Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Thursday, March 08, 2012

Toilet training

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞



Hari ni masak ayam goreng radix hpa dan kari terung ikan merah untuk si comel. Minggu ni otak tak dapat berfikir perkara-perkara lain sebab terlalu letih dan fokus kepada dua superhero kat rumah ni. Hari ni hari ketiga dan siri ke 3 (lucunya ada siri) twins berlatih untuk buang air di tandas. Siang hari memang lansung tak pakai lampin. Jadi dari pagi sampai ke lewat petang kerja saya mengelap lantai!!

Alhamdulillah, Nashrul sudah 90% berjaya. Dah dapat kontrol sistem pembuangannya. Sebelah malam masih pakai lampin lagi. Fathul pula masih berlatih. Semoga Allah mempermudahkan semua urusan ameenn.

Tuesday, March 06, 2012

Selamat Hari Lahir Sayang!!

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Alhamdulillah, hari ni 6 Mac 2012 genaplah anak ummi 4 tahun. Nashrul keluar ke dunia pada pukul 9.31 am dan Fathul keluar seminit kemudian melalui caesarean. Nashrul dan Fathul merupakan fraternal twins yang sungguh ajaib!! :). Semoga anak-anak ummi membesar dengan sihat, bijak dan yang paling penting menjadi anak yang soleh ameen..ameen..ameen..ya Allah.

Permata Ayah Bonda (Nyanyian Firdaus)

Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita

Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada

Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya

Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga

Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda

Engkaulah permata ayah bonda....

Lagu : Adnan Abu Hassan
Lirik : Ito Lara








Friday, February 24, 2012

Perginya adik Faris..


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Dalam entri yang lalu, saya ada menceritakan tentang seorang kanak-kanak iaitu adik Faris yang mengidap HLH. Adik itu telah pun meninggal semalam, innalillahi wa inna ilaihiroji'unnn. Semoga roh adik Faris tenang di alam barzakh sana ameen. Hari ni plak tersentuh baca status kat wall Fb seorang kawan. Sebenarnya nak buat peringatan untuk diri sendiri supaya bersabar. "Allah akan menguji seorang hamba-Nya pada titik kelemahan seseorang itu", pesanan murobbi @ suami saya. Cuba kita tengok ibu-ibu kita yang telah tua dimamah usia itu. Mereka cukup sabar kan? Itu kerana mereka sudah melalui jerih perih, penat lelah seorang isteri dan ibu. Sama-sama kita renungkan:-

Pesanan dari ayah kepada Allahyarham Faris Nur Daniel buat semua ibu bapa...Buat kawan-kawan semua.... Antara perkara yang kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel...

1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does... that.

2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.

3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak

4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.

5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.Bottom line is......Hargailah masa anda bersama anak-anak...

Kita tak tau bila kita atau dia yang akan "pergi" dulu...



Itulah kesabaran yang Allah tuntut dari seorang ibu. Semoga kita dapat melaksanakan tanggungjawab yang Allah berikan ini dengan penuh kesabaran dan keikhlasan. Anak kita syurga kita insyaAllah ^^;.

Wednesday, February 15, 2012

Manusia ibarat logam


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Pada satu hari, saya menemui phsycologyst di sebuah hospital. Setelah memberi nasihat dan beberapa panduan, dia memberitahu saya "Bersyukurlah puan dapat banyak pahala sebab jaga anak istimewa. Saya takde anak istimewa jadi tak banyak pahala saya". Saya blank sekejap...errrr..emmm. Senyum.

Setiap kita memang ada keistimewaannya yang tersendiri. Begitu juga anak-anak kita. Itu pun kalau kita rasa anak kita istimewa. Semua orang rasa anak masing-masing istimewa kan? Special in their own way :). Yakinlah mereka masing-masing ada potensi yang Allah kurniakan cuma kita perlu sabar mendidik mereka. Biarpun kadang-kadang dalam hati rasa seperti ada bom yang hendak meletup dan air mata yang berjurai-jurai jatuh ke pipi menahan sabar dengan anak-anak yang super aktif. Keunikan dan keistimewaan yang Allah jadikan tidak sama di antara satu sama lain. So, jangan compare anak kita dengan anak orang lain. Bahagia dengan anugerah yang kita ada akan menenangkan jiwa.

Rahsia kepada kebahagiaan ialah keupayaan untuk fokus pada apa yang kita ada bukan apa yg kita tidak ada-Prof Dr Muhaya



Okey, ada satu hadith yang mana Rasulullah umpamakan manusia seperti logam. Logam tu seperti emas, perak, tembaga, dan banyak lagilah jenis-jenis logam. Saya copy hadith ini dari SINI semoga memberi manfaat kepada kita semua. Selamat membaca.

Rasulullah ﷺ bersabda :

الناس معادن، خِيَارُهُمْ فِي الْجَاهِلِيّةِ خِيَارُهُمْ فِي الإِسْلاَمِ. إِذَا فَقُهُوا

Maksud: “Manusia seperti logam; terpilihnya semasa jahilliyan; terpilihnya semasa islam; jika mereka ‘faham’.”
[HR Bukhari]-Drpd Abu Hurairah r.a.

[NOTA]
النّاسُ = Manusia / People
مَعادِنْ = Logam / Metals

Nabi ﷺ menggunakan analogi utk manusia itu sbg logam. Mengapa? Mari kita ambil tahu!

Cerita tentang salah satu logam yg bernama tembaga:

Zaman Gangsa (Bronze Age) adalah era pra-sejarah lebih drpd 1000 thn sebelum masihi(SM), wujud & terkenal dgn penggunaan gangsa / tembaga, skrg dinamakan sebagai Copper (Kuprum/Tembaga/Cu). Sifat tembaga yg mudah dibentuk, dijadikan jenis peralatan utk memotong & membelah bg menyokong penggunaan kehidupan pd zaman ini.

Zaman moden kini, tembaga masih digunakan, bukan sahaja ia sejenis logam yg mudah dibentuk, malah selepas berkembangnya kajian & ilmu pengetahuan manusia, tembaga digunakan dgn lebih meluas sprt wayar elektrik, atap, mesin industri & lain2x; terbukti masih diguna pakai utk menyokong kehidupan manusiawi kerana sifatnya sbg konduktor haba & elektrik yg baik serta digunakan dlm campuran logam menjadi aloi.

Adakah rupa bentuk fizikal logam itu yg dijadikan analogi kpd manusia?
TIDAK, tetapi sifat / ciri / nilai logam itu yg Nabi ﷺ maksudkan dlm analogi ini.

1. Kita dapati (melalui fakta) bahawa logam tetap digunakan sepanjang / mana2x zaman kerana NILAI-nya dlm menyokong kehidupan.

2. Bagaimana hendak diaplikasikan nilai logam ini dgn manusia? Nilai logam sama-lah dgn POTENSI DIRI; KEHEBATAN DIRI; BAKAT; KEBOLEHAN; & lain2x sama maksud dgn-nya, bagi mendifinisikan nilai logam di sisi manusia (NILAI MANUSIA).
[NOTA: setiap individu begitu unik, maka nilai pd-nya pasti disedari atau sebaliknya]

3. NILAI MANUSIA ini dpt digunakan utk menyokong sama ada jahilliyah atau islam, TETAPI segala2x-nya bergantung kepada kefahaman-nya.

4. Hadith juga bermaksud dlm keadaan individu dgn nilai-nya itu tidak akan terhapus meskipun dia menjalani / memilih cara hidup jahilliyah atau islam.

5. Nabi ﷺ menyatakan NILAI MANUSIA itu menyokong kehidupan salah satu yg dipilihnya.

Berbalik kpd fakta arkeologi kita, nilai pd tembaga:
(i) > 1000 tahun SM = ciri mudah dibentuk → peralatan memotong / membelah.
(ii) zaman moden = (selepas kajian terperinci) ciri sbg konduktor haba & elektrik yg baik → wayar elektrik dsb.

secara am-nya kita dapati:

* Hakikat-nya, melakukan transformasi perubahan dlm kehidupan jahilliyah kpd islam, atau sebaliknya; nilai individu itu tidak terjejas.
* Malah, nilai seorang individu itu mengukuhkan / meningkatkan / membantu / memartabatkan lagi kehidupan yg dipilihnya berdasarkan kefahamannya terhadap kehidupan yg lebih baik.

6. Contoh dlm kisah sahabat Rasulullah ﷺ :

Umar al-Khattab radiallahu a’nhu:

(i) Semasa jahilliyah : terkenal dgn sifatnya yg garang, keras, kesungguhan & kuat digunakan utk menghalang dakwah islam di Makkah.
(ii) Semasa islam : Sifatnya sebelum ini tidak berubah, malah islam di Makkah mampu menjadi teguh & digeruni drpd dikacau dek orang2x yg menentang islam kerana bimbang tindakan Umar terhadap mereka jika diketahui.

Khalid al-Walid radiallahu a’nhu:

(i) Semasa jahilliyah : panglima yg hebat dlm mengetuai tentera. Semasa peperangan Uhud, mendapat kemenangan di atas pimpinannya.
(ii) Semasa islam : sifatnya yg hebat sbg panglima perang dlm mengetuai tentera tidak terhakis sedikit pun. Sbg cth, mendapat kemenangan di atas pimpinannya dlm peperangan Muktah.

7. Contoh kontemperori :

Maher Zain dlm Dunia Seni-nya.

(i) Semasa jahilliyah – dia mengakui meskipun seorang muslim, tetapi kehidupannya pd ketika dahulu jauh drpd Allah : tiada beza kehidupan sbg artis lain.
(ii) Semasa islam : menyedarkan umat islam dgn bakat seni-nya dlm menyampaikan mesej melalui lirik2x & dendangan muzik secara berkesan. (Dakwah)

Jo Yee seorang gadis remaja beretnik Cina, hebat dlm memegang agama kristian, “preaching, debating for inviting people to her religion”. [ Tonton Kisahnya ]

(i) Semasa jahilliyah – beragama Kristian : hebat berpegang kpd agamanya, bersemangat dlm menyebarkan dakyah secara berhujah dgn org lain.
(ii) Semasa islam : mengekalkan kualiti-nya tetapi dilakukan utk islam, menjalankan dakwah islam & memikirkan cara yg lebih berkesan terutamanya dlm mengajak kpd islam kepada golongan muda.

Wardina Safiyyah [ Tonton Kisahnya ]

Ustaz Mohammad Fitri bin A’bdullah [ Tonton Kisahnya ]

8. Bagamana pula dgn anda? Setelah mengetahui islam & cara hidup hidup ini yg terbaik, maka tidak perlulah menghakis / menyisihkan nilai pd diri sebelum ini se-mata2x hanya ingin membuktikan diri sudah berhijrah atau berubah. Malah, nilai diri hendaklah dipandu berdasarkan islam, anda akan dapati ia mampu memberi keuntungan yg berharga dlm kehidupan di dunia & di akhirat, biiznillah.

9. Pd penghujung hadith, Nabi ﷺ bersabda “ إذا فقهواْ ” (jika mereka faham), di mana perkataan “ فقهواْ ” (faham) itu boleh disebut dgn 2 cara yg menghasilkan 2 maksud yg berbeza:

(i) /Faquhu/ = memhami islam. (dgn erti kata memahami islam itu sendiri).
(ii) /Faqihu/ = memahami ilmu fiqh. (dgn erti kata memahami ilmu di dlm islam).

Tidak semestinya utk memahami islam, perlu menjadi pakar di dalam ilmu fiqh, namun, pemahaman dlm fiqh itu perlu sbg insan yg bergelar sbg muslim. TETAPI, memahami islam yg syumul (keseluruhannya) serta mempraktik-kannya dgn ilmu itu membawa kpd kefahaman islam.

10. Semoga penulisan ini membantu dalam menyinari hidup kita dengan cara hidup yg di redhai Allah subhanahu wa taa’la bersama2x memupuk nilai diri kita terutamanya di dalam Dakwah & Tarbiyah (D&T) :)

Wednesday, September 07, 2011

Erti sabar




۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Hari ini saya menulis sesuatu kepada seseorang. Bolehlah diklasifikasikan sebagai nasihat. Walaupun diri sendiri kadang kala lintang pukang, tetapi ada masanya kita perlu menasihati mereka yang memerlukan kata-kata sokongan. Untuk menunggu diri sendiri betul-betul sempurna baru boleh menasihatkan orang lain itu tak akan bisa terjadi.

"Sabar itu ertinya kamu tak mengadu pada seseorang,tak bergantung pada sesuatu sebab,
tak membenci adanya musibah ataupun menyenangi hilangnya."
~(Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a.)


Tingginya maqam saya andai dapat praktikkan erti sabar seperti yang diistilahkan oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a. :). Semasa pulang beraya ke kampung halaman baru-baru ini, tiada satu pun gambar yang saya ambil kerana terlupa dek sibuk melayan karenah dua orang anak. Letih dan memeningkan kepala. Tapi keseronokkan berada di kampung mengatasi segalanya. Wajah kampung masih terbayang di ruang mata. Gambar-gambar di atas ialah di sebelah rumah ibu saya yang dirakam oleh adik. Anak-anak sedara sibuk mengutip kulat sisir yang tumbuh atas batang kayu mati. Kulat sisir sedap digoreng atau dimasak lemak. Andai panjang umur, insyaAllah boleh menikmati susana di kampung lagi.