

Monday, May 13, 2013

123 sayang semuanya

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞



Hari ni hari ke 28 berpantang. Tinggal 16 hari lagi nak mencapai 44 hari. Lambatnya rasa. Nak keluar jalan2 pun susah hehe. Nanti orang Tanya baby berapa umur, kan tak best nak jawab :). Lepas habis pantang kan rasa merdeka :). Pantang la konon..badan dah lunyai asyik buat kerja rumah tak henti2.

Qayyum sedang tidur lena. Masa abang-abang dia pegi sekolah lah qayyum dapat tidur lena. Sebelum tidur, saya pasangkan dia video alif ba ta, nasyid dan al-quran. Qayyum tercari-cari suara dari mana dan memandang laptop yang bercahaya. Alhamdulillah, perkembangan qayyum memberangsangkan. 

Friday, May 10, 2013

Si burung

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞



Pagi ini, sambil menggosok baju sekolah anak, kedengaran bunyi suara burung yang sungguh merdu dan comel. Tak tahu burung jenis apa. Burung itu menyanyi dengan 2 jenis ritma. Mungkin burung itu mengucap dua kalimah syahadah hehehe. Orang2 tua kata, bunyi binatang tu maknanya ia juga berzikir dan bertasbih memuji Penciptanya, Allah swt. Binatang pun berzikir, apa lagi kita manusia yang Allah kurniakan akal untuk bersyukur pun sepatutnya lebih2 lagi banyak berzikir.




Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.- Al-ISra':44


Selamat bertugas untuk para suri rumahtangga...sambil2 tu ringan-ringankan mulut untuk berzikir :).




 

 
 

Tuesday, May 07, 2013

After PRU

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

PRU13 sudah berlalu..kita buka cerita baru :). Tahniah kepada Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Walaupun PR tewas juga, namun Keputusan PRU13 masih mencerminkan gelombang kebangkitan rakyat pada saya. Hasil analisa keputusan, PR banyak menang di kawasan bandar. Tak boleh ulas panjang2 hehe masa singkat, kita tunggu generasi muda buat perubahan pada PRU14 pula insyaAllah.  

Hari ni kali pertama saya drive selepas bersalin. Bawa qayyum jalan-jalan biasakan dia dengan carseat. Nampak carseat tu macam tak best sangat sebab qayyum tak betul2 baring dalam tu. Esok insyaAllah, bolehlah abang2 qayyum pegi sekolah selepas lama bercuti. Walaupun saya masih dalam pantang, terpaksa la juga drive ambik dorang balik sekolah. Mudah2an Allah sentiasa menganugerahkan kesihatan yang baik ameen.

Qayyum mula sensitive pada bunyi. Jerit pekik abang2nya mengejutkan qayyum dari tidur. Nak buat macam mana, sabar aje la. Pastu, qayyum kerap buang air besar. Nampaknya, tak tembam la anak ummi coz asyik membuang je walaupun kuat menyusu. Takpela asalkan qayyum sihat. Kalau qayyum tak besar macam abangnya Fathul..kecikla dia macam abangnya Nashrul :).

Friday, May 03, 2013