Monday, December 09, 2013

Terapi minda

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Pagi ni, tiga hero ummi masih tidur bergelimpangan dalam bilik. Ummi gunakan masa emas ini untuk buat-buat kerja sikit di laman. Bubuh Baja pada pokok, siram, dan pindahkan pokok limau kasturi ke dalam pasu. Inilah terapi minda yang mujarab bagi ummi. Bercucuk tanam dapat menenangkan fikiran. Hobi suka tanam pokok ni bermula sejak ummi masih kanak-kanak lagi. Minggu lepas ummi dah beli dua pokok. Minggu ni terasa nak beli lagi. Tapi ummi tahan dulu. Hobi ni makin dilayan makin ia menjadi-jadi. Orang yang sedang sakit pun boleh jadi sihat dek kerana hobi. "Hobi" berasal daripada perkataan arab iaitu "hub" bermaksud cinta. Orang putih ambil that word jadi hobby dan dimelayukan jadi hobi. Lepas sudah selirah kerja-kerja tu, ummi snap gambar pulak nak upload nih hehe. Masa tangkap gambar, tangan ummi menggigil-gigil sebab belum minum air manis. Dah makan roti sekeping tapi belum cukup. Tekanan darah ummi selalunya rendah. Meh nengok pokok apa yang ada di laman kecil depan rumah ummi. Tak banyak, sikit je tapi Alhamdulillah..hargai apa yang kita ada :).

Lidah buaya, white rain lily, and Nampak tak ada bunga2 kecil warna biru, lupa nama bunga tu

pandan baru kena cantas semalam sbb daunnya terlalu banyak jadi tumbuhnya tak cantik. Sblhnya pkok mulberry dan bunga raya.

Ada pokok kari, liamu purut dan cili.

Dua pasu pokok bunga kertas..tak minat sgt tapi beli sbb my mom suggest hehe

kemboja cina..malu-malu nak keluar daun dan bunga

xtau nama apa? mintak dgn mak mertua ni

di satu sudut tak kena matahari

tiga beradik kembar tak seiras..baru letak Baja, tak subur

ni pun tak tahu nama apa..baru pindahkan ke pasu besar

tiga pokok ni makam tinggi sbb duduk tempat tinggi hehe



ni pun tak tahu nama apa, ayah mertua bagi, xde masa nak google nama pokok ni


Sekian terima kasih...:)

No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.