Monday, May 17, 2010

Tarbiyah


pic source

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Tatkala ini, saya demam. Berjangkit dengan anak dan juga sebagai penghapus dosa-dosa saya yang terlalu banyak. Alhamdulillah anak-anak nampak sudah makin ceria. Mohon teman-teman sudi mendoakan kesihatan saya ^_^. Jazakillahu khairan..

Apabila badan rasa tidak sihat, rasa lemah tidak bermaya. Tekak pun sakit, tiada selera makan. Biasalah demam, tadi saya makan paracetamol 2 biji dan ubat selesema clarinase sebiji. Makan ubat sebagai penawar bagi jasadiah yang tidak sihat, namun pada hakikatnya Allah lah yang menyembuhkan. Itu perihal jasad, bagaimana pula jika ruhaniah yang sakit? Penawar apakah yang harus diberi supaya rohani kita kembali sihat atau jiwa yang futur kembali bersemangat?

Hampir semua daripada kita tahu merawat tubuh badan dengan baik. Kita makan makanan yang bergizi, membersihkan tubuh badan, memakai minyak wangi supaya harum, ada yang mengambil vitamin tambahan, muka ditepek bedak dibubuh make up supaya bertambah comel lote, pakai ubat jerawat, pakai krim muka, baju dalam almari bertambah koleksi setiap bulan dan pelbagai lagi usaha kita untuk penampilan lahiriah yang mantap. Namun berapa ramai daripada kita adik kakak sekalian yang bekerja keras untuk menjaga hal ehwal rohani kita? Membaca buku-buku tambahan untuk melaksanakan solat sesempurna mungkin, membaca al-Quran sehingga hadirnya lazat dalam hati, bersungguh-sungguh untuk mengikut sunnah nabi, menginfakkan harta di jalan dakwah, dan bermacam-macam cara lagi untuk memantapkan iman kita. Apabila rohani kita tidak dijaga dengan baik hingga sampai ke suatu masa ia menjadi sakit dan futur..ia meronta-ronta sakit dan menangis supaya diberikan ubat iaitu tarbiyah. Tarbiyah itu ubat dan nikmat, bila sudah didapatinya..iman kita akan bertambah cergas lalu amalan-amalan kita akan berganda-ganda. Awas, hati yang kotor itu tidak boleh dibiarkan lama-lama, kerana ia akan sukar dicuci sekalipun disental dengan chlorox, bekasnya tidak mahu hilang!

Tarbiyah itu proses yang berterusan dan berpanjangan sehingga ke akhir hayat kita. Ujar murobbi saya, keperluan kita kepada tarbiyah itu umpama keperluan kita untuk harus menggosok gigi. Tarbiyah = gosok gigi. Sejak kita kecil hingga ke akhir hayat kita perlu menggosok gigi. Di kala waktu lapang kita menggosok gigi dan di kala waktu sibuk pun kita tetap menggosok gigi. Student tetap menggosok gigi biarpun sibuk bergelumang dengan exam. Tak ada yang tak gosok gigi. Kalau ada tak tahu la hihi. Sebelum berkahwin gosok gigi, setelah kahwin tangungjawab kita makin banyak namun kita tetap menggosok gigi. Begitulah keperluan tarbiyah. Sesibuk mana pun kita, biar status apapun kita, tak kisah dari lubuk mana pun kita..kita memerlukan tarbiyah secara berterusan dan istiqamah. Kerana sesungguhnya tarbiyah itu penting bak kata da'i yang tersohor Mustafa Masyhur, "tarbiyah bukanlah segala-galanya, namun tanpa tarbiyah segala-galanya takkan berlaku". Mendapat tarbiyah bererti kita mendapat kekuatan untuk terus beramal..semoga kita semua diberikan hidayah untuk terus berada di jalan dakwah dan tarbiyah..Sekian.

Tuesday, May 04, 2010

Nikmat Kesihatan (copy & paste)

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Selamat Sejahtera Assalammualaikum WBT
Nikmat Kesihatan
Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang. (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)

E-mail ini adalah cerita bergambar yang sebenar .
Ianya boleh merubah hidup kita, cara kita berfikir serta maksud hidup kita. Ianya adalah kisah seorang lelaki dari Bahrain yang bernama Ibrahim Nasser. Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya boleh mengerakkan kepala dan jari-jari. Pernafasannya juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Ibrahim telah menanam keinginan untuk bertemu dengan Sheik Nabeel Al-Wadi seorang ulama’ dari Kuwait. Ayah Ibrahim telah memohon kepada Syeikh Nabeel Al-Wadi agar dapat menunaikan hajat anaknya Ibrahim untuk berjumpa dengannya.

Ini gambar Syeikh Nabeel di Lapangan Terbang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Ibrahim.

Ibrahim tersangat gembira dapat berjumpa dengan Sheikh Nabeel bila beliau membuka pintu biliknya. Kegembiraannya dapat digambarkan pada raut wajahnya sehingga sukar baginya untuk berkata-kata pada mulanya.

Saat-saat bila Syeikh Nabeel masuk ke dalam bilik Ibrahim


Dan ini adalah wajah kegembiraan Ibrahim bila dapat berjumpa dengan Syeikh Nabeel

Perhatikan alat pernafasan dileher Ibrahim…dia tidak dapat bernafas secara normal

Syeikh Nabeel mencium dahi Ibrahim

Ibrahim bersama-sama ayah, bapa saudaranya dan Syeikh Nabeel
Syeikh Nabeel dan Ibrahim berkongsi cerita tentang dakwah melalui internet dan segala macam usaha yang diperlukan olehnya. Mereka juga berkongsi cerita tentang perkara lain.


Semasa perbualan mereka , Syeikh Nabeel telah bertanyakan satu soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan tangisan lantas menghamburkan air mata.



Ibrahim tidak dapat menahan air mata yang mengalir apabila mengenangkan pengalaman yang menyedihkan



Syeikh Nabil mengusapkan air mata Ibrahim



Tahukah anda apakah soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan kesedihan sehingga menangis sepuas-puasnya ?
Syeikh Nabeel telah bertanya kepada beliau, sekiranya Allah memberikan dia nikmat kesihatan sehingga dia boleh berjalan, apakah yang akan dilakukan olehnya ?
Mendengar Soalan ini, Ibrahim telah menangis sepuas-puasnya sehingga ayahnya, bapa saudaranya dan kesemua orang di dalam bilik itu termasuk juga jurugambar telah menangis . Dia telah menjawab, demi Allah jika saya boleh berjalan maka saya akan menunaikan sholat saya di masjid dengan penuh gembira dan akan menggunakan segala nikmat kesihatan untuk mendapat redha Allah.


Wahai saudara-saudara sekelian Allah telah memberikan kita semua nikmat kesihatan dan kita semua boleh berjalan dengan tidak ada masalah. Adakah kita menunaikan sholat kita di masjid ataupun kita hanya membuang masa berjam-jam di depan TV dan komputer ?

*Ulasan saya: saya tertarik dengan ayat "Syeikh Nabeel dan Ibrahim berkongsi cerita tentang dakwah melalui internet dan segala macam usaha yang diperlukan olehnya. Mereka juga berkongsi cerita tentang perkara lain." Dalam keadaan diri yang tidak sempurna, brother Ibrahim masih mahu memikirkan tentang dakwah! Subhanallah! Lantas, atas alasan apakah kita yang sihat tubuh badan, tiada cacat cela, tidak mahu berdakwah? Fikir-fikirkan... Semoga mendapat manfaat.

c&p dari blog:http://pkasih.blogspot.com/2010/04/nikmat-kesihatan.html

Monday, May 03, 2010

Yang kedua itu dosa!


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Menahan pandangan ini sudah biasa dibicarakan orang di situ di sini. Tapi tidak salah jika kita saling memperingatkan kerana manusia itu selalunya lupa, alpa, lalai, leka. Tatkala kita melangkah keluar dari pintu rumah untuk ke tempat kerja atau ke shopping complex, apakah jaminan yang kita ada untuk tidak memandang insan yang bukan mahram? Zina itu terbahagi kepada banyak cabang antaranya ialah zina mata yang memberi markah kepada dosa.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda:

"Artinya : Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi anak cucu Adam bagian dari zina, yang ia pasti mengetahuinya. Zina mata berupa pandangan, zina lisan berupa ucapan, dan jiwa mengharap dan menginginkan. Dan kemaluan yang membenarkan atau mendustainya". (Hadits Riwayat Muttafaqun 'alaihi)

Dalam sebuah hadits diriwayatkan dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, bahwa beliau pernah bersabda kepada Ali.

"Artinya : Wahai Ali, janganlah engkau susul pandangan dengan pandangan lagi, karena yang pertama menjadi bagianmu dan yang kedua bukan lagi menjadi bagianmu (dosa atasmu)". [Hadits Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi dan Abu Daud]

Hadith ini menjadi guideline untuk menghindarkan mata berbuat zina bahawasanya pandangan yang pertama itu adalah tidak apa namun mencuri atau memang sengaja pandang untuk kali kedua adalah dosa. Namun malangnya ada juga manusia nakal yang mempersendakan hadith ini dengan bertanyakan ustaz "Ustaz, kalau pandangan pertama tu kita tengok lama-lama boleh kah?" Ustaz, luku je kepala budak yang bertanya tu...hoho..

Menjaga pandangan tidak bererti kita harus tunduk wajah ke bumi 180 darjah sampai terlanggar dinding, tapi peranan iman akan menolong mata untuk tidak memandang kepada yang haram. Jagalah hati nescaya ia dizahirkan dengan tingkah laku. Bahkan kita akan dipelihara oleh Allah swt dari berbuat dosa. Ingatlah anggota badan kita akan dipertanyakan kelak oleh Allah swt. Adakah susah untuk menjaga sepasang mata yang dikurniakan oleh Allah swt ini? InsyaAllah tidak susah kerana sikap orang beriman itu adalah berdisiplin. Untuk istiqamah dalam setiap amal perbuatan harus punya disiplin diri. Gunakan iman dan akal yang Allah berikan untuk mendisiplinkan mata anda. Jika dibiarkan nafsu syahwat beraja di hati dan menakluk akal fikiran, maka sepasang mata yang anda miliki itu akan meliar entah kemana-mana..semoga kita terpelihara dari berbuat dosa amin.

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat'. Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya". [An-Nur : 30-31]

Waktu dan masa


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Semalam dan hari ini cukup meletihkan. Sebenarnya sentiasa keletihan melayani anak-anak kecil yang kuat berlari dan bermain. Namun, saya bertegas dengan diri untuk menulis sesuatu apabila membaca pesanan dari as syahid imam Hassa al-Banna “Minit-minit malam amat berharga. Janganlah kamu menjadikannya tidak bernilai dengan kealpaan kamu.” Kalau mahu ikutkan perasaan memanglah terasa badan ini mahu dimanjakan setiap waktu jika ada masa terluang. Tapi takut andai menjadi insan yang alpa. Ungkapan "tidak bergerak itu mati" juga bisa memotivasikan diri saya yang selalunya sungguh berat untuk beramal atau nama lain "malas".

Waktu itu bagaikan tidak cukup untuk manusia yang sibuk. Semakin ingin kita isi hari-hari kita, ia menjadi semakin tidak cukup seperti mana kata Hassan Al- Banna, masa untuk bekerja melebihi masa yang ada. Orang yang melalui hari-harinya dengan rasa bosan tanpa melakukan apa-apa amalan soleh adalah orang-orang yang mengalami saat-saat kerugian. Namun ada juga manusia yang sibuk itu rugi kerna apa yang menyibukkan dirinya saban hari adalah tidak bernilai ibadah, hanya mandapat lelah percuma mengejar dunia semata. Dalam satu artikel yang saya baca amat menarik katanya, "mengejar akhirat tanpa meninggalkan dunia adalah tidak sama dengan "mengejar dunia tanpa meninggalkan akhirat". Fikir-fikirkanlah kita ini jenis yang mengejar dunia atau mengejar akhirat. Orang yang jelas matlamat hidupnya insyaAllah tidak akan tersasar dari landasan yang Allah inginkan. Wallahu'alam.

Sunday, April 25, 2010

Bercinta hingga ke syurga


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Di zaman Rasulullah ada seorang wanita yang sangat membenci baginda Rasulullah saw. Dia ialah isteri kepada Abu Lahab iaitu Ummu Jamil. Ummu Jamil merupakan seorang wanita yang berpengaruh di ketika itu. Dia juga merupakan seorang isteri yang sangat mendokong suaminya dalam setiap tindak tanduk dan kepercayaannya. Ada suatu kisah juga mengatakan Ummu Jamil ini sering menaburkan duri di jalanan yang selalu dilalui oleh Rasulullah saw. Disebabkan itu dia menjadi penolong kepada hukuman dan balasan terhadap suaminya sebagaimana Allah berfirman dalam ayat 4 surah Al-Lahab bahawa dia membawa kayu bakar yang mana kayu-kayu yang diangkatnya menjadi pembakar suaminya di akhirat dan dia juga akan dilakukan seperti itu juga, dibakar dalam neraka. Di lehernya, terdapat rantai yang tersimpul daripada Al Masad, rantai besi yang panas.

Begitulah kisah cinta Abu Lahab dan Ummu Jamil. Mereka setia, saling bahu membahu memusuhi ajaran islam dan mereka bercinta hingga ke neraka. Begitu mendokongnya Ummu Jamil terhadap perjuangan suaminya sehingga dia begitu gigih turut serta mencari jalan untuk menghancurkan umat islam di ketika itu. Berbalik kepada era kita pada hari ini, islam tetap dan masih mempunyai musuh dan dimusuhi. Tentera-tentera musuh pada hari ini juga bisa saja di belakang mereka punya wanita-wanita (para isteri)yang bertindak sehebat Ummu jamil dalam menyokong perjuangan suami-suami mereka untuk menghancurkan islam malah mereka berganding bahu,kaki,tangan dan semuanya untuk menghancurkan islam. Jadi kita para isteri juga perlu berusaha untuk menjadi pendokong tegar suami kita seperti mana isteri-isteri Rasulullah saw Siti Khadijah dan Siti Aisyah, juga isteri-isteri pejuang yang telah dulu menjadi mujahid fi sabilillah..

Untuk menjadi isteri yang kuat mendokong suami dalam dakwah haruslah suami yang terlebih dahulu terkedepan dalam segala hal dalam dakwah. Jika suami lemah, lesu, tidak begitu berminat untuk melibatkan diri dalam barisan dakwah, tidak cuba memberi kefahaman kepada isteri tentang jalan dakwahnya, tidak mengajak isterinya turut serta dalam program-program dakwah, maka sokongan isteri kepadanya akan kurang dan hambar. Keserasian dan kesepaduan antara suami isteri dalam gerak kerja dakwah itu perlu agar prestasi suami lebih mencapai tahap optimum dalam setiap tindak tanduknya. Marilah kita mendokong penuh kerja-kerja dakwah suami kita. Akhirul kalam, semoga kita dan suami dapat bercinta hingga ke syurga...ameen.

Saturday, April 10, 2010

Permata yang bersinar



۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

“Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu..” (Imam Nawawi)

Ada sesetengah muslimah yang apabila sesudah mendirikan rumah tangga, ia bertukar personaliti. Sedikit demi sedikit mengalami perubahan daripada peribadi dirinya yg sebenar. Jika perubahan itu merupakan hal yang positif, maka itu merupakan satu hal yang baik. Namun jika ia berubah kepada arah yang negatif, maka ia amatlah mengecewakan. Antara ciri yang positif yang ada dalam diri saya sebelum saya menikah dan alhamdulillah kekal hingga sekarang ialah saya suka berkawan dan suka mencari kawan walaupun keadaan diri terbatas. Namun, kawan yg saya cari selepas mengenal tarbiyah tentunya tidak sama dengan kawan yg dicari sebelum mengenal tarbiyah. Ada sesetengah muslimah yang setelah menikah, ia mengasingkan dirinya hingga sukar untuk dihubungi rakan-rakan lain. Ia menjadi pasif, tidak berkembang, tidak mengambil tahu dunia luar dan malas bergerak.

Seorang isteri kepada pendakwah tidak seharusnya begitu. Pernikahan kita kerana agama seharusnya mendampakkan kesan positif kepada orang lain. Jika seorang muslimah itu seorang yang aktif berdakwah sebelum menikah, kenapa setelah menikah bintangnya yang bersinar menjadi malap? Kenapa ia seperti tidak bersemangat malah kedengaran seperti tiada keceriaan di setiap bait tutur katanya...

Mencintai suami dan rumah tangga tidak bererti kita harus berubah malah ekspresi cinta kepada suami biarlah memberi kesan yang positif kepada diri kita sendiri dan kepada dakwah. Mencintai seseorang sepatutnya menjadikan diri kita lebih berkembang dan lebih produktif. Bukannya menjadikan diri kita makin lemah, lesu dan mundur. Lihatlah ekspresi cinta Siti Khadijah r.a dan Aisyah r.a kepada Rasulullah saw. Keperibadian mereka memberi kesan yang besar terhadap dakwah Rasulullah.

Tugas mengembang dakwah bukan tugas lelaki semata-mata. Ia juga merupakan amanah yang terletak di bahu seorang muslimah. Siapakah yang akan mengajak kaum wanita ke jalan Allah selain kaum wanita itu sendiri? Marilah kita sama-sama mengembankan potensi diri demi islam menjadi sebutir permata yang bersinar. Peringatan untuk diri sendiri terutamanya.

p/s: ukhti, aku merindui senyuman dan gelak tawamu...

Thursday, April 01, 2010

5 bekal isteri aktivis dakwah


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Dalam satu daurah suatu masa dahulu, ada seorang akhawat membuat pengakuan berani mati "Ana kalau boleh ingin menjadi isteri kedua kepada suami ana", kata akhawat itu dengan lancar tapi dengan ada sedikit senyuman yang ditahan-tahan dibibirnya. Detik hati saya dan mungkin juga akhawat lain "Kok berani amat sih? Sanggup tuh..." Sebegitu mantop sekalikah akhawat itu sampai-sampai ingin menjadi isteri kedua? Benar, akhawat itu memang mantop kerana sambungnya lagi, "Ana kalau boleh ingin menjadi isteri kedua kepada suami, biarlah yang menjadi isteri pertamanya ialah dakwah". Oooohhhhh, ingatkan ukhti mahu bermadu benaran :)). Sanggupkah kalian dimadukan oleh suami dengan dakwah? Jika tidak sanggup, usahlah memasang niat ingin bernikah dengan aktivis dakwah kerana itu hanya menjadi fitnah buat suamimu kelak. Seorang isteri kepada pendakwah perlu mempunyai jiwa yang kuat dan sentiasa memperbaiki diri menjadi isteri yg positif agar ia menjadi tulang belakang yang kukuh buat suami. Di bawah ini artikel yang saya copy paste dari dakwatuna.com untuk dikongsikan. Walaupun ada term2 bahasa indonesia yang saya sendiri tidak faham tapi secara keseluruhannya dapat dicerna oleh minda..moga bermanfaat :).

5 Bekal Istri Aktivis Dakwah
Mar'ah Muslimah
4/4/2008 | 27 Rabiul Awwal 1429 H | Hits: 11.333
Oleh: Dra. Anis Byarwati, MSi.


dakwatuna.com – Seorang aktivis dakwah membutuhkan istri yang ‘tidak biasa’. Kenapa? Karena mereka tidak hanya memerlukan istri yang pandai merawat tubuh, pandai memasak, pandai mengurus rumah, pandai mengelola keuangan, trampil dalam hal-hal seputar urusan kerumah-tanggaan dan piawai di tempat tidur. Maaf, tanpa bermaksud mengecilkan, berbagai kepandaian dan ketrampilan itu adalah bekalan ‘standar’ yang memang harus dimiliki oleh seorang istri, tanpa memandang apakah suaminya seorang aktivis atau bukan. Atau dengan kalimat lain, seorang perempuan dikatakan siap untuk menikah dan menjadi seorang istri jika dia memiliki berbagai bekalan yang standar itu. Lalu bagaimana jika sudah jadi istri, tapi tidak punya bekalan itu? Ya, jangan hanya diam, belajar dong. Istilah populernya learning by doing.

Kembali kepada pokok bahasan kita. Menjadi istri aktivis berarti bersedia untuk mempelajari dan memiliki bekalan ‘di atas standar’. Seperti apa? Berikut ini adalah bekalan yang diperlukan oleh istri aktivis atau yang ingin menikah dengan aktivis dakwah:

1. Bekalan Yang Bersifat Pemahaman (fikrah).

Hal penting yang harus dipahami oleh istri seorang aktivis dakwah, bahwa suaminya tak sama dengan ‘model’ suami pada umumnya. Seorang aktivis dakwah adalah orang yang mempersembahkan waktunya, gerak amalnya, getar hatinya, dan seluruh hidupnya demi tegaknya dakwah Islam dalam rangka meraih ridha Allah. Mendampingi seorang aktivis adalah mendampingi seorang prajurit Allah. Tak ada yang dicintai seorang aktivis dakwah melebihi cintanya kepada Allah, Rasul, dan berjihad di jalan-Nya. Jadi, siapkan dan ikhlaskan diri kita untuk menjadi cinta ‘kedua’ bagi suami kita, karena cinta pertamanya adalah untuk dakwah dan jihad!

2. Bekalan Yang Bersifat Ruhiyah.

Berusahalah untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Jadikan hanya Dia tempat bergantung semua harapan. Miliki keyakinan bahwa ada Kehendak, Qadha, dan Qadar Allah yang berlaku dan pasti terjadi, sehingga tak perlu takut atau khawatir melepas suami pergi berdakwah ke manapun. Miliki keyakinan bahwa Dialah Sang Pemilik dan Pemberi Rezeki, yang berkuasa melapangkan dan menyempitkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki. Bekalan ini akan sangat membantu kita untuk bersikap ikhlas dan qana’ah ketika harus menjalani hidup bersahaja tanpa limpahan materi. Dan tetap sadar diri, tak menjadi takabur dan lalai ketika Dia melapangkan rezeki-Nya untuk kita.

3. Bekalan Yang bersifat Ma’nawiyah (mentalitas).

Inilah di antara bekalan berupa sikap mental yang diperlukan untuk menjadi istri seorang aktivis: kuat, tegar, gigih, kokoh, sabar, tidak cengeng, tidak manja (kecuali dalam batasan tertentu) dan mandiri. Teman saya mengistilahkan semua sikap mental ini dengan ungkapan yang singkat: tahan banting!

4. Bekalan Yang bersifat Aqliyah (intelektualitas).

Ternyata, seorang aktivis tidak hanya butuh pendengar setia. Ia butuh istri yang ‘nyambung’ untuk diajak ngobrol, tukar pikiran, musyawarah, atau diskusi tentang kesibukan dan minatnya. Karena itu, banyaklah membaca, rajin mendatangi majelis-majelis ilmu supaya tidak ‘tulalit’!

5. Bekalan Yang Bersifat Jasadiyah (fisik).

Minimal sehat, bugar, dan tidak sakit-sakitan. Jika fisik kita sehat, kita bisa melakukan banyak hal, termasuk mengurusi suami yang sibuk berdakwah. Karena itu, penting bagi kita untuk menjaga kesehatan, membiasakan pola hidup sehat, rajin olah raga dan lain-lain. Selain itu, jangan lupakan masalah merawat wajah dan tubuh. Ingatlah, salah satu ciri istri shalihat adalah ‘menyenangkan ketika dipandang’.

Akhirnya, ada bekalan yang lain yang tak kalah penting. Itulah sikap mudah memaafkan. Bagaimanapun saleh dan takwanya seorang aktivis, tak akan mengubah dia menjadi malaikat yang tak punya kesalahan. Seorang aktivis dakwah tetaplah manusia biasa yang bisa dan mungkin untuk melakukan kesalahan. Bukankah tak ada yang ma’shum di dunia ini selain Baginda Rasulullah?

Wednesday, March 17, 2010

Muslim contoh


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Ada satu malam, saya mendengar satu sedutan ceramah dari vcd. Sejak bergelar ibu, memang saya tak pernah sempat untuk menonton apa-apa cerita dalam vcd dari awal hingga habis. Biasanya hanya sempat untuk menonton samada permulaan cerita atau pertengahan cerita ataupun akhir cerita. Ustaz tersebut memberitahu, "Ramai orang yang bisa memberikan contoh, tapi tak ramai orang yang bisa dijadikan contoh". Betul kata ustaz tu.

Memang kita tahu hanya Rasulullah saw saja yang maksum dan merupakan uswatun hasanah. Namun saya percaya ramai daripada kita yang dahagakan sosok model yang paling tidak, bisa menjadi inspirasi dalam kehidupan seharian. Bila mana melihat orang itu, kita jadi termotivasi untuk beramal dan semakin cinta pada Allah dan Rasul. Lihatlah betapa hebatnya impak kehadiran seorang tokoh islam yang besar ke Malaysia baru-baru ini iaitu Sheikh Yusof Al-Qaradhawi. Bgimana kehadirannya bisa menarik ribuan rakyat tak kira tua atau muda membanjiri majlis ceramahnya. Sosok yang bisa dijadikan contoh kerana kecerdikannya, kewibawaannya sebagai seorang ulama' besar dan sangat tinggi ilmunya. Jika seorang kanak-kanak banyak menonton rancangan seperti power rangers, batman, ultraman dsbginya, maka kanak-kanak itu menjadikan heronya sebagai idola kerana mengkagumi akan kehebatan sang hero cerita-cerita tersebut. Jika seorang remaja pula, dia menjadikan artis-artis pujaan sebagai idola dan ikutannya. Setiap lapisan manusia dari kanak-kanak hingga ke dewasa senantiasa mencari sesuatu untuk digemari dan diikuti. Oleh sebab itu kita dianjurkan untuk bersahabat dengan orang-orang yang soleh kerana mereka bisa menjadi sumber inspirasi untuk kita supaya lebih rajin beramal.

Siapa pula kita untuk menjadi contoh dan dijadikan contoh? Jika kita sebagai ibubapa, mahu tak mahu kita mesti menjadi contoh untuk anak-anak. Menjadi role model untuk mereka dalam membentuk akhlak mulia dan beramal soleh. Namun dalam lingkungan keluarga dan masyarakat, mesti terdetik di hati, "Aku ni memang la nampak alim, berpakaian menutup aurat, tapi sebenarnya aku tak layak pun untuk menjadi contoh dan dijadikan contoh kepada orang lain". Itu detik hati kita tapi tanpa sedar ketrampilan kita yang bersifat islami di mata masyarakat menjadi perhatian mereka. Mereka ini boleh jadi orang islam sendiri yang kurang memahami agama islam dengan jelas ataupun mereka yang bukan beragama islam. Mereka melihat dan menilai adakah akhlak kita ini selari dengan ajaran islam itu sendiri dan mereka suka untuk mengambil kita sebagai contoh malah dengan akhlak kita yang baik, menjadi asbab kepada mereka untuk terbuka pintu hati untuk memeluk agama islam. Dalam sesetengah perkara, orang bukan islam malah lebih baik berbanding dengan orang islam itu sendiri. Contohnya dari segi pemurahnya mereka dalam menghantar bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa bencana alam, dari segi amalan kebersihan lihat saja tandas-tandas awam di negara barat dan rumah-rumah mereka yang rapi dan kemas, sangat berdisiplin, sukakan ilmu dan sebagainya. Menurut suami saya yang pernah menjejakkan kaki ke Australia, di sana susah hendak melihat ada sampah di tepi-tepi jalan. Jika ada pejalan kaki ingin melintas jalan, secara automatik pemandu kereta akan memberhentikan kereta bagi memberi laluan kepada pelintas jalan. Jadi, bagaimana kita mahu menarik orang bukan islam masuk islam jika mereka sendiri jauh lebih baik perilakunya berbanding dengan orang islam sendiri?

(pic source)
Kesimpulan yang ingin saya buat ialah, sebagai orang islam yang berketrampilan islami, kita sepatutnya menjaga akhlak sebaik mungkin selari dengan ajaran islam kerana kita membawa imej islam, masyarakat mahu melihat dan mencontohi sesuatu yang baik daripada kita. Cara kita bercakap tidak sombong. Murah dengan senyuman. Ramah-tamah. Cepat menghulurkan bantuan, suka memberi derma, bermasyarakat dan sebagainya. Saya juga menyeru pada diri saya sendirilah terutamanya kerana kita masing-masing mari tanya diri kita sendiri sudah sejauh manakah kita mencontohi akhlak Rasulullah saw? Jawapannya anda tahu sendiri. Sama-sama kita memperbaiki diri agar akhlak kita menjadi lebih baik dan bisa menjadi contoh kepada orang lain di luar sana.

Saturday, March 06, 2010

Hati-hati dan teliti


pic source
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Saya bermujahadah untuk menyiapkan satu artikel yang bersifat ilmiah. Susahnya nak siapkan satu artikel :). Kalau catatan santai mudah saja tak sampai lima minit sudah siap. Namun jika kita menjadikan blog ini sebagai medan dakwah, maka ia harus diusahakan untuk diupdate. Bila anak-anak sudah nyenyak tidur, itulah masa yang sesuai.

Suatu ketika dulu, saya pernah menyertai sebuah program di satu tempat di KL. Dalam program sehari itu bermula dari pagi hingga selesai waktu petang, ada satu slot "games". Pengisi yang "conduct games" tersebut menyuruh kami membuat beberapa barisan panjang dan peserta yang duduk paling hadapan dalam barisan dikehendaki mendapatkan satu maklumat daripada pengisi. Setelah itu, peserta tadi mula menyampaikan maklumat kepada peserta di belakangnya. Peserta di belakangnya itu akan pass pada peserta di belakangnya pula dan begitulah seterusnya hingga akhirnya sampai maklumat itu kepada orang yang berada paling belakang dalam barisan. Kemudian peserta paling belakang itu dikehendaki berdiri dan masing-masing memberitahu maklumat yang mereka dapat dengan suara yang kuat. Namun maklumat itu adalah salah dan menyimpang dari maklumat yang asal.

Banyak pengajaran yang dapat diambil daripada permainan ini di antaranya ialah kita perlu menjadi seorang pendengar yang teliti dan peka. Jika seorang pemimpin (ayah,guru,suami,murobbi dan sbginya) memberikan arahan,tugas atau nasihat, kita haruslah mendengarnya dengan teliti dan peka dengan setiap butiran kata yang diberi kerana mendengar dengan sambil lewa akan memberi kesan buruk seperti salah faham, kegagalan,kerugian dan pergaduhan. Jika dia merupakan seorang sahabat, jadilah pendengar yang baik kerana kegagalan kita untuk mendengar ceritanya dengan teliti menyebabkan kita terlepas beberapa jalan cerita. Kemudian itu, kita pun menyebarkan cerita tersebut kepada sahabat yang lain dalam versi baru yang jauh tersasar dan menyimpang dari cerita yang asal. Cerita itu kemudiannya makin luas tersebar tapi ia sudah menjadi sebuah fitnah yang amat besar. Impaknya, sahabat kita itu sudah terfitnah dengan cerita bohong tentang dirinya dan tentu sekali dia akan mendapat malu. Kata suami saya, "Orang perempuan memang suka menambah-nambah cerita agar cerita itu menjadi semakin sensasi dan hebat-gosip". Ya atau tidak? Tapi artikel ini bukan ditujukan kepada kaum hawa tapi ditulis secara umum.

Pengajaran lain yang boleh diambil ialah apabila kita mendapat sesuatu berita, periksalah dulu akan kebenarannya sebelum kita menyebarkan kepada orang lain pula. Ini peringatan khas untuk diri sendiri sebenarnya sebab saya juga kadang-kala selalu terbabas dengan berita-berita sensasi yang diterima. Tangan ini cepat saja mahu meng sms cerita yang entah betul entah tidak kepada teman-teman yang lain. Apabila sebuah cerita itu dijaja dari mulut ke mulut, ketepatannya boleh jadi akan berkurang dan boleh jadi ia berita palsu yang disebarkan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 6 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kalian orang fasik dengan membawa berita, maka telitilah berita itu agar kalian tidak memberikan keputusan kepada suatu kaum tanpa pengetahun sehingga kalian akan menyesali diri atas apa yang telah kalian kerjakan."

Dan semestinya setiap perlakuan yang kita buat akan tidak terlepas dari harus bertangungjawab. Mulut yang enak bergosip, tangan yang rancak meng'sms', telinga yang rajin mendengar dan hati yang sakit. Firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 36 yang bermaksud:

"Janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak ketahui. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggungjawabannya."

Semoga kita semua dirahmati Allah dan terpelihara dari membuat fitnah. Sekian.