Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Monday, August 15, 2011

Isu larangan bacaan al-Quran dgn pembesar suara

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Berikut di bawah ini saya copy paste, penjelasan oleh tok guru dari harakahdaily.net tentang larangan penggunaan pembesar suara menyiarkan bacaan al-Quran sebelum subuh.

KOTA BHARU, 14 Ogos: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan arahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak membenar masjid menggunakan pembesar suara menyiar bacaan al-Quran sebelum Subuh selari dengan syarak.

Menteri Besar berkata, Islam tidak menggalakkan bacaan al-Quran diperdengar dengan kuat terutamanya menggunakan pembesar suara kecuali azan.

"Hanya azan sahaja yang perlu dikuatkan dengan tujuan untuk menyeru umat Islam menunaikan solat dan meninggalkan sementara urusan dunia," katanya selepas merasmikan pelancaran Koperasi Rakyat Kelantan Berhad di KTC hari ini.

Beliau diminta mengulas larangan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menggunakan pembesar suara di masjid sebelum solat Subuh kerana ia dianggap mengganggu ketenteraman masyarakat berbilang kaum.

Sebelum ini media melaporkan JHEAIPP mengarahkan semua masjid dan surau menghentikan bacaan al Quran menggunakan pembesar suara sebelum Subuh kerana bercanggah dengan hukum syarak.

Arahan tersebut juga selaras dengan keputusan masyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri berkenaan pada 7 April lalu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, umat Islam jangan begitu seronok membaca al-Quran dengan menggunakan pembesar suara kerana ia tidak elok dan boleh mengganggu ketenteraman orang ramai terutama kanak-kanak sedang tidur.

"Di Kelantan mungkin tak apa, sebab sudah menjadi perkara biasa, namun sesetengah tempat mungkin tidak boleh dan keputusan itu perlu dihormati," ujarnya.

Ketua Pengelola Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, suasana masyarakat berbilang kaum perlu diambil kira apabila memperdengarkan bacaan al Quran secara kuat sebelum Subuh.

Katanya, bagi penduduk tinggal di negara yang majoritinya orang Islam perkara seperti itu tidak berbangkit kerana orang ramai sudah faham.

“Apa yang diputus di Pulau Pinang itu selaras dengan kehendak syarak kerana suasana persekitarannya bukan hanya didiami orang Islam sahaja.

“Syarak hanya membolehkan azan dilaungkan dengan kuat bagi menyedarkan orang yang tidur supaya bangun menunaikan solat,” ujarnya di sini.

Tindakan JHEAIPP turut disokong pensyarah USM, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin dan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang memberi contoh Rasulullah saw pernah melarang orang membaca al-Quran secara kuat dalam masjid kerana boleh mengganggu jemaah lain.

Wednesday, February 23, 2011

Bakal tumbang?

Selepas Tunisia dan Mesir, kini tiba giliran Libya pula. Bila pemimpin tiada sifat tawaduk, hatinya penuh sifat tamak dan busuk. Mari kita sama-sama doakan keamanan untuk rakyat Libya yang juga saudara seislam kita. Sama-sama kita bantu mereka dalam doa kita. Gadaffi bukan saja menzalimi rakyatnya tapi juga mencemarkan imej agama islam di mata kaum kuffar di seluruh pelusuk dunia seperti mana Ben Ali dan Hosni Mubarak.

Daripada siri kejatuhan demi kejatuhan pemimpin yang zalim ini, seharusnya kita lebih bersungguh lagi untuk terus membina generasi yang lebih berkualiti daripada sekarang. Di Mesir contohnya, proses tarbiyah sudah berlangsung lama hingga kemuncaknnya mereka ada momentum yang kuat untuk menjatuhkan pemimpin mereka sendiri. Bekerjalah, bukan sekadar melihat dan mengkritik saja. Kita-kita lah yang mempunyai kefahaman dalam agama harus menggerakkan proses pembinaan generasi rabbani. Sudah sunnatullah kebenaran itu akan menumbangkan kezaliman tetapi kita tidak boleh berpeluk tubuh saja menunggu sistem khalifah tertegak tetapi perlu berusaha dan pertolongan Allah akan beriringan insyaAllah. Mari semarakkan proses tarbiyah :).


"Seorang lagi diktator yg bakal digulingkan"


source:http://www.presstv.ir/detail/166411.html

A top Egyptian cleric has called on Libyan soldiers who can shoot Libya's unpopular Leader Muammar Gaddafi not to hold their fire to free the nation of his oppression.


Yusuf al-Qaradawi, viewed as the spiritual leader of the Egyptian opposition Muslim Brotherhood, made the call on Monday through a fatwa (religious decree) against the 42-year-long head of state.

"Whoever in the Libyan Army is able to shoot a bullet at Mr. Gaddafi should do so," he told the Qatar-based news channel al-Jazeera.

Libya has been swept by pro-democracy protests inspired by popular revolutions in Egypt and Tunisia, which toppled the countries' presidents.

Such killing would "rid Libya of him," said Qaradawi. The scholar, who also heads the International Union for Muslim Scholars, returned to Egypt after three decades in exile following the revolution.

Gaddafi's government has deployed fighter jets to open fire on the demonstrators to prevent revolution.

Forces loyal to Gaddafi are also said to have used live rounds against protesters amid reports, pointing to the arrival of planeloads of armed foreign mercenaries in the capital, Tripoli.

Libyan protesters, however, have reportedly managed to seize several cities.

The International Federation for Human Rights says as many as 400 people have so far been killed during the protests.

Qaradawi also told Libyan soldiers "not to obey orders to strike at your own people," and urged Libyan ambassadors around the world to dissociate themselves from Gaddafi's regime.

HN/MRS/MGH