Friday, August 25, 2017

Happy anniversary.

Semalam 24hb ogos ummi baru teringat yg kami suami isteri telah genap 12 tahun bernikah pd 22hb ogos 2005. mmg tahun2 sblum ni pun kami lupa sebab sibuk dengan tugas masing2. anak kami ada 4 orang. 3 lelaki dan sorang perempuan. alhamdulillah tq Allah smg rumahtangga kita dikurniakan sakinah mawaddah dan rahmah. 



Penat

Sebelah pagi kami sekeluarga bawa fathul ke hospital. Petang tadi setelah dipujuk2..Nashrul dan Fathul bersetuju untuk ke sekolah petang. hmm letih la ummi mcm ni tau. pujuk2 sambil membebel. "kalau tak nak sekolah, pergi la jual kapet ke..mesin rumput ke dengan orang pakistan..orang bangla nuh". panjang lagi bebelan ummi ni sebab geram dengan perangai budak kembar dua orang ni. pas diorang ke sekolah ummi mengemas dapur sikit, buat kek dan masak untuk makan malam. jadi menjelang maghrib masih bnyk lagi dalam sinki dan atas meja yg tak berbasuh. hmmm letih macam ni. nak packing lagi untuk balik kampung pagi esok satu apa pun tak pack barang. tenaga dah tinggal sisa2. Semoga Allah bagi kekuatan yg luar biasa amin.

Perjalanan sebuah kehidupan

Haha..actually ummi tak tahu nak bubuh tajuk apa. lately en.ayah mengomel2 pasal banyak nak keluar duit nak bayar itu...nk bayar ini. road tax..insurance..hutang bank..bil elektrik...dan bermacam2 bil dan bayaran lain lagi. Pagi tadi bawa Fathul ke pakar knk2 ubat berlambak2 sbb ubat kira berat badan fathul. nebulizer dua kali. semua kena rm700 lebih. en.ayah cuba mintak bayar guna insurance tapi tak dapat so kena bayar sendiri. emmm..bila en.ayah mengomel pasal bnyk duit nk keluar...ummi just boleh dengar je lah. ummi tak dapat nk membantu ringankn bebanan suami. apo nk dikato. kudiam saje. mudah mudahan rezeki suami semakin bertambah dan tingkatkn lagi amalan2 seperti membaca alquran dan berjemaah di surau supaya rezeki keluarga kita bertambah berkat. Terima kasih suami ku di atas penat lelah mencari rezeki untuk keluarga kita. semoga Allah mengurniakan ganjaran syurga yg tertinggi buatmu aminn.

Thursday, August 24, 2017

Badminton

Fuhh..berdebar2 tengok final badminton wanita brkumpulan negara kita lawan Thailand td. Game cukup sengit tapi kita kecundang juga di tangan Thailand. Ummi teringat masa kecik2 dulu arwah abah ummi minat sangat dengan sukan badminton dan ping pong. Memang arwah abah handal dalam dua sukan ni. Anak2 plak pandai main badminton je kalau ping pong tak pandai. Sekarang Fathul plak bakal mewarisi acara badminton sebab dia masuk sukan ni kat sekolah. Good luck my son Fathul. 

Wednesday, August 23, 2017

Back to school

Alhamdulillah pagi ni kedua2 ank kembar ummi Nashrul dan Fathul pergi ke sekolah. Nashrul dah tak makan ubat. Fathul makan 4 jenis ubat dan satu jenis ubat sedut untuk asma 4 kali puff. Semalam fathul sakit kepala dan ummi bawa gi klinik doctor suruh ambil neb. Alhamdulillah pagi ni dah tak sakit kepala. Selepas mandi pagi tadi ummi sapu minyak asma mujarab kat dada dan belakang fathul sebelum dia pakai baju sekolah. minyak ni berkesan juga terutama untuk batuk lelah. ummi recommend untuk beli simpan sebotol kt rumah. Masa atas kereta nk ke sekolah fathul tanya pasal nabi2. ank ummi suka bertanya tapi malas membaca. solat dan sekolah tak berapa rajin tapi suka tanya pasal syaitan, jin dan dajjal. jenuh dah nk jawab pasal dajjal. mungkin penerangan ummi pasal dajjal tak clear. ummi pun letih nk bercerita sbb time kita nk terangkn dia pun sibuk nk bercakap juga. suasana jd bising. Sebenarnya bagus ibubapa memberitahu anak pasal dajjal. Rasulullah saw explained dajjal kepada sahabat sehingga sahabat seolah2 nampak dajjal depan mata. rambut dajjal, mata dajjal macam mana, badan dia macam mana, dll. ank2 ummi ni bnyk cakap susah nk tutup mulut. bila kita explain depa pun sibuk brckp jg pastu dia x dengar pun apa yg ummi jawab. hmmmm.

Tuesday, August 22, 2017

Bosan

Dulu2 ummi suka baca pasal pendidikan anak2, pasal kebahgiaan rumahtangga, pasal dakwah tarbiyah. sekarang ni ummi jemu nk baca semua tu. jemu...jemu..jemuuuuu. ada orang invite untuk attend ke majlis ilmu bertajuk cinta ke syurga. suruh dtg husband and wife. ummi langsung tak berminat nk pegi. ummi nk gali ilmu yg lebih kritis. ummi nk dengar kupasan ilmu yg selama ni ummi tak pernah dengar dan terfikir. ummi nk belajar sesuatu yg ummi tak pernah pandai nk buat sbb ummi jenis yg cepat bosan. ummi bosan dengan dengan penulisan2 yg cantik susunan ayatnya sedangkan penulisnya tidak pernah hadapi kesusahan hidup. "yakinlah dengan janji2 Allah...yakinlah..yakinlah". ya mmg kita yakin dengan Allah. tapi bila datangnya ujian itu, tanpa persediaan mental dan fizikal (usaha2 kita utk menempuh ujian) adakah kita akn mampu menghadapi ujian itu?? Allah suruh kita berusaha bukan tunggu rezeki dan tuah datang bergolek depan mata sambil dalam hati berkata "yakinlah..yakinlah..dgn janji2 Allah". Sekian repekan mak jemah di pagi hari. 

Monday, August 21, 2017

Pokok bunga telang

Semalam ummi dh dpt idea untuk pokok bunga telang atau pokok bunga nasi kerabu memanjat. simple je tempat nye. haha. 



Saturday, August 19, 2017

Brave

Ummi berhasrat untuk mengikuti satu kursus dlm masa terdekat. Yuran untuk mengikuti kursus itu sebanyak rm250. Ummi sedang mengumpul duit sebanyak rm250. mudah-mudahan Allah permudahkn dan memperkenankn hasrat dihati. ummi nk jadi mcm itik dlm gambar ni. kembangkn sayap dan berani untuk terbang...go on....go on....



Brave by Josh Groban

Wake up, wake up the sun cannot wait for long
Reach out, reach out before it fades away
You will find the warmth when you surrender
Smile into the fear and let it play

You wanna run away, run away
And you say that it can’t be so
You wanna look away, look away
But you stay cause it’s oh so close
When you stand up and hold out your hand
Do the things that I don’t understand
A reason to be brave

Hold on, hold on so strong
Time just carries on
All that you thought is wrong is pure again
You can’t hide forever from the thunder
Look into the storm and feel the rain

You wanna run away, run away
And you say that it can’t be so
You wanna look away, look away

But you stay cause it’s oh so close
When you stand up and hold down your pain
Do the things what I don’t understand
The reason to be brave

O-oh-oh-oh-oh
O-oh-oh-oh-oh
O-oh-oh-oh-oh
Go on, go on

You wanna run away, run away
And you say that it can’t be so
You wanna look away, look away
But you stay cause it’s oh so close
When you stand uṗ and hold down your pain
In the face of what I don’t understand
A reason to be brave

Alam

Menjalinkan hubungan dengan alam lebih tenang dan damai berbanding menjalinkan hubungan dengan manusia. alam tidak pandai menyakiti hati kita sedangkan manusia sering menyakiti..