Wednesday, January 29, 2014

Rindu

Rindunya kat anak saudara ummi di Cardiff. Yang sulung dah masuk high school. Mungkin dua tahun lagi baru boleh jumpa andai panjang umur. Di Cardiff mereka belajar al-Quran dengan orang Pakistan

Mujahid

Dua hari lepas, lahirlah Umar Mujahid. Umar Mujahid merupakan cucu yang ke 16 dalam keluarga besar ummi. Semoga Umar menjadi anak yang soleh.

Monday, January 27, 2014

Eczema lagi

Ummi sekarang dok study pasal eczema je ngeeeee. Huhu eczema Qayyum sangat2 teruk naik satu badan. Tapi alhamdulillah sejak ummi consume The mother's secret, nampak ada sikit perubahan. Ummi nak berkongsi mana tahu bermanfaat untuk mommies lain yang juga ada anak eczema. Dalam The Mother's secret tu mengandungi manna@gam arab. Eczema lama tu nampak kering. Tapi sehari dua ni bintik2 merah naik di kawasan baru yang belum pernah naik. Sabun mandi ummi tukar daripada moogoo kpada cetaphil. Ummi langsung tak aware moogoo punya mandian ada susu padahal kat botol dah tulis milk wash. Qayyum alah pada susu lembu. Ummi memang tak berani dah minum susu lembu, dalam the mother's secret tu ada susu kambing, so far ok pada qayyum. Syampoo guna sebamed. Sebamed ni dah lama beli masa qayyum ada craddle cap. Sekarang dah takde cuma ada kerak sikit2, syampoo guna jarang2. Tak boleh kerap sebab kulit qayyum sangat kering. Ada satu lagi yang ummi dengar dah dari dua pengguna untuk merawat kulit iaitu minyak kelapa dara. Nak cuba mana tahu kot2 serasi dengan qayyum. Dah tiga jenis krim moogoo ummi guna tapi tak berapa berkesan pada qayyum. Yang tak tahan bila dia asyik menggaru tu huhu kesian tengok. Semoga Allah sembuhkan anak ummi.

Friday, January 24, 2014

Ujian anak eczema

Pagi ni qayyum sangat gatal pipinya. Dia menggaru-garu dan berair. Padahal semalam dah kering. Eczema memang tak dapat disembuhkan melalui  pembacaan ummi. Tapi ia boleh dikurangkan dengan menjauhkan dari bahan yang boleh trigger eczema. Qayyum pernah garu pipi dan lengannya sampai berdarah. Abang kembarnya dulu tidak mengalami eczema. Inilah kali pertama ummi menghadapi anak eczema. Seperti parents lain yang ummi baca kisah mereka yang mempunyai anak eczema, duit banyak habis sebab dok membeli macam2. Beli sabun berjenis2, krim sapu mcm2 jenis. Ubat tahan gatal berjenis2. Yang menjadi berjenis2 tu sebab bila tak sesuai dengan kulit baby, kita pun try n error beli produk baru. Setakat ini ummi belum bawa qayyum jumpa doktor pakar kulit sebab ummi rasa doktor mesti bagi topical steroid. Big no no to it!  Ummi rasa untuk usaha seterusnya ummi nak beli manna@arabic gum which is naturally rich in prebiotics.

Thursday, January 16, 2014

Berlibur ke Tasik Putrajaya

Semalam Negeri Sembilan cuti. Kami sekeluarga bersiar-siar di Putrajaya menaiki Cruise Tasik Putrajaya. Harga waktu pagi half price untuk 4 orang cuma rm50 saja. Pengunjung lebih ramai waktu petang sebab lebih redup dan nampak sunset. Just nak bagi pengalaman untuk anak-anak. Itu bot tinggi. Bot tambang murah yang ummi naik menyeberangi sungai golok dulu, air sungai hampir2 masuk ke dalam bot, sangat menakutkan..

Tuesday, January 14, 2014

Salam maulidurrasul

Shaun the sheep merupakan salah satu bahan tontonan anak2 ummi. Apakah ibrah yang diperolehi oleh mereka drpd menonton cerita biri2 yang tak logik ini? Maybe nak sedapkan hati..fikiran anak ummi akan lebih kreatif kot, semangat tolong-menolong antara sesama biri2 dan kepimpinan Shaun sebagai ketua yg mengambil berat akan kawan-kawannya yang lain. Ummi rasa sudah terlalu banyak hiburan anak2 kat rumah. Masa mereka di rumah banyak dihabiskan dengan menonton tv. Alangkah baiknya kalau 6 tahun pertama usia emas alam kanak2 disuburkan dengan alQuran dan menanam rasa cinta kepada Rasulullah saw. Anak2 lebih mencintai apa yg ditonton oleh mereka. Apa pula usaha kita untuk mencintai Allah dan Rasul? Bukan tugas sekolah, tugas cikgu di sekolah..tetapi tugas ibubapa yg akan disoal di akhirat kelak.

Salam maulidurrasul...byakkan selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad saw tanda cinta dan kasih kita kepadanya...

Sunday, January 12, 2014

Rehlah

Hari ini akhawat Negeri Sembilan mengadakan rehlah di Taman Rekreasi Seremban. Ia terletak berdekatan Taman Tasik Seremban dan Taman Mini Malaysia. Kawasan di situ sungguh cantik, redup dengan pepohonan hijau merendang. Ada banyak playground untuk anak-anak bermain. Ada basikal yang boleh disewa untuk menunggang basikal menjelajah kawasan. Sungguh tenang dan mendamaikan. Anak-anak ummi sungguh seronok bermain di situ. Kira-kira pukul 12.30 pm, kami beredar pulang dan singgah di Restoren Nasi Arab Damsyik di Senawang..nasi arab kegemaran Encik Ayah : ).
Dalam dakapan ukhuwwah :)

Saturday, January 11, 2014

Mainan

Hari ni ummi pergi kedai beli lagi mainan untuk anak ummi. Anak ummi ni asyik beli mainan je. Duit habis beli mainan dorang je. Kat rumah bersepah dengan mainan. Yang mengemasnya kita. Aduhai anak. Ujian dari Allah.