Friday, February 10, 2017

Adab makan dan minum

Mengaji

Malam tadi Nashrul menangis masa baca muqaddam. Takde suara menangis tapi air mata yang menitik-nitik. Susah katanya. Baca muqaddam tahun ni anak2 kena eja sendiri. kalau tak sampai bila tak pandai nak oiii. sekarang ni Nashrul makin sensitif. mudah menangis. diam bila kena marah. susahnya nk didik anak kan. kita kena kenal anak luar dan dalam tapi tak semudah tu untuk kita sangat kenal mereka. apa yg mereka mahu, apa yg ada dlm kotak fikiran mereka. anak2 ni mahu jln yg mudah aja. tahu nk senang aja. diorang nk happy aje. mak ummi selalu pesan didik anak ni kena kuat, kena tekun, kena sabar, kena bersungguh2. smg Allah terangkn hati anak2 untuk belajar aminnn.

Thursday, February 09, 2017

Our lunch

Alhamdulillah for our lunch today




keracunan makanan.

Allahuakbar...Allah izinkan, kami sekeluarga (kecuali qayyum) kena keracunan makanan akibat makan dominos pizza. Ummi orang yang last skali kena. Semalam tak bangun dan tak leh masuk makanan huhu. PAgi ni perut masih rasa tak best. ALhamdulillah en.ayah dan anak2 dah ok. ummi ckp kat ayah, mcm tu la ummi rasa kalau alahan mengandung. tapi bukan sehari dua tau, 4 bulan lamanya. muntah2 dan xde selera makan. dah tak sanggup lagi nk hadapi semua tu. buka fb tadi ada orang citer dia pegi ke cameron highland. ummi teringat kami pernah gak sekali pegi cameron. menginap di hotel yg tak best sbb tak sempat survey hotel betul2. masa kat cameron tu Qayyum kecik lg. masa tu ummi dah takde selera makan tapi tak tahu yg ummi dah mengandungkan Maryam. ummi rasa macam xde la best sgt cameron tu. mungkin juga sebab angin tak elok masa tu. lain kali kalo nk pegi boleh la plan elok2 insyaAllah.

Tuesday, February 07, 2017

Meroyan

Beberapa hari ni kita digemparkan berita seorang ibu yang mengelar leher baby nya yg berusia 2 bulan. Meroyan is real! ibu tersebut mengalami halusinasi mendengar suara bisikan menyuruh membunuh anaknya. Nauzubillah..smg dijauhkan drpd kita semua selepas ini. Dalam berpantang tu isteri sepatutnya tak boleh buat sebarang kerja rumah. Ibu hanya perlu jaga dirinya dan bayi sahaja. kerja2 rumah si suami la yg perlu buat. kemas rumah, memasak, jaga anak2 yg lain semuanya suami yg kena buat. entah la malas nak cakap banyak. kalo isteri yg lemah tu jugak yg kena buat semua kerja rumah baik ko xyah beranak kan. tak pasal2 kemurungan. ni la kaum lelaki, tahu nak anak je tapi ilmu2 menjadi suami dan bapa tak ambik tahu. sekian bebelan mak jemah.

Garments

Thursday, February 02, 2017

Wednesday, February 01, 2017

Baja Bactova

Alhamdulillah lepas keluar wad tempoh hari untuk rawatan asthma, kesihatan fathul makin baik. dekat 9 tahun kan ummi dok tercari2 masalah fathul sebenar baru sekarang doktor diagnos fathul mengidap asthma. Padahal sebelum ni dah jumpa banyak paediatrician. dah xde batuk dan selsema. tidur dah kurang berdengkur. fathul kena kurangkn makan dan banyak bersenam. 

pagi ni sunyi sepi. ummi turun ke laman sembur pokok2 dengan baja bactova. baja ni beli dengan en.li, jiran ummi selang beberapa buah rumah. baja ni memang meletops...subur je daun lepas kena sembur.