Saturday, October 26, 2013

Baby mula makan pada usia 6 bulan

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

En.Ayah ke Perak, twins menonton animasi Monster University, baby tido, juadah untuk dinner sudah ada, jadi ummi pun blogging!! Alhamdulillah atas nikmat masa yang ada. Baby Qayyum sudah berusia 6 bulan lebih dan sudah mula makan. Ummi sudah rebus epal untuk buat puri epal. Tunggu sejuk sedikit sebelum diblend. Untuk sebulan ini, Qayyum hanya menikmati puri sahaja. Susu ibu masih lagi menjadi makanan utama qayyum. Satu hidangan lebih kurang 2-3 sudu teh sahaja. Cukup untuk perut baby yang kecil.

sumber: mr.google


Friday, October 25, 2013

Semoga syurga buatmu....

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Semalam hujan hari ni pun hujan...sejukkkkk rasa. Alhamdulillah, pokok-pokok kat depan tu tak payah siram. Alhamdulillah, syukur pada Allah, adik bongsu ummi dapat kerja di Kelantan. Boleh lah adik menjaga ibu yang semakin dimamah usia di kampung. Ibu ummi mesti sangat gembira mendapat khabar berita ini. Baru-baru ini ibu ummi menerima satu anugerah iaitu tokoh ibu keluarga mawaddah kategori delima sempena Hari Keluarga Mawaddah DUN Kelaboran anjuran Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan & Kesejahteraan Rakyat Negeri Kelantan.
Terima kasihlah kepada pihak berkenaan yang memberikan anugerah tersebut. Sebenarnya, ramai lagi anak-anak orang lain yang lebih berjaya. Tapi mungkin ibu ummi terpilih sebab ibu ummi ialah ibu tunggal. Ibu ummi kehilangan suami, ayah ummi semasa berusia 40 tahun. Semasa ayah ummi meninggal dunia, ibu merupakan suri rumah. Bayangkan kesusahan ibu membesarkan, menjaga, menyekolahkan 8 orang anak berseorangan tanpa suami di sisi. Semoga syurga buatmu ibu....ameen.

Ibu bersama penerima2 yg lain
Dari kiri: adik ummi yg pertama, YB Zaki, adik ummi yg bongsu, ibu ummi

Ibu menerima anugerah dari YB Zaki, tahniah ibuku..! Jasamu tak dpt aku balas sampai bila2. Maafkan anakmu kerana tidak dapat tunaikan impianmu..smg Allah menganugerahkan ibu syurga ameen



Friday, October 18, 2013

Pencinta subuh

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Cepatnya masa berlalu...hari ni dah hari Jumaat. Al yaumul jumuuah. Ummi mencuri masa ni untuk update blog. Sibuk sangat maklumlah anak dah ramai. Anak tiga orang pun nak kecoh, mak jemah tak heran kan kan kan. Orang lain anak 6, 7, 8 okeh. Oh, ummi tak dapat bayangkan kalau ummi ada anak sampai 8. Agaknya rambut ummi jadi macam Albert Einstein.

"lu pikirlah sendiri"...kata pakcik albot...


Ummi nak kongsikan ilmu yang ummi dapat dalam tanyalah ustaz tv9 pagi tadi. Tak banyak, sikit je. Tajuk tadi Pencinta Subuh. Kata ustaz, orang yang istiqamah solat sunat Fajar atau qobliyah subuh insyaAllah orang tu akan betul-betul istiqamah. Bagi lelaki, eloklah solat di rumah Allah terutamanya pada hari Jumaat. Kalau suami malas pergi solat kat surau/masjid...ambik batang penyapu then kejar...hahaha (ini ada seorang hamba Allah bagitau ummi dulu :) ). Jangan buat gitu yer dek non, nati jadi isteri derhaka.  Lepas tu ustaz kata, amalkan doa dalam surah ALi Imran ayat 192-194  dan ayat 190 hingga habis ayat 200 elok sangat untuk dihayati makna terjemahannya.


“Rabbana (wahai Tuhan kami)! Sesiapa yang Engkau (Allah) masukkan ke dalam neraka, sesungguhnya Engkau (Allah) telah hinakan dia, dan tidak ada bagi orang zalim itu seorang penolong.”

“Rabbana (wahai Tuhan kami)! Sesungguhnya kami mendengar seruan yang menyeru kepada iman (iaitu seruan): ‘Berimanlah kamu kepada Rab (Tuhan) kamu’, maka kami (langsung) beriman. Rabbana (wahai Tuhan kami)! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami dan masukkan kami bersama ‘abrar’ (orang yang berbakti).”

“Rabbana (wahai Tuhan kami)! Kurniakanlah kepada kami apa yang Engkau (Allah) telah janjikan kepada kami melalui para rasul Engkau (Allah), dan janganlah Engkau (Allah) hinakan kami pada hari kiamat, sesungguhnya Engkau (Allah) tidak menyalahi janji.”
(ALi-Imran:192-194)