Friday, November 11, 2016

Kreatif



Qayyum 3 tahun lebih kreatif macam abangnya Nashrul. Cara dan minat diorang hampir sama. Tapi motor halus Qayyum lebih tajam. Dua2 suka main playdoh dan lego (block). bukan yg mahal yer... yg murah. bukan jenama playdoh pun atau bukan jenama lego pun. Diorang ni tak perlu selalu dibelikan mainan pun. mereka akan kreatif bermain menggunakan apa saja yg ada. sampah2 pun diorng kutip wat main sabor je la. Fathul pulak lain macam pulak minatnya huhu. Dia suka tanya kedudukan negeri2 dlm negara sampai la dia blh lukis peta malaysia walaupun x cantik. skrg ni dia tanya kedudukan negara2 luar pulak. nak hafal peta dunia pulak. mujur ada globe kecik senang nak tunjuk. Fathul suka tengok citer science fiction, hantu dan misteri. Kerana ada laptop kat rumah, depa kembar dua org tu bnyk habiskn masa tengok laptop berbanding mmbaca buku di hujung minggu. itulah...ummi rasa gadget2 ni menjadi racun kpd knk2. parents la yg kena kontrol. kesannya depa malas membaca. bila jawab exam, malas baca soalan. main jawab je. soalan punya la senang pun boleh salah sbb xbaca soalan. grrrr. Setiap hari depa 3 orang ni suka bergaduh. Semoga Allah satukan hati2 mereka dan mereka saling sayang menyayangi. Impian ummi nak hantar tiga2 ni ke Maahad Tahfiz moga Allah maqbulkan doa ummi. perjalanan masih jauh tapi kita kena lobi dari sekarang supaya nnt umur 12 tahun mental diorang dah bersedia nak masuk maahad insyaAllah. Smg 30 juz al Quran berada dlm hati mereka aminnnn.

Trio

Alhamdulillah hari ni sampai dah food steamer trio yg ummi beli dari lazada. reward for myself. senang mak jemah xyah kuar gi kedai. depa hantaq sampai depan pagar umah. ummi beli hasil simpan duit sendiri tau. berjimat2 ikat perut sob sob sob. Maklum la kita tak bekerja nak beli alat2 dapur takleh ler tetiap bulan. lepas ni boleh la nak kukus nasi dagang hihihi. Ada satu barang lagi mini mesin jahit kecikkkk sesangat beli dalam lazada jugak. Hasil duit ummi buat dropship dalam fb. itu pun kalau ada masa la. curi2 masa bila datang time rajin tu. Moh kita menabung lagi nak beli periuk belanga pulak huhu.


Monday, November 07, 2016

Alhamdulillah

Alhamdulillah hari.ni adik ummi konvo di ukm. Sarjana pengurusan keselamatan industri. Bnyk ujian hidup yg beliau tempuhi sebelum grad. alhamdulillah konvo jugak akhirnya. tahniah ayoh mat.





Sabar

http://youtu.be/h0HR0Ge7JiE

Lirik Lagu : Sabar
Artis : Brothers
Album : Sabar (2015)

Kita semua inginkan hanyalah yang terbaik
Namun bila yang terjadi sebaliknya
Bila yang telah kau usaha namun tidak akhirnya
Menjadi apa saja yang kau harapkan

Sabar sabar, sabar sabar
Sabar sabar itulah yang terbaik
Sabar sabar sabar
Itulah yang terbaik
Bersabar

Nantikanlah masanya akan tiba
Nantikanlah masanya yang sempurna
Bila masanya bila akan tiba
Biar tuhan saja yang menentunya

Sabar sabar sabar sabar

Jika kau terus berusaha mesti jua akhirnya
Menjadi yang apa saja yang kau harapkan

Sabar sabar sabar
Itulah yang terbaik
Bersabar

Nantikanlah masanya akan tiba
Nantikanlah masanya yang sempurna
Bila masanya bila akan tiba
Biar tuhan saja yang menentunya

Sunday, November 06, 2016

Along 7 dimensi

Ada sorang budak ni umur 8 tahun dah terpengaruh dgn citer Alif dlm 7 dimensi lakonan izzue islam. Adoi xsengka plok dia gi pakai sweater tengah2 cuaca panas haha..haha...adui. Nnt umur 12 tahun xtau la mcm mn dia bila trpengaruh dgn movie2 ntah paper. tengok ek..









:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
taraaaaaaaaaa
:
:
:
:


tolonglah....hahaha...nampak tak anak ummi yg pakai sweater tuh...!!!


Wednesday, November 02, 2016

sambal udang tempoyak



Setiap kali buka peti sejuk nampak bekas tempoyak. Dok teringat citer ejen Ali episod 1. kod rahsia penjahat tu tempoyak udang. Aiseh tak pernah lagi makan @masak tempoyak udang. kalo buat ni kompom encik ayah xmakan. tempoyak dia xsuke. udang pun dia xsuke. ummi suka masakan kampung. peeggghh sedapnyerr. nyum3x. 


Udang Tumis Tempoyak 
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
 isi udang tanpa kulit secukupnya
cili padi merah hijau , ikut pedas yerk -  ditumbuk
2 biji bawang merah - ditumbuk
2 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih -  ditumbuk
2 @ 3 sudu besar tempoyak
Garam dan sedikit gula
sedikit minyak
sedikit air panas jika nak berkuah sikit

Cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris sehingga naik bau, masukkan bahan2 tumbuk dan tumis hingga garing, masukkan udang dan kacau sehingga separuh masak. Masukkan tempoyak dan kacau sehingga masak. Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan kacau sebati. Jika nak berkuah, tambah sedikit air panas dan biarkan seketika dan boleh padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.



kerja rumah

Anak2 kena diajar buat kerja rumah. Anak perempuan dan anak lelaki kena buat keje rumah sama banyak. Yang banyak cakap tapi tak buat kerja memang ada species macam tu. Qayyum nampak lagi pandai buat kerja berbanding abang2 dia. Abang2 dia cakap je banyak. 




minyak naik

Skrg kecoh psal minyak naik. bukan je minyak petrol tapi jg minyak masak. minyak masak dh xde subsidi. agak2 harga pisang goreng pun naik ke? hehe. oleh krana itu kita kurangkan masak yg goreng2. kita masak yg rebus2..stim2 tanpa guna minyak. haa..hari ni nak masak ikan singgang. memang kesukaan mak jemah tapi en ayah dan ank2 tak berapa suka. 

resepi ikan singgang;

ikan
bawang putih
bawang merah
lengkuas
cili burung
bendi
asam gelugoq
garam
gula

- mayang bawang dan lengkuas. masukkan kesemua ke dalam periuk. bubuh air. biarkan menggelegak. last skali masukkn bendi. biar sekejap tutup api.