Wednesday, October 04, 2017

Hujan pagi


Pagi ni gelap dan hujan sikit. Anak2 sarapan capati cicah susu dan gula. air teh susu. pagi ni nashrul dan fathul asyik bercerita pasal apa yg berlaku di sekolah petang diorang. ada karnival keusahawanan. diorang tak sabar nk masuk ke rumah puaka. cikgu yg menyamar jadi hantu katanya. diorang blur2 je pasal karnival ni. so ummi tanyala sorang member kenal dlm group bazar muslimah meru sebab anak dia pun satu sekolah dgn ank ummi. terjawab di situ beberapa prsoalan..

lepas hantar twin ke sekolah agama, ummi balik sarapan pulak. teringat pada qayyum. qayyum cakap bila besar nnt dia nk jadi bomba. budak2 lelaki memang suka pada bomba. di mata mereka bomba adalah hebat. memang bomba hebat pun sebab berkhidmat untuk masyarakat. tapi gaji diorang tidaklah semahal gaji doktor, engineer dan lawyer. haha tapi ummi takleh lupa peristiwa maryam dan qayyum terkunci dlm kereta dulu. masa tu ummi tak sihat fikiran tak berapa betul. bila turun kereta selalunya ummi terus automatik kunci kereta. sudahnya qayyum xleh angkat butang kunci tu. kunci kete dan handphone semua dlm kete. call bomba la jawabnya. sekejap je bomba dpt buka kete tanpa pecahkan cermin. tapi yg terkejutnya kejadian tu masuk paper esoknya. adui haru betul la abam bomba pasai apa la gi viral citer haku. huhu.

qayyum mempunyai personaliti yg berbeza daripada abang2nya. dia lebih friendly dan pandai memulakan persahabatan. cuma jangan jumpa dgn budak yg garang dan kasar itu memang nnt akan gaduh dgn qayyum. nakal tu mmg biasalah qayyum tu. dia selalu ajak ummi cari katak kat belakang rumah. tapi ada sekali tu dia ajak ummi cari snake kt belakang rumah. uihh seriau ummi. qayyum ni xtau ke snake tu bahaya. huhu..

anak2 lelaki punya energy yg banyak. kuat bermain dan suka meneroka. di sini ibu perlukan bantuan si ayah untuk bermain dengan anak2 lelaki. ibu2 biasanya sibuk dgn kerja2 rumah dan memasak. lagipun anak2 lelaki lebih sesuai bermain dengan bapa mereka kerana seorang ibu tidak berapa mahir tentang kegemaran anak2 lelaki yg biasanya suka kepada superhero, aktiviti lasak dan kreatif. tapi yg menyedihkan bila ank2 lelaki ini bila remaja mereka tidak rapat dengan ayah mereka lalu keluar bersosial dengan kawan2. keluar merayau waktu malam, hisap rokok dan dadah akhirnya jadi manusia tak guna. na'uzubillah jd pada ank2 kita. hari ni kita didik anak2 supaya mereka ada rasa tanggungjawab. biarlah mereka menangis bila kita marah dan suruh buat kerja sekarang daripada kita yg menangis di kemudian hari.

Monday, October 02, 2017

Pengorbanan seorang wanita


Wanita zahirnya kelihatan lemah berbanding seorang lelaki. Secara biologisnya, Allah menciptakan lelaki lebih kuat berbanding wanita. So isteri, suruh je suami tu tolong isteri buat kerja2 rumah. antara malas dan rajin je. Tapi hati wanita lebih kental bila tiada halangan membatasinya untuk mara lebih jauh. 

Petang semalam ummi ke klinik jumpa doktor. doktor bagi dua jenis ubat. ummi tak berapa sihat. hmm kena makan ubat setelah/akibat consume satu ubat yang lain. orang perempuan banyak makan ubat. nak beranak ikhtiar makan ubat itu ini. dah beranak pinak ikhtiar untuk tak beranak pulak. seorang wanita hingga berkorban nyawa melahirkan zuriat. berkorban masa tenaga untuk menguruskan rumahtangga. sampai satu tahap kita tak pedulikan diri kita. tapi semua itu kita boleh hadapi sebab Allah dah design kita dengan hati yg cukup istimewa. hati yg penuh kasih sayang. 😍😍😍😘😘😘

Thursday, September 28, 2017

Abdul Qayyum yang...??



Bila qayyum tertido..ummi rasa kesian plak pada qayyum. bila dia duduk diam dia akan mudah tertido. tapi bila dia tak tido orang lain termasuk ummi terganggu dengan qayyum. hmmm kdg2 tu tak tahu nk reflect mcm mn. sikap dia yg pengacau tu mmg membuat kn org lain tak selesa dengan dia. bertabah aje lah. semoga qayyum berubah dan menjadi anak yg soleh. hmm..hmm..hmm..

Saturday, September 23, 2017

Kemuliaan alQuran di dada

Pada awal tahun lalu, ada kes pelajar tahfiz yg disangka meninggal didera oleh warden nya, iaitu arwah adik Thaqif, tetapi selepas post mortem dengan betul2...rupa2nya kematian beliau berpunca daripada penyakit kencing tikus. selepas sebulan dikebumikan, kubur arwah  digali semula untuk disiasat, polis menjadi saksi badan arwah tidak mereput. subhanallah. 

Kes yang terbaru, kebakaran pusat tahfiz ittifaqiyah. menurut pengetua pusat tahfiz berkenaan, bomba memberitahu jenazah2 tidak berbau terbakar. begitu juga sewaktu memandikan (hanya ditayammun), petugas yg mandikan jenazah mmberitahu ustaz jenazah tidak berbau seperti jenazah2 sblum ni yg mati akibat kebakaran. Darah juga masih mengalir. tidak seperti kebiasaan orang yg meninggal dlm kebakaran biasanya darahnya kering. subhanallah. ambil lah pengajaran drpd 2 peristiwa ini, orang2 yg siang malam membaca alquran hingga alquran berada di hati mereka..Allah memuliakn diri mereka sehingga ke liang lahad.

Monday, September 11, 2017

UPSR

Hari ni budak2 darjah 6 start exam upsr.  Habis khamis ni.  So nashrul dan fathul cuti 4 hari sempena upsr.  Hari ni depa boring depa tidoq je waktu petang.  Haaa mlm ni hangpa tidoq lambat buat bising.  Petang ni qayyum lapar dia soh ummi wat cekodok.  Ummi pun wat cekodok pisang.  Bnyak betul la dia makan sampai kenyang dia ucap terima kasih kt ummi.  Budak ni walau suka menyakat orang tapi time dia okey baik budaknya huhu.  Suka cakap dia sayang la kt ummi.  Qayyum suka express his feeling.  Abang2 kembar dia tak macam tu.  Kadang2 tu ummi sukar nk faham ank2 kembar dua orang ni.  Tapi minat diorang ni hampir2 sama dan saling meniru.  Dua2 very dominant guna otak kanan.  Biar apapun korang ummi harap korang semua jadi ank yg baik dan soleh aminn. 

My Princess

3 hari lagi my princess Maryam ni akn masuk usia 2 tahun 7 bulan.  Walaupun dia lambat bercakap tapi dia boleh faham apa yg kita cakap.  Takpe yam... Takde apa yg nak dikejar.  Slow2 jalan.. Ummi is always standing behind you okeyyy.  3 tahun lagi baru nak gi sekolah kot.  InsyaAllah masa tu Yam dh boleh pot pet pot pet.  

Yam susukan baby alive kak Sofea.. Pinjam je la yg kak sofea punya nk beli tak mampu huhu





Sunday, September 10, 2017

Green Tea

let's be healthy with green tea...😁😁😁. Memang best minum green tea. ummi beli green tea cap Ahmad kt tesco je. Hari ni ummi minum green tea perah lemon dan letak beberapa helai daun mint petik kt belakang rumah. 




Menabung

Budak 2 beradik ni menabung duit syiling. nak gi mengerjakan haji katanya..hihihi...insyaAllah nak..mudah-mudahan murah rezeki anakanda berdua..aminnn