Wednesday, January 11, 2017

Keletihan

Haaaaaahhhhhhh!!!!!!!! melepaskan satu hela nafas yg penat :-(. Semalam satu hari lelah semacam. pinggan bertimbun dalam singki ummi tak sempat nak masak lunch. Terkejar2 gosok baju sekolah Fathul pastu susun buku sekolah pulak ikut jadual kelas 3 damai dan 3 ehsan. Balik sekolah petang Nashrul marah2 cakap ummi tak masukkan buku tulis matematik 2 yg garis petak2. Aiseyyyy..huhu. macam tu la kalau dah penat mula la melalut buat keje tak tentu arah. malam ingat kan keje dah xde nk baring2 hilangkan penat ropa2nya budak dua beradik tu ada kijo skoloh. hambikk..sambil dukung maryam yg menangis nak tido..sambil ajar nashrul siapkan kerja matematik dia. pastu ajar fathul plak sambil tidokn maryam. pastu tido. pagi ni dah hari ke 3 minggu ni qayyum gi skolah. tiap2 pagi menangis. tapi bila nk ambik dia balik skolah pukul 12 pm, senyumannya manis sgt bila kluar dr kelas. harap2 qayyum cpt dpt menyesuaikn diri. 

Monday, January 09, 2017

Drama air mata



Tangisan pagi ni. Bukan mudah nak merubah kebiasaan pd seorang budak hihi. tambah2 lagi budak yg manja ni. Qayyum ni ank ummi yg paling manja. di kg sepupu2 nya saja mengusik sbb tahu qayyum manja dan kuat menangis. Selamat belajar sayang. Semoga berkurang manja qayyum bila bergaul dengan kawan2 di sekolah.

Qayyum: qayyum xnak pakai baju ni (baju sekolah)

ummi: habis tu nk pakai baju mana?

qayyum: baju spiderman (menangis)

ummi: nnt kita beli kinder joy yer

qayyum: tak nak..kinder joy kena gosok gigi. kinder joy nnt gigi jadi rongak.


Sunset di Pantai Remis

Kejadian petang semalam..keindahan Pantai Remis dicemari dengan kehadiran ratusan mat2 motor. Kalau xde mat2 motor yg ramai tu baru lah terasa nyaman tengok pantai. Alhamdulillah dapat tengok keindahan matahari terbenam..Subhanallah.






Sunday, January 08, 2017

Gelagat 2 manja

Budak 2 orang ni manja angat taw..yum dan yam. Yum kedekut dengan yam. takleh share barang dengan adiknya. so kena ada la sorang satu. 









Lagu nostalgia..masa kecik ummi nyanyi lagu ni dgn kakak ummi. bila dewasa, ummi nyanyikan untuk anak2..

"You are my sunshine..
my only sunshine..
you make me happy when sky are grey..
you never know dear how much i love you..
you are my sunshine awayyyy..."

Saturday, January 07, 2017

Batuk

Petang semalam kami bawa anak2 kembar ke klinik pakar kanak2 Dr. Toh di Setia Alam. Fathul dah lama batuk tak baik2 lagi. Nashrul baru berjangkit. Nashrul diberi ubat batuk, kahak dan selsema. Fathul ubat batuk, kahak, selsema dan antibiotik utk 4 hari. Selepas 20 hari Fathul kena datang lagi utk tengok dia punya keadaan. pagi ni fathul mengantuk tak boleh celik mata. selalunya dia la yg dulu solat subuh berbanding Nashrul. Dr.Toh pesan tak boleh makan coklat, aiskrim, buah anggur, limau, pisang dan tak.ingat. Hanya 3 jenis buah yg boleh dimakan iaitu betik, jambu batu dan epal merah. mudah2an ank2 cepat sembuh. boleh pegi sekolah belajar dgn tenang aminnn.

Belajar bahasa arab

Masa degree dulu ummi penah ambik subjek bahasa arab 1 hat paling basic tu. dpt A. pastu kawan ajak ambik bahasa arab 2 tp ummi taknak sebab takut tak dapat score. huhu masa tu rasa punya la susah bahasa arab ni. ada la ingat sikit2 tp bnyk dh berkarat. masa nk buat ayat tu mmg pening. ustaz yg mengajar bahasa arab tu ialah ustaz Khairuddin at takiri hihihi. masa tu beliau lecturer uia tp buat part time kot kt upm. skrg ada ustaz yg mengajar b.arab dlm ikim dan tv al hijrah dgn cara yg lebih mudah. lupa plak nama ustaz tu.

isim (nouns) ada dua jenis. 
1) isim biasa -(cth: kayu, pokok, isa, musa,dll)
2) isim yg ada makna dan fungsi

fi'il (verbs) ada 3 jenis.
1) amar - kata kerja bentuk perintah
2) madhi - kata kerja lampau (past tense)
3) mudhori' - kata kerja sedang atau akan berlaku

ada pulak Nahu. Nahu ni ummi tak belajar dulu. Nahu ni baris. lagi pening. bagi mahir isim dan fi'il dulu baru boleh masuk nahu. sekarang ni kalau kita rajin boleh beli Al Quran perkata tu ada makna bg setiap patah perkataan. boleh belajar makna b.arab kat situ. tp untuk mendalami ilmu nahu dan sorof tu ummi rasa tetap kena berguru. insyaAllah mudah mudahan diberi kesempatan oleh Allah swt.



Friday, January 06, 2017

kisah semalam

Cuti bebaru ni masa gi rumah adik di Paka, geram betul tgk pokok2 buah yg adik tanam di sekeliling rumah subur dan menjadi. pisang nangka dah dua kali tuai katanya. pokok2 buah yg lain subur sangat2. Kata adik ipar, sebelum tanam pokok, mereka menimbun tanah organik terlebih dahulu baru tanam pokok. hmm..patutla pokok2 yg ummi tanam atas tanah xberapa elok. tanah liat merah yg pemaju rumah ni dok timbun sebab utk cegah anai2 katanya. 

semalam datang kekuatan untuk gi jual botol2 kotak2 kt kedai kitar semula lpas balik hntar ank ke sekolah. serabut etek tengok mcm2 benda ada depan rumah. balik tu singgah nursery beli pokok limau kasturi, pokok limau purut dan baja kopi. pokok limau purut yg lama dah mati kena serang dgn ulat.mak aii suka betul la ulat bulu dok mkn daun pokok limau. geram3x. ummi baru tahu yg baja kopi ni berasal dr korea. ummi konpius baja ni organik ke tak organik? dah lama xberkebun sbb xde masa..xsempat. ni semangat nk tanam pokok limau lak. xtahu semangat sekejap ke lama huhu...

Thursday, January 05, 2017

Diet Atkin

Dah tinggal xlama lg dah Maryam nk cukup 2 tahun. nak wean off. sepanjang bf si montel ni ummi mkn xjaga. mkn apa saja semahunya. bila si montel ni dah bercerai susu, insyaAllah ummi yg gemok ni nk mulakan diet hehehe. .akn berjaya kah ummi menguruskn badan?????

Tuesday, January 03, 2017

Hari pertama persekolahan

Alhamdulillah hari ni dah mula bersekolah. Qayyum dan Maryam dah tido pun waktu tengahari sebab diorang bangun awal pagi td. Biasanya diorang bangun pukul 10 am. Harap2 malam ni dua2 pun tido awal. Maryam kena bangun pagi awal2 ni kena hantar abang qayyum. Abang Qayyum pasang 'sound system' tinggi pagi tadi sampai maryam pun terjaga. Semoga Allah permudahkan semua urusan anak2 aminn.