Thursday, November 23, 2017

USAHA

Anak2 bila dapat apa pun result ujian ummi tak kisah. tapi sebagai ibu at least kita mesti say something kan kat anak? biar dia tahu. dan kita pun ada benda nak komunikasi dengan anak. kalo anak tunjuk kertas ujian kat kita then kita diam, komunikasi takde. mati disitu. at least kita komen sikit. Abang kena usaha lagi ni. kalau anak2 ummi ni, lagi la banyak kena explain. markah sikit ke banyak pun dia tak faham. usaha kita la nk fahamkan dia. tak boleh nk harapkn cikgu. cikgu tugas dia mengajar dlm kelas. Nashrul bila tunjuk markah ujian kat ummi dia cakap bukan ke lagi sikit lagi bagus ke. hmm. bila kita tanya anak, korek2 sikit ajak bersembang nnt ada dia keluarkan citer kawan dia and benda yg berlaku kat sekolah. anak2 ni bila dia nakkan sesuatu dia malas berusaha. melainkan dia nak benda yg dia suka. kita nak dia berusaha dalam semua perkara agar anak2 tahu untuk berjaya dalam kehidupan kita perlu usaha. cabaran untuk ibu...

Sunday, November 19, 2017

Healthy diet

Lately berat badan makin bertambah2. emm makan mcm dulu2 jgk tapi faktor usia yg menyebabkn naik berat badan. ummi try search menu healthy breakfast. memang takdak gambar nasi lah. kalo pepagi hentam nasi lemak sentiasa memang bertimbun lah kalori. lain la kalo lepas tu turun ke sawah bendang. haha. 

https://www.womenshealthmag.com/weight-loss/healthy-breakfast-ideas


Friday, November 10, 2017

Penghujung

Sekolah tahun ni dh hmpir ke penghujung. Anak2 gi sekolah pun dah tak belajar. cikgu tak masuk kelas dan murid2 hanya main dalam kelas. Buku teks darjah 3 dah hantar semula dan anak2 menerima buku teks darjah 4 yg sangat banyak. fathul dapat 16 buah buku dan nashrul 15 buah buku. Cepatnya masa berlalu. Kat gedung2 pakaian dah mula menjual baju sekolah untuk tahun depan. Kami belum beli lagi. kedai pakaian hari-hari dekat je dgn rumah. kami InsyaAllah akan beli baju sekolah di hari hari. Tahun ni kelihatan prestasi pelajaran anak2 merosot. anakanda berdua banyak bermain dan menonton tv. Di sekolah aliran perdana, kids have to fight. siapa yg dpt best results dapat duduk di kelas yang bagus. results tak ok duduk di kelas corot. kelas belakang ni selalunya murid2 agak nakal. ummi harap along dan abang kuat untuk menempuh anasir2 pengaruh rakan sebaya. daripada kawan, mereka tahu tentang lagu despacito, lagu aisyah, lagu zulaikha dan macam2 aneka ragam perangai dari rakan2. perjalanan masih jauh, doa dan harapan ummi titipkan buat anak2 agar anakanda menjadi sebutir bintang suatu hari nanti. 

Wednesday, November 08, 2017

Khemah

Qayyum 4 tahun suka betul main khemah2. habis bantal, selimut dan sofa sepah2 bila dia main. malam tadi dia ckp nak tgk youtube katil jadi khemah. suka betul dia tengok. so hari ni ummi buatkan khemah atas katil qayyum menggunakan bahan2 terpakai. qayyum so happy..maryam tumpang sekaki!









Suami isteri zame loni...

Kaum ibu ni tak kusah sangat kalo badan penat menguruskan anak2. walopun mulut asyik mmbebel marahkn anak tapi tetap buat keje kan. tak juga mengharapkn suami tolong sangat sebab tahu suami penat kuar gi kerja cari nafkah untuk keluarga. tapi kan kan...suri rmh pun bekerja jgk kat rumah. menguruskan anak2. jadi kalolah keja rmh boleh sama2 buat lagi lah rmh nmpk lebih kemas. zaman henpon serba canggih ni kaum suami jarang nk tolong isteri. keje diorang mengadap henpon je. anak2 pun tak dilayankan sangat. entahlah..silalah salahkan kewujudan hp yg canggih manggih tu. 

Monday, November 06, 2017

Oversea

Sepanjang hidup ummi, ummi hanya pernah keluar negara di sempadan Thailand tu je. Gi menyeberang naik motor bot tambang beli barang sikit2 je. secara haram tanpa pasport. ke Sabah Sarawak pun tak pernah pergi. Bestnye tgk gambar orang yg pegi melancong ke luar negara. memang teringin. tapi berangan je lah. bukan murah nak pegi tu kan. antara tempat yg ummi terasa nk pegi sangat ialah di Jepun. di waktu bunga sakura mekar menguntum dan melihat keindahan gunung fuji...daydreaming 😂




Tuesday, October 31, 2017

Mesin jahit



Alhamdulillah..dengan bayaran rm250, ummi sudah tamatkan kelas menjahit. Jahit baju kurung tradisional. ummi nak test skill pulak. nak buatkn maryam baju kurung. kain dah lama beli tapi masa tak ada lagi nk buat. hasil dari dok belajar mnjahit ni..ummi dpt ilmu yg banyak terutamanya cara mengendalikan mesin jahit. mesin jahit juki di kelas mnjahit sangat best dan laju. bila balik rumah guna mesin mini kapcai yg ummi beli di lazada terasa slow giler. padan la rege dia rm35. now ummi dh mula berangan nk beli mesin jahit industri setaraf juki. kalo nk mnjahit mesti nk kena ada mesin jahit tepi plak. kalo tidak jenuh nk gi kedai nk kelim tepi kain.

Anggaran harga: mesin jahit industri rm1K ++
                              mesin jahit tepi rm1K++

Haaa..mana nk cari duit ni. nk menyimpan bukannya ada gaji tetap setiap bulan. so berangan2 lah dulu mana tau kot2 duit beranak bawah bantal. hahaha..

Monday, October 30, 2017

My dear Abdul Qayyum

Alhamdulillah Abdul Qayyum skrg dh 4 tahun lebih. tahun depan 5 tahun nk gi sekolah insyaAllah. Semoga Qayyum jd ank yg soleh juga bijak ye sayang.









Sunday, October 29, 2017

Brain- otak

Otak akan meningkat fungsinya apabila ia digunakan. Beruntungnya kita orang islam otak kita berfungsi dengan bagus bila kita sentiasa membaca alQuran kerana bila kita membaca alQuran kita perlu baca dengan tajwid dan makhraj yg betul yg memerlukan otak kita untuk bekerja. 

Ummi seorang yg banyak menggunakan otak kanan. Encik ayah pula banyak menggunakan otak kiri. So kami ini mempunyai personaliti yg berbeza dan cara fikir seringkali berbeza. Apa yg ummi minat selalunya en.ayah tidak menaruh minat. Anak kembar kami pula Nashrul dan Fathul kedua-duanya dominan otak kanan. mereka berdua sangat gemar kpd muzik, melukis, menonton cerita seram dan suka kepada cerita lucu. mari lihat imej2 di bawah untuk lebih tahu otak kanan dan otak kiri.
 da